- Laporan tahunan kedua mengetengahkan penggunaan meluas ujian TOEIC® untuk menilai kecekapan bahasa Inggeris di tempat kerja
PRINCETON, New Jersey, 15 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Educational Testing Service (ETS) akan mengeluarkan laporan tahunan kedua tentang pengambil ujian TOEIC® seluruh dunia bagi penilaian Mendengar dan Membaca (L&R) TOEIC®.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO
Laporan Ujian Mendengar dan Membaca TOEIC® tentang Pengambil Ujian Seluruh Dunia adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kesemua pengambil ujian yang telah melengkapkan Soal Selidik Latar Belakang TOEIC® yang telah dijalankan pada tahun 2013. Laporan tersebut membentangkan maklumat tentang purata markah ujian Mendengar dan Membaca TOEIC pengambil ujian, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris, serta pengalaman mengambil ujian TOEIC.
ETS menjadikan data ini mudah didapati bagi membolehkan para pengguna mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang individu yang pernah menduduki ujian tersebut dan beberapa faktor yang mempengaruhi markah TOEIC mereka serta peningkatan berkaitan dengan kecekapan bahasa Inggeris. Organisasi juga dapat merujuk data untuk menetapkan tanda aras markah dan matlamat; walau bagaimanapun, memandangkan kadar maklum balas adalah berbeza mengikut soalan latar belakang yang pelbagai, penelitian perlu diberikan dalam membuat kesimpulan berdasarkan data ini.
"Memandangkan bahasa Inggeris terus berkembang pada peringkat global, adalah penting untuk para pengguna markah memahami lebih lanjut tentang individu yang menduduki ujian TOEIC," kata Feng Yu, Pengarah Eksekutif Program TOEIC. "Memandangkan soal selidik ini begitu mendalam dan proses ujian dipiawaikan, para pengambil ujian dari pelbagai lokasi dan latar belakang dapat dibandingkan dengan adil oleh para pengguna markah."
Dengan bergantung pada data ini dan markah TOEIC, organisasi dapat mewujudkan kumpulan pekerja yang lebih pelbagai dan layak untuk membuat keputusan tepat terhadap penempatan, kemajuan dan juga kenaikan pangkat para pekerja daripada dan dalam mana-mana negara atau wilayah. Selain itu, penerimaan yang semakin meningkat terhadap ujian TOEIC di seluruh dunia menandakan para pengambil ujian dapat mengembangkan kerjaya mereka dalam lingkungan organisasi yang lebih luas.
Maklumat penting laporan termasuk:
Penilaian TOEIC adalah adil, andal dan sah bagi menilai kemampuan pengambil ujian dalam menggunakan bahasa Inggeris di tempat kerja. Digunakan oleh hampir 14,000 organisasi di 150 negara, ujian TOEIC ialah piawai antarabangsa untuk menilai tahap kecekapan bahasa Inggeris individu dan mengukur sejauh mana para pekerja yang berpotensi dapat menggunakan kemahiran bahasa Inggeris di tempat kerja.
Ketika beberapa organisasi menggunakan markah dan kaji selidik TOEIC untuk membina kumpulan asas pekerja yang lebih mantap, para pencari kerja mempercayai Program TOEIC dapat membezakan diri mereka dalam pasaran kerja yang kompetitif. Penilaian TOEIC menilai kesemua empat kemahiran bahasa dan turut menyediakan perihal kekuatan dan kelemahan pengambil ujian yang boleh digunakan untuk membantu keputusan pengambilan, penempatan serta latihan yang kritikal.
Bagi memuat turun laporan, layari www.ets.org/toeic/publications. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program TOEIC, sila layari www.ets.org/toeic.
Latar Belakang Ujian TOEIC
Selama lebih 30 tahun, ujian TOEIC telah menjadi piawai global untuk menilai kemahiran komunikasi berbahasa Inggeris di tempat kerja. Kumpulan penilaian TOEIC, termasuk ujian Mendengar dan Membaca TOEIC, ujian Bertutur dan Menulis TOEIC serta ujian TOEIC Bridge™ biasa digunakan oleh hampir 14,000 perniagaan, organisasi, dan juga agensi kerajaan di 150 negara. Pada tahun 2012, hampir tujuh juta ujian TOEIC telah dijalankan di seluruh dunia, lalu mengukuhkan Program TOEIC sebagai penilaian bahasa Inggeris yang paling luas dan paling banyak digunakan di tempat kerja. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang ujian TOEIC dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Program TOEIC, sila layari www.ets.org/toeic.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami mempertingkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan kajian yang teliti. ETS menyediakan perkhidmatan untuk individu, institusi pendidikan serta agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris, serta pendidikan rendah, menengah dan selepas sekolah menengah, serta dengan menjalankan kajian pendidikan, analisis dan juga kajian dasar. Setelah ditubuhkan sebagai badan bukan keuntungan pada tahun 1947, ETS membangunkan, menjalankan dan turut memberi markah untuk lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® serta penilaian The Praxis Series® - di lebih 180 negara, melebihi 9,000 lokasi di seluruh dunia. www.ets.org.