omniture

Unither Pharmaceuticals meraikan 30 tahun inovasi dan kepakaran

Unither Pharmaceuticals
2023-11-30 03:01 96

PARIS, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Unither Pharmaceuticals, sebuah CDMO (Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak) terkemuka, meraikan 30 tahun kehadirannya dalam dunia perniagaan. Pada tahun 1993, Unither Pharmaceuticals mula beroperasi dengan mengambil alih 17 buah kilang farmaseutikal berasaskan tenaga manusia yang menghasilkan 3 bentuk produk farmaseutikal. Pada hari ini, syarikat tersebut kini menjadi peneraju dunia dalam pembuatan dos unit steril, dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 5 bilion dos dan beroperasi di empat benua. Pertumbuhan ini turut dicerminkan dalam peningkatan jualan yang bakal mencecah 500 juta euro menjelang tahun 2023.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/9229051-unither-pharmaceuticals-celebrates-30-years-innovation-expertise/

Unither pertama kali melaksanakan teknologi Blow-Fill-Seal (BFS) pada tahun 1995, membolehkannya mengeluarkan dos larutan garam steril, ubat asma dan ubat titis mata. Mulai tahun 1997 dan seterusnya, syarikat ini membangunkan perniagaan antarabangsa, bermula dengan produk yang dieksport, dan kemudian mengambil alih sebuah kilang di Amerika Syarikat pada tahun 2013. Dengan pengambilalihan Barretos pada tahun 2015, Unither mula bertapak di Brazil. Seterusnya pada tahun 2020, pengambilalihan di China, inNanjing, telah berjaya merangkum keseluruhan jejak global syarikat ini. Pada tahun 2022, Unither mengembangkan lagi aktivitinya dengan pengambilalihan tapak baharu yang mengkhusus dalam bidang oftalmologi di São Paulo. Pembangunan antarabangsa ini direka untuk menyokong strategi perindustrian antarabangsa pelanggannya dengan berada lebih hampir kepada pasaran sasaran mereka.

Sejak penubuhannya, Unither telah menerajui inovasi dan terus berusaha untuk memperbaiki kehidupan pesakit. Eric Goupil, Presiden Unither Pharmaceuticals, mengingatkan visi kumpulan ini: "Kami ingin diiktiraf kerana berjaya menghasilkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang mampu menambah baik dan memudahkan kehidupan pesakit serta boleh didapati oleh seberapa ramai orang yang mungkin." Kami membayangkan idea-idea baharu dan tenaga serta minat kami yang mendalam telah membolehkan kami merealisasikan idea ini bagi memberi manfaat kepada para pelanggan kami."

Jean-François Hilaire, Ketua Pegawai Eksekutif Unither Pharmaceuticals, meninjau ke masa hadapan: "Tugas Unither adalah untuk menyokong pelanggan kami dalam usaha mereka untuk memacu inovasi dan memenuhi permintaan pasaran. Dengan adanya Euroject®, kejayaan terbaru kami menggabungkan dos sekali guna melalui jarum untuk mencipta sistem suntikan sedia digunakan, menggambarkan komitmen Unither untuk memudahkan tugas pengamal penjagaan kesihatan dan para pesakit, serta memastikan kos dapat dikawal."

Perihal Unither Pharmaceuticals: www.unither-pharma.com/about/who-are-we/

Hubungan akhbar: contact@unither-pharma.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=lNCXXx_8wTo
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2287080/Unither_Pharmaceuticals.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1471719/Unither_Pharmaceuticals_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Unither Pharmaceuticals celebrates 30 years of innovation and expertise
Unither Pharmaceuticals celebrates 30 years of innovation and expertise

 

 

Source: Unither Pharmaceuticals
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Broadcast feed announcements