omniture

Hainan FTP perkukuh hubungan dengan Malaysia dalam pelbagai sektor

Hainan International Media Center (HIMC)
2023-11-30 10:41 33

HAIKOU, China, 30 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Hainan International Media Center (HIMC):

Wilayah Hainan, Selatan China telah memperkukuh dan mempererat kerjasama dengan Malaysia dalam bidang ekonomi & perdagangan, pertanian, pengangkutan, pelancongan dan kebudayaan, mengadakan acara penggalakan Hainan Free Trade Port (FTP) dan pertukaran lain di seluruh Malaysia mulai 25 hingga 28 November.

Persidangan penggalakan Hainan FTP yang dihadiri oleh lebih 400 wakil telahpun diadakan di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, pada 27 November. Lapan kontrak untuk projek-projek penting yang melibatkan pertanian, perdagangan, pendidikan, perkhidmatan perniagaan dan industri-industri lain ditandatangani secara rasmi di acara itu.

A promotional event for the Hainan FTP held in Kuala Lumpur, Malaysia, on Nov. 27. (Photo: Feng Shuo / Hainan Daily)
A promotional event for the Hainan FTP held in Kuala Lumpur, Malaysia, on Nov. 27. (Photo: Feng Shuo / Hainan Daily)

Di samping itu, wilayah pulau Hainan menandatangani surat hasrat untuk menjalin hubungan kembar bersama Selangor, negeri yang paling maju di Malaysia, serta memorandum kerjasama dengan Taman Industri Pintar NCT (NSIP) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Pada 26 November, Persekutuan Persatuan Hainan Malaysia membuka Muzium Peninggalan Budaya Hainan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-90 mereka di ibu negara Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1933, persekutuan ini telah lama berperanan sebagai jambatan bagi pertukaran sesama rakyat dan budaya antara wilayah Hainan dan Malaysia.

Pada Jun 2020, pihak berkuasa Cina mengemukakan satu pelan induk untuk pembangunan Hainan FTP, yang dianggap sebagai pembawa panji-panji dan pintu masuk penting untuk keterbukaan China yang berterusan dalam era baharu.

Syarikat-syarikat Malaysia diundang untuk mengembangkan perniagan mereka dalam Hainan FTP dengan memanfaatkan dasar keutamaan FTP dan memupuk kerjasama dua hala yang lebih erat dalam bidang-bidang seperti pengangkutan, pelancongan & kebudayaan, pertanian & perdagangan, pertukaran bakat serta industri rendah karbon.

 

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Travel Trade show news