omniture

Persidangan Memahami China 2023 Dijadualkan Bermula di Guangzhou China

China Institute for Innovation & Development Strategy
2023-11-30 20:17 90

GUANGZHOU, China, 30 November 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Antarabangsa "Memahami China" 2023 ("Persidangan"), dianjurkan oleh China Institute for Innovation & Development Strategy ("CIIDS"), dijadualkan berlangsung di Guangzhou mulai 1 hingga 3 Disember. Persidangan tersebut, bertemakan "Usaha Baharu China Di Tengah-tengah Perubahan Global Belum Pernah Berlaku Sebelum Ini—Memperluas Tumpuan Kepentingan dan Membina Komuniti dengan Masa Depan Dikongsi Bersama" ("China's New Endeavors Amid Unprecedented Global Changes—Expanding the Convergence of Interests and Building a Community of Shared Future"), akan menghimpunkan ahli politik ternama, pakar strategi, ilmuwan, usahawan, diplomat asing di China, wakil daripada organisasi antarabangsa dan syarikat multinasional di China untuk berinteraksi dalam dialog bersama pegawai kerajaan Cina, cendekiawan dan juga usahawan.

Persidangan berkenaan merancang satu siri aktiviti untuk menggalakkan komunikasi, termasuk koleksi video pendek dan pameran, ucaptama serta menceritakan kisah Cina dalam bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama turut mengeluarkan satu siri dokumentari yang menggambarkan imej moden China.

Koleksi video pendek dan pameran, "China di Mata Anak Muda—Tayangan Video Pendek Cina dan Luar Negara serta Majlis Penganugerahan" ("China in the Eyes of the Young —Chinese and Foreign Short Videos Screening and Award Ceremony") bertujuan untuk mengumpul sumber unggul dari luar negara dan mempromosikan inisiatif serta keghairahan belia global dalam memberi tumpuan dan menceritakan kisah Cina. Acara berkenaan mengundang pasukan kreatif muda, universiti utama dan individu untuk mengumpul karya video pendek yang cemerlang dengan visi global.

Semasa persidangan itu, CIIDS akan bekerjasama dengan China Global Television Network (CGTN) untuk menganjurkan secara bersama sebuah acara khas yang mana para tetamu kehormat dengan latar belakang yang berbeza berkongsi cerita mereka mengenai cara untuk memahami China, setiap satu dari perspektif mereka sendiri. Mereka terdiri daripada Yves Leterme, bekas Perdana Menteri Belgium; Moon Chung-in, pengerusi Sejong Institute di Korea Selatan; Martin Jacques, pakar China yang terkemuka; Mushahid Hussain Syed, pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Senat Pakistan; Wang Jian, ahli akademik di Chinese Academy of Engineering; dan Vikram Channa, naib presiden Kandungan di Discovery Networks Asia-Pacific.

Cabaran Kisah China Diceritakan Semula dalam Bahasa Inggeris (Stories of China Retold in English Challenge) bersedia untuk satu lagi pusingan. Acara ini menyediakan platform untuk anak muda mempromosikan budaya Cina melalui bacaan dalam bahasa Inggeris, ucapan kreatif, monolog dramatik atau mempersembahkan bakat Cina. Sejak tahun 2020, inisiatif ini telah menarik minat lebih 300,000 anak muda dari seluruh dunia.

An Exchange On China, dilancarkan secara bersama oleh CIIDS dan Discovery Channel, ialah siri dengan enam episod yang dibangunkan untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada komuniti antarabangsa tentang China dalam era baharu.

Sila kunjungi http://ddzg.ciids.cn/trends/ dan https://youtu.be/j8NkP3BXZdI?si=9rdX-MnHQ2J0JIO1 untuk maklumat lanjut.

Source: China Institute for Innovation & Development Strategy
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Broadcast feed announcements Trade show news DEI Page