omniture

NEOM mengumumkan Siranna, tempat pelancongan eksklusifnya

NEOM Corporate
2023-11-30 21:55 34

NEOM, Arab Saudi, 30 November 2023 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah NEOM telah memperkenalkan Siranna, sebuah tempat pelancongan eksklusif dan destinasi terbaharu yang akan diumumkan oleh pembangunan serantau mampan yang berkembang di barat laut Arab Saudi.

Siranna, NEOM's exclusive tourism escape
Siranna, NEOM's exclusive tourism escape

Siranna ialah ruang di mana kehidupan yang elegan dan inovatif bertemu untuk mempermudahkan gaya hidup tanpa kompromi. Terletak di pinggir laut Teluk Aqaba, destinasi ultra-mewah ini akan menjadi rumah kepada hotel dengan 65 bilik utama, serta 35 kediaman eksklusif.

Destinasi ini menawarkan pemandangan Laut Merah tanpa gangguan, dengan reka bentuk bertingkatnya yang menawarkan pemandangan dan perspektif yang pelbagai. Dibangunkan dari rupa bumi pantai yang lasak, tiang heksagonnya adalah unik, namun masih melengkapi pergunungan dan flora yang ada di sekitarnya. Dengan ketibaan melalui pengangkutan bawaan air ke teluk terpencil, tetamu akan melalui formasi batu semula jadi sebelum sampai ke pintu masuk tempat penginapan yang mempesonakan.

Dengan tumpuan terhadap memupuk pemikiran yang asli dan bersenang-senang, Siranna akan menawarkan peluang kepada pengunjung dan penduduk untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk dan gangguan dalam kehidupan seharian serta mendekatkan mereka dengan orang-orang yang berfikiran serupa dalam suasana yang mewah dengan mudah. 

Kelab pantai yang terkenal, spa dan kemudahan kesihatan tercanggih akan ditawarkan untuk pengunjung berehat. Mereka yang ingin mendekatkan diri dengan landskap semasa penginapan mereka akan menikmati denai penemuan berliku dengan berjalan kaki atau menunggang kuda untuk meneroka tempat di mana bertemunya laut, gunung dan wadi. Pilihan tempat makan dan hiburan yang mewah juga akan dapat memenuhi pelbagai cita rasa dan minat di kalangan tetamu. 

Prinsip panduannya yang menyokong pembangunan adalah untuk memastikan campur tangan yang minimum dalam alam semula jadi, di mana teknik yang bijak dan bertimbang rasa akan digunakan untuk memelihara landskap sekeliling. Seni binanya akan memberi penghormatan kepada warisan kawasan tempatan dan digabungkan dengan gunung bersebelahan dan wadi dengan lancar. 

Siranna ialah satu lagi contoh usaha tanpa kompromi NEOM untuk mencipta ruangan dalam alam semula jadi yang menyokong kehidupan masa depan yang mampan dan memupuk kreativiti, sambil menawarkan pengalaman hospitaliti mewah yang terbaik. 

Sejajar dengan komitmen NEOM terhadap pemuliharaan, Siranna akan melengkapi lokasi pantainya dan akan dilaksanakan secara mampan. Berita pembangunan ini adalah susulan pengumuman Leyja dan Epicon baru-baru ini, yang juga merupakan destinasi pelancongan mampan yang terletak di Teluk Aqaba. 

Tentang NEOM

NEOM ialah pemacu perkembangan manusia dan sebuah wawasan tentang gambaran Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup – sebuah kawasan perusahaan yang mencorakkan perjalanan Masa Depan Baharu. Ia akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan, menubuhkan syarikat-syarikat yang berkembang maju dan melaksanakan semula pemuliharaan alam sekitar. 

NEOM akan merangkumi bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, lokasi sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan yang sangat terhubung dan kognitif. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang ke bandar ini untuk melakukan penyelidikan, inkubasi serta mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dengan kaedah yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan menggambarkan etos antarabangsa dan menghayati budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian. 

Untuk maklumat lanjut e-mel media@neom.com atau layari www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom

Bahan ini diedarkan oleh Teneo Strategy LLC bagi pihak Syarikat NEOM. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Keadilan, Washington, DC.  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2288273/NEOM_Corporate_1.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2288274/NEOM_Corporate_2.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2255903/NEOM_Logo.jpg?p=medium600

Siranna, NEOM's exclusive tourism escape
Siranna, NEOM's exclusive tourism escape

 

 

 

Source: NEOM Corporate
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services