omniture

'KITA KINI SEDANG MEMASUKI ZAMAN BAHARU KECERDASAN,' KATA PAKAR AI GLOBAL YAYASAN QATAR DI SIDANG KEMUNCAK WISE 2023

WISE
2023-11-30 22:01 98

Sidang kemuncak ini memaparkan pelbagai perspektif para pemimpin pemikir utama, inovator dan pembuat perubahan muda tentang AI dalam pendidikan

DOHA, Qatar, 30 November 2023 /PRNewswire/ -- Dunia berada pada titik perubahan dalam evolusi manusia kerana mesin bakal mengubah cara kita hidup dan bekerja secara mendalam, malah memperoleh pengalaman menjadi manusia, kata Nina Schick, salah seorang pakar AI Generatif pertama yang juga Pengasas Tamang Ventures Limited di WISE 11 iaitu edisi ke-11 Sidang Kemuncak WISE anjuran Yayasan Qatar yang berakhir pada hari ini.

Merujuk kepada kadar eksponen di mana keupayaan sistem AI semakin bertambah maju, Shick menekankan, "Dalam era baharu kecerdasan ini – yang merupakan satu revolusi – ia akan menjadi suatu hubungan simbiotik di mana mesin dan manusia bekerja bersama-sama."

Dalam kelas induk 'Pemikiran Kritikal dalam Era Digital: AI, Literasi Maklumat dan Perjuangan Menentang Maklumat Palsu', Dr. Marc Owen Jones, Profesor Madya, Jabatan Pengajian Timur Tengah, Universiti Hamad Bin Khalifa meneliti cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan dalam mengenal pasti dan memerangi maklumat salah serta memberi nasihat tentang cara menangani propaganda yang dihasilkan oleh AI.

Barisan panel 'AI untuk Kebaikan Bersama' meneroka kesan kolektif daripada penggunaan AI dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dasar, kedermawanan dan media dalam memupuk pemimpin dan penyelesai masalah generasi seterusnya. Tuan Yang Terutama Buthaina bint Ali Al Jabr Al Nuaimi, Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi menekankan usaha Qatar yang berterusan serta rancangan masa depannya dalam menyepadukan AI ke dalam sistem pendidikan.

Tuan Yang Terutama Menteri mengulas: "Qatar merupakan salah sebuah negara yang menjadi pengguna awal kurikulum AI K-12 kebangsaan. Ia bermatlamat untuk menyediakan para pelajar bagi tenaga kerja yang semakin melibatkan teknologi dan kemahiran AI."

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Wolfram Group, Conrad Wolfram telah menyampaikan ucaptama mengenai kepentingan kritikal pemikiran pengkomputeran pada zaman AI semasa majlis penutupan tersebut. Beliau meneliti hubung kait antara kajian matematik dengan kaedah pengkomputeran untuk memupuk pemikiran kritis dan kemahiran kreativiti serta berhujah tentang peralihan ke arah mengutamakan penggunaan alat pengkomputeran dalam sistem pendidikan bagi menangani cabaran dunia sebenar.

Sidang kemuncak selama dua hari ini telah menghimpunkan hampir 7,000 orang pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan, pakar terkemuka dalam bidang inovasi dan teknologi serta perintis muda bagi mencetuskan perbincangan yang memberi tumpuan kepada penggunaan AI yang selamat, beretika dan berkesan dalam sistem pendidikan global.

Hubungan: media@wise.org.qa

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2287476/WISE_Logo.jpg?p=medium600

Source: WISE
Keywords: Computer/Electronics Education Trade show news Artificial Intelligence