omniture

Casio bakal Lancar MR-G dengan Bentuk Ikonik dan Tali Jam Dura Soft Selesa

CASIO COMPUTER CO., LTD
2023-12-01 09:00 108

TOKYO, 1 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan baharu kepada barisan MR-G, kemegahan jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MRG-B5000R baharu ini mewarisi bentuk ikonik G-SHOCK yang pertama sekali — menonjolkan titik asal jenama ini — dan menampilkan tali jam Dura Soft yang sangat selesa.

MRG-B5000R
MRG-B5000R

Berdasarkan kepada konsep untuk menyampaikan "keunggulan bagi jam tangan yang didorong oleh ketahanan," barisan MR-G berada di puncak jenama G-SHOCK, menggabungkan teknologi canggih dan teknik-teknik kerja logam yang mahir. Mewarisi bentuk ikonik G-SHOCK asal, MRG-B5000 asal dilancarkan pada tahun 2022. Menampilkan bezel dengan Struktur Berbilang-Pengawal untuk membolehkan penggilapan yang jitu, jam tangan ini menggunakan bahan-bahan termaju termasuk COBARION®, aloi yang sangat keras, dikemaskan dengan ketukangan penggilapan yang mahir. Dengan ciri-ciri seperti kesemua ini, ia terbukti amat popular sebagai model unggulan daripada jenama G-SHOCK.

MRG-B5000R baharu dibangunkan berasaskan kepada MRG-B5000, menggunakan tali jam Dura Soft yang selesa dan lembut bagi menawarkan ciri kemudahan penggunaan fleksibel yang sesuai dengan barisan unggulan jenama G-SHOCK dan memberi kesesuaian baik untuk majlis rasmi mahupun situasi yang aktif. Tali jam Dura Soft menawarkan rintangan yang kuat kepada penyahwarnaan, penstainan dan kemerosotan dari masa ke masa, manakala pengacuan sisipan komponen titanium turut meningkatkan kekuatan sambungan tali jam kepada bekas jam. Tali jam ini membawakan rasa bertekstur yang lembut dan selesa, menawarkan padanan yang selesa apabila terlibat dalam aktiviti lasak.

Reka bentuk jam tangan ini merupakan satu penghormatan kepada skema warna DW-5000C-1B, versi diaksenkan emas bagi G-SHOCK yang pertama sekali. Salutan karbon seperti berlian (DLC) diaplikasikan pada bekas jam dan kemasan IP emas pada butang sisi. Muka jam turut menampilkan aksen emas. Tali jam menggabungkan corak bertekstur yang mewarisi motif reka bentuk masih lagi dikekalkan sejak G-SHOCK yang pertama sekali, termasuk simbol "SHOCK RESIST" dan corak bata.

Dura Soft band ensuring an extremely comfortable fit
Dura Soft band ensuring an extremely comfortable fit

・COBARION® ialah tanda dagangan berdaftar Iwate Industry Promotion Center dan dikeluarkan secara eksklusif oleh Eiwa Corporation.

 

 

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services