omniture

Kajian Visa: 97% pengembara Asia Pasifik memilih tanpa tunai apabila mengembara

Visa
2023-12-01 10:30 104
  • Hanya 31 peratus pengembara membawa wang tunai ke destinasi mereka pada tahun 2023, menurun daripada 79 peratus pada tahun 2020.
  • Pengembara turut berbelanja lebih banyak, dengan purata $2,525 setiap perjalanan – satu lonjakan ketara dari $1,708 pada tahun 2020

SINGAPURA, 1 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pengembara Asia Pasifik lebih suka menggunakan kad kredit, debit dan prabayar sebagai kaedah pembayaran semasa mengembara, menurut dapatan terkini daripada kajian Hasrat Kembara Global (GTI) yang terkini daripada Visa, menekankan pergantungan pengguna yang semakin meningkat terhadap kaedah pembayaran digital.

Bilangan pengembara yang membawa wang tunai dalam perjalanan mereka juga menurun sebanyak 60 peratus pasca-pandemik, dengan hanya 31 peratus responden membawa wang tunai dalam tahun 2023, berbanding 79 peratus pada tahun 2020. Responden menyebut sebab-sebab seperti penerimaan yang luas oleh peniaga, keselamatan perjalanan dan kadar pertukaran asing yang baik sebagai pemacu untuk penggunaan kad luar negara.

"Kami menyaksikan perubahan yang ketara dari segi tingkah laku dan keutamaan pembayaran pengembara pasca-pandemik, dengan ramai yang memilih kaedah pembayaran yang selamat, berciri digital dan tanpa sentuh," kata Danielle Jin, Ketua Bahagian Pemasaran, Asia Pasifik, Visa. "Kajian Hasrat Kembara Global kami menegaskan sekali lagi kepentingan pembayaran digital yang semakin bertambah dalam meningkatkan pengalaman pengembaraan keseluruhan dan bagaimana ekosistem kembara perlu membantu perniagaan tempatan menyediakan penyelesaian pembayaran yang selamat dan tanpa sentuh yang sejajar dengan keutamaan pengembara hari ini."

Memahami trend pengembaraan yang semakin berkembang dan keutamaan pengguna

Menurut kajian pada tahun ini, yang menyoal selidik lebih daripada 15,000 pengembara di seluruh Asia Pasifik, pengembara menunjukkan beberapa trend dan tingkah laku yang ketara:

1.Destinasi pilihan utama: Jepun menduduk tempat teratas antara destinasi-destinasi yang paling banyak dilawati oleh responden, dengan 25 peratus responden telah melawat negara itu pada tahun ini, diikuti rapat oleh Australia (18%) dan Singapura (12%). Australia (16%), Jepun (16%), dan Tanah Besar China (9%) mengungguli senarai bagi liburan perniagaan antarabangsa atau perjalanan 'bleisure', yang mana pengguna menggabungkan liburan dengan aktiviti perniagaan dalam tempoh pengembaraan mereka. 

2.Perbelanjaan perjalanan yang semakin meningkat: Pengembara juga berbelanja lebih banyak dalam tahun 2023, dengan purata $2,525 setiap perjalanan – lonjakan ketara dari $1,708 dalam tahun 2020.

3.Motivasi untuk mengembara: Selain itu, tinjauan ini mengetengahkan bahawa motivasi utama untuk mengembara ialah bersantai (39%), diikuti oleh keinginan untuk meneroka dan belajar sesuatu yang baharu (14%) dan melawat keluarga dan rakan (13%). Pendorong lain termasuk membeli-belah (8%) dan melakukan pengembaraan (8%).

4.Kelestarian menjadi tumpuan utama: 63 peratus responden menyatakan minat terhadap pengembaraan lestari, menyebut memilih penginapan yang mampan, menggunakan mod pengangkutan cekap tenaga dan mengelakkan penggunaan plastik guna sekali semasa perjalanan mereka sebagai cara untuk mengembara dengan lestari.

5.Inspirasi untuk perjalanan akan datang: Apabila merancang perjalanan akan datang, pengembara mendapatkan inspirasi daripada pelbagai sumber, menerusi pengiklanan (49%) dan hebahan lisan (48%) mendahului. Promosi (41%), media sosial (39%) dan kandungan pengembaraan (37%) juga merupakan pencetus penting apabila mencari destinasi dan memilih aktiviti.

Membuka peluang baharu dalam pengembaraan dengan data

Bagi industri pengembaraan, mengemudi trend pengguna yang semakin berubah ini akan menjadi bahagian yang kritikal dalam kejayaan. Perkongsian erat Visa dengan ramai pengusaha dalam ekosistem kembara – bermula daripada agensi pelancongan hingga syarikat penerbangan, peniaga, institusi kewangan dan badan kerajaan – menunjukkan bahawa organisasi-organisasi yang dilengkapi dengan data yang dapat melibatkan pelanggan mereka yang mengembara secara meluas dengan pengalaman diperibadikan yang berimpak tinggi dengan lebih baik.

"Keupayaan dan pemahaman data Visa memberi gambaran yang holistik dari segi bagaimana, di mana, mengapa dan siapa berhubung trend kembara Asia Pasifik, membantu organisasi menarik dan menyokong pengembara sejurus selepas mereka mengambil keputusan untuk mengembara," sambung Jin. "Untuk menawarkan perkhidmatan dengan lebih baik kepada rakan kongsi kami, baru-baru ini kami turut menubuhkan Pusat Kecemerlangan untuk pengembaraan di sini, di Asia Pasifik, yang merupakan sebuah pasukan yang menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membantu pelanggan memanfaatkan data dan memaksimumkan peluang dalam aspek pengembaraan dan pembayaran rentas sempadan."

Data pembayaran Visa dan keupayaan sains data dalaman dapat membantu organisasi merancang lebih awal supaya mereka dapat memaksimumkan peluang apabila pengembaraan melonjak. Apabila digabungkan dengan data rakan kongsi seperti kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan, pemahaman data Visa dapat memberi ramalan untuk kemuncak dalam musim pengembaraan untuk pengusaha ekosistem kembara yang terdiri daripada peniaga dan peruncit hinggalah bank, syarikat teknologi kewangan (fintech) dan badan kerajaan dalam bidang pengembaraan. Institusi-institusi ini – besar hingga kecil – boleh memanfaatkan pemahaman data Visa untuk menyokong dengan lebih baik kehendak dan keutamaan pelanggan mereka semasa tempoh pengembaraan puncak dan merancang tawaran serta ganjaran pengembaraan untuk pemegang kad Visa sejurus semasa mereka mahukannya.

Kajian Hasrat Kembara Global Visa 2023 dijalankan oleh 4SIGHT Research & Analytics dalam bulan April hingga Jun 2023 serta menyoal selidik 15,467 responden di seluruh Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Tanah Besar China, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Menjangkau lebih sedekad, tinjauan GTI dwitahunan ini memberi penerangan tentang tingkah laku pengembaraan serta pembayaran dan dalam masa yang sama menguasai trend dalam landskap pengembaraan.

Latar Belakang Visa

Visa (NYSE: V) ialah peneraju dunia bagi pembayaran digital, memudahkan transaksi antara pengguna, peniaga, institusi kewangan dan entiti kerajaan merentas lebih daripada 200 negara dan wilayah. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, mudah, andal dan selamat, lantas membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Kami percaya ekonomi yang melibatkan semua orang di mana-mana sahaja, menaikkan semangat semua orang di mana-mana sahaja dan melihat akses sebagai asas kepada masa depan pergerakan wang. Ketahui lebih lanjut di Visa.com. 

 

Source: Visa
Related Stocks:
NEO:VISA NYSE:V
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce