omniture

Pencipta Masa Depan XCMG: XCMG Apprentice Musim 8 Beri Tumpuan Pembuatan Pintar dan Peralatan Hijau

XCMG Machinery
2023-12-01 10:47 34

XUZHOU, China, 1 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Pencipta Masa Depan XCMG," musim kelapan program pembangunan bakat antarabangsa XCMG Machinery (SHE:000425), XCMG Apprentice menamatkan dengan jayanya bengkel selama seminggu di ibu pejabat XCMG di Xuzhou. Enam pengendali peralatan jentera, yang datangnya dari Brazil, Uzbekistan dan negara-negara lain, melawat kilang pembuatan pintar (IM) XCMG, mengendalikan seleksi peralatan hijau dan pintar, termasuk mesin pengorek, kren dan mesin pelabuhan.

XCMG Future Creator: XCMG Apprentice Season 8 Brings Focus to Intelligent Manufacturing and Green Equipment.
XCMG Future Creator: XCMG Apprentice Season 8 Brings Focus to Intelligent Manufacturing and Green Equipment.

Semasa bengkel itu, pakar dan kakitangan kanan XCMG memimpin perantis untuk meneroka pencapaian kumpulan ini dalam IM, pembangunan produk berkualiti tinggi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemasaran global.

XCMG mendemonstrasikan keupayaan IM bagi mesin pemuatnya dengan fokus pada kecerdasan dan kelestarian. Perantis bukan sahaja belajar tentang produk elektrik tulen, melawat kilang IM, bahkan turut memandu uji serta mengendalikan peralatan, termasuk pemuat tanpa pemandu XC918-EVpemuat kawalan jauh XC958jentera perata perlombongan berkuasa amat tinggi GR5505 dan pemuat kemudi kelincir XC7-SR07E melalui pusingan-S.

Di bahagian peralatan berat, perantis mengalami kren semua rupa bumi terbesar di dunia, XCA3000 dan mengendalikan secara jarak jauh kren XCA160L8 tanpa pemandu yang cemerlang dalam kebolehgerakan dan keandalan. Perantis juga melawat Jambatan Sungai Yangtze Ma'anshan yang mengguna pakai kren menara XGT15000-600S yang menangani lebih 60 teknologi teras dan 20 masalah teknikal seluruh dunia bagi menjamin prestasi unggul untuk pembinaan berskala mega.

Perantis turut mengendalikan AGV yang dibangunkan untuk pelabuhan, mencuba menembak bola ke dalam bakul dengan memandu forklift bum teleskopik dan menguji beberapa trak tenaga baharu dan tanpa pemandu untuk perlombongan, konkrit dan banyak lagi.

Di kilang IM, perantis meneroka pelbagai barisan pengeluaran dan bengkel yang dilengkapi dengan teknologi pintar yang terkemuka. Kilang jentera pelabuhan menunjukkan 80 proses pengeluaran, mesin kimpalan automatik, mesin pengetat bolt tayar pintar dan banyak lagi. Semasa di kilang trak berat paling pintar China, perantis belajar tentang teknologi IM yang terkini termasuk pemeriksaan salutan pintar, robot untuk tebukan dan kimpalan automatik, AGV dan banyak lagi.

Sebelum bengkel selama seminggu di Xuzhou, XCMG Apprentice Musim 8 menganjurkan satu siri latihan di tapak dan acara pengalaman yang bertemakan "Kehidupan Mekanikal Impian" di Brazil, Poland, India, Uzbekistan dan China.

Dilancarkan pada tahun 2016, XCMG Apprentice, program pengalaman imersif dan pendidikan inovasi, menawarkan kepada bakat muda dari serata dunia dengan peluang untuk belajar tentang XCMG, teknologi inovatifnya dan pengaruh global sambil menggalakkan pertukaran antarabangsa dalam industri jentera pembinaan.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Alternative Energies Auto Construction/Building Education Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining Mining/Metals Transportation Utilities New products/services