omniture

SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu lancar dengan maraton 24 jam.

SCENTIFY by ENCHANTEUR
2023-12-01 15:53 8

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Tugas membersih dan mengemas rumah kini lebih menyeronokkan dengan SCENTIFY by Enchanteur, sebuah rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia. Sempena pelancaran rangkaian baharu ini, sebuah acara maraton menggosok pakaian telah diadakan di MYDIN Hypermarket USJ di mana seramai 80 orang telah menggosok lebih 10,000 helai pakaian dalam masa 24 jam. Maraton 24 jam yang bermula pada 29 November ini bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan orang ramai, di mana fungsinya tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian. Kini, aktiviti menggosok pakaian lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih lama!

Kiri- Encik Syed Ashiq Bin Syed Ansari (Scentify), Encik Aaron Bong Keng Jin (The Malaysia Book of Records), Puan Rozaina binti Mahmod (Scentify), Yang Berbahagia Dato' Murad Ali Mydin Mohamed, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad
Kiri- Encik Syed Ashiq Bin Syed Ansari (Scentify), Encik Aaron Bong Keng Jin (The Malaysia Book of Records), Puan Rozaina binti Mahmod (Scentify), Yang Berbahagia Dato' Murad Ali Mydin Mohamed, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad

Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car ini dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik dan pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak. Malahan, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi 3 variasi wangian premium yang membangkitkan mood. Rangkaian ini juga adalah bukti dedikasi jenama Enchanteur yang komited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna.

Turut memeriahkan acara, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam telah bergabung dalam sebuah "duet menggosok" sebagai penutup kepada penutup 24 jam. Di kemuncak acara, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh hanya satu hari, melayakkan SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records bagi "Jumlah Pakaian Terbanyak yang Digosok dalam Sehari".

Sijil rasmi ini telah dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of Records kepada Puan Rozaina & Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd dan Yang Berbahagia Dato' Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Kejayaan maraton dan pensijilan ini jelas  membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah "rakan" penting bagi setiap isi rumah kerana, selain menyegar fabrik, ia juga membuat tugas membersih dan mengemas lebih  seronok dengan wangian mewah. Dalam kata lain, SCENTIFY Eau de Fabric bukanlah penyegar biasa-biasa!

Segera dapatkan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia Dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak, dan rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) pada harga RM9.90 in Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya, and pasar-pasar hyper di seluruh negara. Segarkan kehidupan dengan SCENTIFY!

 

Source: SCENTIFY by ENCHANTEUR
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail