SHANGHAI, 1 Desember 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) telah diberi penghormatan di Persidangan Pembangunan Mampan Syarikat-syarikat Tersenarai China atas prestasinya yang luar biasa dalam Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dirangkumkan dalam "Kes Cemerlang ESG 2023 Syarikat-syarikat Awam China", strategi progresif dan pandangan unik syarikat ini menyumbang dengan ketara kepada transformasi landskap ESG di China. Acara tahunan ini, dikendalikan oleh China Association for Public Companies (CAPCO), mengiktiraf syarikat-syarikat China yang tersenarai yang telah mencapai kemajuan yang cukup besar dalam bidang-bidang seperti impak iklim, tanggungjawab sosial dan tadbir urus korporat.
Tahun ini, CAPCO menerima 451 kes ESG, menggandakan jumlah berbanding tahun sebelumnya. Syarikat-syarikat dinilai berdasarkan kepada usaha mereka dalam amalan ESG yang komprehensif, dengan penekanan ke atas tindakan mereka untuk meminimumkan jejak karbon dan membantu pembangunan masyarakat.
Sepanjang beberapa tahun yang lalu, Shanghai Electric mengukuhkan pengurusan dan strategi ESGnya, membangunkan penyelesaian yang membuka jalan untuk peralihan China menuju tenaga baharu dan memperkasa negara ini untuk melangkah ke arah masa depan karbon sifar. Dipacu oleh visi untuk memangkinkan inovasi dalam tenaga boleh baharu dan hijau sekali gus meningkatkan taraf hidup global, Shanghai Electric memanfaatkan kepakarannya selama berdekad-dekad dalam tenaga dan pembuatan peralatan bagi menawarkan pelbagai jenis penyelesaian yang mengoptimumkan kecekapan penjanaan tenaga, transmisi dan pengagihan kuasa, infrastruktur landasan kereta api dan bangunan pintar.
Dari segi alam sekitar, Shanghai Electric memimpin jalan dalam inovasi kitar semula tenaga, mencipta sistem yang dapat mengendalikan gas serombong, air dan rawatan sisa pepejal sekali gus mengurangkan emisi karbon dengan signifikan. Memegang tanggungjawab alam sekitar sebagai terasnya, Syarikat ini dipandu oleh prinsip-prinsip hijau bagi meningkatkan pengeluaran serta operasi dan dalam masa yang sama mengakui peranannya yang penting dalam perlindungan terhadap alam sekitar, menyahut cabaran iklim dan pencemaran sebagai hala tuju untuk transformasi perniagaan dan menetapkan matlamat yang jelas untuk kedua-dua tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendorong kelestarian.
Mengintegrasikan tenaga angin, solar, storan dan hidrogen secara strategik, Shanghai Electric mensinergikan kelebihan sumber tenaga tradisional dan boleh baharu untuk membangunkan generasi baharu sistem kuasa yang dicirikan oleh kos yang rendah, emisi karbon rendah dan prestasi yang tinggi. Shanghai Electric memperluaskan pakatan perniagaannya tatkala ia berusaha untuk mewujudkan ekosistem industri, mengasah kelebihan daya saingnya dengan memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri-industri penting yang membolehkan Syarikat ini mencapai hasil yang luar biasa dalam inovasi produk, pembangunan projek serta pemupukan bakat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Shanghai Electric juga komited untuk mematuhi undang-undang dan peraturan, dengan penekanan yang kukuh bagi meningkatkan ketelusan operasi. Syarikat ini mengukuhkan tadbir urus korporatnya dengan meningkatkan pematuhan dalamannya, mewujudkan saluran komunikasi yang jelas dan berkesan serta menjaga hak pemegang saham.
Kini, Shanghai Electric telah dimasukkan ke dalam Indeks Siri Pembangunan Mampan Hang Seng dengan penarafan ESGnya dinaik taraf kepada "A" oleh MSCI. Membangun berdasarkan strateginya yang diwujudkan untuk memudahkan pencapaian matlamat dwikarbon China iaitu puncak karbon dan keneutralan karbon, Shanghai Electric mempertingkatkan lagi ikrarnya terhadap penyahkarbonan dengan mengeluarkan Pelan Tindakan Dwikarbon Shanghai Electric pada tahun ini.