omniture

FBS Memenangi Best Client Support Asia dan Dua Lagi Penghargaan dalam World Business Outlook Awards 2023

FBS Trading
2023-12-04 09:08 11

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Disember 2023 /PRNewswire/ -- FBS, sebuah broker global, telah mengukuhkan kedudukannya dalam bidang perkhidmatan kewangan dan perdagangan dengan anugerah Best Client Support Asia, Best Introducing Broker Program Global, dan Best Forex Broker Africa oleh World Business Outlook. Pencapaian ini mengiktiraf FBS atas perkhidmatannya yang berkualiti dan komitmen jangka panjangnya dalam menyediakan akses pasaran kewangan yang segera kepada orang ramai di seluruh dunia.

Untuk membuktikan kecemerlangannya, FBS terpaksa melalui tiga pusingan penilaian juri yang teliti dan mempamerkan penawaran yang kompetitif dan proposisi nilai yang unik. Hasilnya, panitia juri World Business Outlook Award telah menganugerahkan trofi kepada FBS bagi tiga kategori:

  1. Best Client Support Asia 2023: FBS menyediakan khidmat pelanggan 24/7 dalam bahasa-bahasa tempatan, termasuk Thai, Tagalog, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, dll. Jenama ini juga berinteraksi dengan khalayaknya di saluran popular dan platform media sosial dan berusaha untuk memberikan respon secara proaktif terhadap pertanyaan pelanggan – dalam masa kurang daripada satu minit.
  2. Best Introducing Broker Global 2023: Anugerah ini mengiktiraf Program Introducing Broker (IB) FBS sebagai yang terbaik di peringkat global. IB FBS menikmati terma kerjasama rakaniaga yang menggalakkan, termasuk komisen yang tinggi sehingga 43 peratus daripada spread dan sokongan daripada jenama itu pada setiap peringkat perkembangan dan pertumbuhan karier rakaniaga.
  3. Broker Forex Terbaik Afrika 2023: Tawaran yang kompetitif dan terma perdagangan yang telus – dari leveraj yang tinggi sehingga 1:3000 dan pelaksanaan pesanan sepantas 0.01s sehinggalah VPS percuma dan sifar kos tersembunyi – semua ini telah melayakkan FBS meraih satu lagi anugerah sebagai penyedia perkhidmatan Forex peringkat tertinggi.

Ketika meraikan tonggak kejayaan terbaru dalam sejarah FBS ini, Eugene Kalugin, Ketua Efisiensi Perniagaan Global FBS, telah berkongsi pendapat mengenai anugerah tersebut dan mengulas, "Kami teruja kerana diiktiraf sebagai yang terbaik di antara semua program IB di seluruh dunia dan broker Forex di Afrika, serta diberikan penghargaan untuk khidmat sokongan pelanggan kami yang luar biasa di Asia. Anugerah daripada World Business Outlook ini adalah bukti kerja keras kami dan ia mengiktiraf kesungguhan kami dalam menyediakan pengalaman perdagangan yang lancar untuk lebih daripada 27 juta pedagang kami di seluruh dunia."

Menurut Shashank M, CEO di World Business Outlook, "Terdapat banyak syarikat perdagangan dalam talian dengan alat, ciri dan program latihan terbaik untuk para pelanggan mereka. Walau bagaimanapun, dengan menyediakan khidmat sokongan pelanggan yang terbaik dalam bahasa-bahasa tempatan, memastikan ketelusan dalam operasi perniagaan mereka, dan memberi tumpuan kepada kerjasama rakaniaga yang adil dan menguntungkan telah memastikan FBS membawa pulang tiga anugerah yang paling berprestij. World Business Outlook berbesar hati dapat memberikan penghormatan kepada FBS dengan anugerah Best Introducing Broker Global 2023, Best Client Support Asia 2023 dan Best Forex Broker Africa 2023 dalam majlis anugerah tahunan kami yang diadakan di Marriott Marquis, Queen's Park pada 25 November 2023."

Tentang FBS

FBS adalah sebuah broker antarabangsa berlesen dengan lebih 14 tahun pengalaman dan lebih 75 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling diyakini di pasaran, dengan lebih 27,000,000 orang pedagang dan lebih 500,000 rakaniaga di seluruh dunia. Volum urusniaga tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $8.9 trilion setahun. FBS juga berperanan sebagai Rakan Penajaan Rasmi Leicester City Football Club.

Source: FBS Trading
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology