SHANGHAI, 19 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar terbesar di dunia bagi produk kuasa suria berprestasi tinggi, hari ini telah mengumumkan modul polihabluran RIECIUM yang berkecekapan tinggi telah lulus Ujian Degradasi Teraruh Potensi ("PID") 500-jam yang dijalankan oleh TUV SUD, peneraju dunia daripada segi perkhidmatan ujian dan pensijilan.
Ujian tersebut telah dikendalikan di bawah keadaan ekstrem pada suhu 85 darjah Celsius, 85 peratus kelembapan relatif serta 1,000 volt bias voltan sistem, dengan keputusan yang menunjukkan kurang 2 peratus degradasi kuasa. Keputusan ini adalah selaras dengan jaminan terdahulu oleh Syarikat tentang modul RIECIUM miliknya yang mampu melepasi ujian PID IEC62804 dwistandard, yang telah dikendalikan di bawah keadaan 85 darjah Celsius, 85 peratus kelembapan relatif dan juga 1,000 volt bias voltan sistem, bagi tempoh 92 jam.
Modul RIECIUM, dilancarkan oleh JA Solar awal Februari ini, mempunyai warna yang menyerupai modul monohabluran. Purata kecekapan penukaran modul RIECIUM yang kini sedang dikeluarkan telah melepasi 18.6 peratus, manakala output kuasa pula telah mencecah 270W, 10W lebih tinggi berbanding purata industri.
"Dengan melepasi Ujian PID 500-jam dengan modul RIECIUM kami, JA Solar telah mencapai satu lagi kejayaan penting daripada segi kebolehan kami untuk menghasilkan produk suria dengan keandalan tinggi," kata En. Yong Liu, Ketua Pegawai Operasi JA Solar. "Keputusan ujian baharu ini membuktikan lagi usaha tiada tandingan JA Solar dalam melangkaui sempadan teknologi PV, dan memberikan nilai signifikan kepada para pelanggan kami melalui keandalan unggul produk kami."
HUBUNGI:
JA Solar Holdings Co., Ltd.
+86-21-6095-5888 / 6095-5999
sales@jasolar.com; market@jasolar.com
SUMBER JA Solar Holdings Co., Ltd.