Singapura, 19 Ogos 2014 /PRNewswire/ --
Aktiviti minyak dan gas Asia sedang beralih ke beberapa wilayah baharu, memandangkan para pesaing korporat berserta negara pengeluar yang telah mantap sedang menyasarkan strategi baharu, dan juga sempadan yang ditemui semula di seluruh rantau yang luas ini, dari Pakistan hingga ke New Zealand.Persidangan ini menekankan kepelbagaian usaha niaga huluan, peluang keluasan ekar, tindakan menukar strategi korporat, pelaburan, kewangan minyak dan tenaga, dasar kerajaan, projek minyak dan gas, industri bekalan dan perkhidmatan serta hala tuju petroleum dalam dunia industri minyak huluan, gas-LNG serta GTL.
Melibatkan Wakil Kerajaan daripada Syarikat Minyak Kebangsaan Filipina, (PNOC Exploration), Autoridade Nacional do Petroleo, Timor Leste, Sekretariat Pembangunan Sumber Petroleum Sri Lanka, Jabatan Galian & Petroleum, Australia, Bahagian Sumber, Geoscience Australia, Canberra.
Persidangan Huluan Asia 2014 merupakan acara mercu tanda bagi industri cari gali di Asia. Acara itu menampilkan lebih 24 wakil peringkat atasan dari serata Asia dan seluruh dunia, selain turut menghimpunkan pegawai eksekutif kanan daripada Syarikat Minyak Kebangsaan dan Kerajaan, Syarikat Bebas dan juga Syarikat Super-Major untuk bertemu, menjalin rangkaian serta merundingkan urus niaga, sambil memperlihatkan para pemain korporat yang menerajui bidang masing-masing.
Pembentangan istimewa termasuklah "Memanfaatkan sumber hidrokarbon bukan konvensional di India: Gas Syal & Metana Lapisan Batu Arang" yang dibentangkan oleh Dr VK Rao, Naib Presiden Kanan & Pegawai Tugas Khas (Minyak & Gas), Reliance Natural Resources, Pelesenan & Keluasan Ekar Baharu Australia yang dibentangkan oleh Richard Bruce, Jabatan Galian & Petroleum, Perth serta Pelepasan Keluasan Ekar Luar Pesisir 2014 Australia, Dr Thomas Bernecker, Bahagian Sumber, Geoscience Australia, Canberra.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang acara ini, sila klik di sini
Sila ikuti profil LinkedIn syarikat kami bagi mendapatkan kemas kini harian tentang Industri Huluan
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140812/700457