omniture

"JUNG KWAN JANG Red Ginseng Oil RXGIN Clean," Minyak Ginseng Merah, Mendapat Populariti di Korea atas Kesan Cemerlang Menambah Baik BPH

KGC (Korea Ginseng Corp.)
2023-12-05 07:00 28

SEOUL, Korea Selatan, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dalam bulan Ogos, keputusan kajian klinikal yang menunjukkan penambahbaikan gejala hiperplasia prostat benigna (BPH) yang selamat dan berkesan melalui pengambilan minyak ginseng merah diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa yang berprestij The World Journal of Men's Health.

JUNG KWAN JANG Red Ginseng Oil RXGIN Clean
JUNG KWAN JANG Red Ginseng Oil RXGIN Clean

Kumpulan penyelidikan bersama antara Prof. Kim Sae-Woong daripada Jabatan Urologi di Seoul St. Mary's Hospital dan Korea Ginseng Corporation (KGC) mengumumkan penemuan kajian bahawa pengambilan minyak ginseng merah yang diekstrak daripada RXGIN JUNG KWAN JANG dapat menambah baik gejala BPH dengan selamat dan berkesan.

Prof. Kim berkata, "Pengambilan minyak ginseng merah bukan sahaja menambah baik gejala BPH dengan ketara, tetapi juga mempertingkatkan kesan sampingan yang berkaitan dengan rawatan prostat konvensional." Beliau menekankan bahawa tiada tindak balas buruk yang diperhatikan pada pesakit, lantas menekankan kepentingan minyak ginseng merah sebagai penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk BPH.

Syarikat ini, setelah lima tahun menjalankan kajian ke atas minyak ginseng merah bermula pada tahun 2018, mengesahkan sumbangan positifnya kepada kesihatan prostat lelaki. Produk ini mendapat pengiktirafan rasmi sebagai bahan fungsian daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubatan Korea dan memperoleh pendaftaran paten.

Hiperplasia prostat benigna atau pembesaran prostat, ialah keadaan apabila prostat yang membesar memampatkan uretra, lalu mengakibatkan pelbagai gejala kencing. Ia berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan faktor pertumbuhan yang berkaitan dengan penuaan. Prevalens bagi keadaan ini meningkat seiring dengan usia, membawa kepada gejala-gejala seperti kesegeraan, nokturia, disuria, yang memberi kesan ketara ke atas kualiti hidup.

Makanan fungsian kesihatan prostat JUNG KWAN JANG, "Red Ginseng Oil RXGIN Clean," diperbuat daripada minyak ginseng merah berharga yang memerlukan satu akar untuk menghasilkan 0.05 gram minyak. Bagi menghasilkan satu kapsul (502 mg), sepuluh akar ginseng merah diperlukan.

Dilancarkan di Korea pada 31 Ogos, Red Ginseng Oil RXGIN Clean menjual 3,000 set pada hari pertama pelancaran rasmi dan hanya dalam tempoh 13 hari, kelompok awal telah habis dijual di kebanyakan kedai. Ini memperlihatkan kadar jualan terpantas antara kesemua produk JUNG KWAN JANG yang baharu.

Korea Ginseng Corporation menyatakan bahawa Red Ginseng Oil RXGIN Clean berjaya menembusi pasaran makanan fungsian kesihatan prostat Korea selepas lima tahun menjalani penyelidikan dan pembangunan. Menambah bahawa ia akan meneruskan komitmen untuk mencipta kehidupan yang sihat melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, meneruskan sejarah 124-tahun nilai jenama JUNG KWAN JANG.

Source: KGC (Korea Ginseng Corp.)
Related Stocks:
Korea:033780 OTC:KTCIY
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine