omniture

NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific Kini Dibuka untuk Pendaftaran

Comexposium Asia Pacific
2023-12-05 08:00 94

SINGAPURA, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific, kini dibuka untuk pendaftaran dalam talian bagi persidangan utama. Dianjurkan secara bersama oleh National Retail Federation dan Comexposium, Retail's Big Show Asia Pacific akan berlangsung mulai 11 – 13 Jun 2024, di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands di Singapura dan dijangka menarik minat ribuan peruncit dan rakan niaga di seluruh rantau ini.

"NRF sedang meluaskan jejak Retail's Big Show ke Asia Pasifik, salah satu pasaran runcit yang berkembang paling pantas di dunia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NRF Matthew Shay. "Acara ini akan membawakan inovasi terkini daripada pengalaman dalam-kedai, rantaian bekalan, pencegahan kerugian dan perlindungan aset hinggalah pembarangan dan teknologi imersif. Acara sulung ini akan menghimpunkan pemimpin-pemimpin industri yang paling dinamik di Asia untuk mencipta perkongsian global yang mencakupi seluruh industri runcit."

Persidangan utama meliputi topik dan trend seperti AI dan pembelajaran mesin, pengalaman pelanggan, transformasi digital, data pihak pertama, rantaian bekalan nyah-risiko, kalis masa depan melalui tempoh ekonomi yang sukar, kos runcit yang tinggi, kefleksibelan pembayaran, jenayah runcit dan kecurian selain pemperibadian serta kemampanan dan amalan beretika.

"Rantau Asia Pasifik adalah pelbagai namun turut dikaitkan dengan tema dan cabaran yang sama. Bagi memastikan penyampaian kandungan yang bertindak balas kepada hal ini, program persidangan ini memanfaatkan nasihat dan pengesyoran daripada para pemimpin runcit di seluruh rantau Asia Pasifik, baik daripada industri mahupun komuniti runcit," kata Pengarah Projek NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific, Ryf Quail. "Program ini membawakan pelbagai kandungan yang meraikan kejayaan, peluang baharu dalam peruncitan, meneroka teknologi yang mengubah industri ini sambil menangani cabaran yang dihadapi oleh para peruncit Asia Pasifik saban hari."

Mula diumumkan di NRF 2023: Retail's Big Show di Bandar Raya New York, edisi Asia Pasifik ini mendapat sokongan daripada persatuan peruncit dari seluruh rantau iaitu Australia, Tanah Besar China, Eropah, Indonesia, India, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Taiwan.

Pendaftaran dalam talian untuk persidangan utama kini dibuka untuk individu dan kumpulan. Diskaun pelanggan paling awal kini tersedia mulai Disember 2023 hingga 16 Februari 2024.

Peruncit digalakkan untuk menempah pas persidangan penuh mereka ke persidangan utama dan ekspo melalui portal pendaftaran dalam talian khusus pada laman web atau terus melalui ejen telejualan. Yuran adalah berdasarkan kepada jenis organisasi dan boleh dirujuk di sini.

Retail's Big Show Asia Pacific akan melengkapkan NRF's Retail's Big Show, yang diadakan dalam bulan Januari setiap tahun di Javits Convention Center di Bandar Raya New York.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Lampiran 1 (Helaian Fakta) atau kunjungi www.nrfapacbigshow.com 

Source: Comexposium Asia Pacific
Related Stocks:
Singapore:CXPM
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Retail Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence