READING, England, 19 Ogos 2014 /PRNewswire/ --
Acision SDK Membolehkan Para Pembangun dan Perusahaan untuk Menyepadukan Teknologi WebRTC ke dalam Aplikasi Web dan Mudah Alih untuk Meningkatkan Pelibatan Pengguna
Acision, peneraju global dalam perkhidmatan pelibatan mudah alih serta inovator industri bagi teknologi WebRTC, hari ini mengumumkan berikutan kejayaan tempoh beta, yang telah dilancarkan di Ekspo WebRTC pada Jun 2014, Acision SDK terkini kini sudah sedia dan boleh didapati melalui platform API forge oleh Acision. Acision SDK dapat membantu perniagaan memperoleh, berhubung dan turut mengekalkan para pengguna melalui perkhidmatan komunikasi yang beraneka.
Dengan Acision SDK, para pembangun dan perusahaan boleh merangkumkan fungsi WebRTC dengan mudah, seperti panggilan suara dan video, pemesejan, perkongsian kandungan serta kehadiran ke dalam aplikasi mudah alih natif dan aplikasi web. Misalnya, dengan menggunakan teknologi Acision dan rangkaian berasaskan awan, jenama runcit, perkhidmatan kewangan atau syarikat pelancongan, boleh menyepadukan klik-untuk-memanggil, sembang video atau keupayaan pemesejan IM ke dalam kehadiran dalam talian dan kehadiran aplikasi mereka, yang boleh menjadi sebahagian daripada tawaran premium pengguna VIP, atau digunakan untuk memudahkan panggilan perkhidmatan generasi seterusnya yang lebih rumit yang dapat membantu syarikat menjimatkan wang dan turut meningkatkan kesetiaan pelanggan.
"Perusahaan, terutamanya yang mengendalikan pusat panggilan atau yang mempunyai perniagaan web atau perniagaan aplikasi yang mantap, sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan sistem dan teknologi komunikasi agar dapat memajukan pelibatan pelanggan. Dengan Acision SDK, para pembangun dan perusahaan dapat mencipta aplikasi baharu atau meningkatkan aplikasi sedia ada dengan beberapa ciri mirip Skype dan WhatsApp. Berbilang keupayaan SDK kami, bermakna perniagaan dapat merangkumkan dan memiliki saluran komunikasi dua hala terbeza bersama para pelanggan, lalu menjadikan interaksi lebih bermakna. Selain itu, para pengguna teknologi ini juga beroleh manfaat daripada keselamatan gred-pembawa, keandalan serta kepakaran berkaitan dengan sejarah perkhidmatan mudah alih Acision selama lebih 20 tahun," kata Matt Cockett, Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Perusahaan di Acision.
Dengan memberi sokongan kepada pelbagai iOS, peranti Android dan juga pelayar web, beberapa ciri utamanya termasuklah:
Ketahui lebih lanjut tentang Acision SDK di http://forge.acision.com.
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling beroperasi merentasi semua platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna dengan mewujudkan nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk para pembawa, perusahaan serta pengguna di seluruh dunia.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Acision di http://www.acision.com atau forge di https://forge.acision.com
SUMBER Acision