omniture

Kren Beroda Paling Berat di Dunia, XCA3000 Capai Kejayaan dalam Pengangkatan Pertama

XCMG Crane
2023-12-05 08:44 64

YINGKOU, China, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- XCA3000, kren beroda tanan terbesar di dunia dan inovasi proprietari XCMG, baru-baru ini menyelesaikan tugasan pertamanya di Yingkou, Wilayah Liaoning, China, menetapkan penanda aras baharu dalam kecekapan operasi dan kapasiti angkat.

Kren Beroda Paling Berat di Dunia, XCA3000 Capai Kejayaan dalam Pengangkatan Pertama
Kren Beroda Paling Berat di Dunia, XCA3000 Capai Kejayaan dalam Pengangkatan Pertama

Di kemudahan tenaga angin 200 MW Dashiqiao Xintai New Energy¸diurus oleh China Energy Engineering Group Northeast No.2 Electric Power Construction, XCMG XCA3000 mengangkat dengan cekap bilah turbin angin seberat 25-ton, sepanjang 95-meter kepada ketinggian 107 meter. Ia kemudiannya dilabuhkan dengan tepat pada hab turbin angin dan dipasang di tempatnya. Operasi diperhatikan oleh para eksekutif daripada industri-industri tenaga dan angkat berat serta para wartawan.

Dengan penggunaan kren yang eksklusif di dunia, direka bentuk khas untuk mengangkat turbin angin, kecekapan operasi meningkat lebih dua kali ganda. Nasel turbin angin, dengan berat 135 tan dan output kuasa 5MW, kini boleh dipasang secara berkesan dalam selang waktu operasi selama 30 minit.

Kred beroda XCA3000 XCMG menampilkan kapasiti angkat 3000-tan, menjadikannya amat sesuai untuk memasang turbin angin sehingga 10MW. Pada ketinggian 160 meter, ia boleh mengangkat berat 190 tan, mencipta rekod baharu untuk kapasiti angkat yang paling tinggi dan paling berat antara kren beroda.

Pembuatan peralatan kuasa angin global sedang berkembang ke arah model-model yang lebih hebat, lebih berat dan lebih besar. Lantaran itu, peralatan pengangkat dan pemasangan dengan kapasiti angkat lebih tinggi, ketinggian angkat lebih tinggi, pengendalian beban berat dengan lebih cekap dan teknologi keselamatan yang dipertingkatkan menjadi amat penting untuk kemajuan pesat dalam industri kuasa angin.

XCMG mengkaji dan membangunkan sendiri kren beroda yang berupaya mengangkat lebih seribu tan berat dan kini berjaya mencapai penggantian import dengan model-model ini.

XCA3000 telah membuat penambahbaikan yang selanjutnya dalam teknologi bum fleksibel berprestasi tinggi, mengatasi isu-isu seperti penurunan prestasi angkat pada altitud tinggi dan ruang yang terhad di bawah cangkuk angkat turbin. Penambahbaikan ini mencapai pengurangan 20-30% ketika diperlukan untuk memasang turbin angin.

Di samping itu, keupayaan kren ini untuk mengangkut komponen berat seperti lengan dan kaki utama, dengan berat sehingga 317 tan, digandingkan dengan kebolehgredan 20%, meningkatkan keberkesanannya dalam pemindahan beban berat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://en.xcmg.com/en-ap/solution/solu-detail-9618596.htm.

Source: XCMG Crane
Keywords: Alternative Energies Auto Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities New products/services