MONT-SAINT-GUIBERT, Belgium, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- JACCS International Vietnam Finance Company Ltd. (JIVF), sebuah nama Jepun yang terkemuka dalam sektor kewangan kredit Vietnam yang tersenarai dalam kelompok 20 Terbaik bagi " Vietnam's Leading Famous Brands ", telah mengumumkan transformasi teknologi kewangan strategik melalui kerjasama dengan OpenWay. JIVF telah menyelesaikan peralihan portfolio kreditnya dengan berhijrah ke platform perisian pembayaran digital Way4 milik OpenWay. Langkah ini mengukuhkan usaha syarikat tersebut untuk menerajui pasaran dan menekankan komitmennya yang teguh untuk melancarkan perkhidmatan pembayaran yang unik dengan pantas serta memastikan pengalaman pelanggan yang berorientasikan digital.
Taniguchi Noboru, Ketua Pengarah JIVF berkata, "Kerjasama kami dengan OpenWay telah mengubah cara perniagaan kami. Sistem pembayaran JIVF yang baru dibina di atas platform Way4 ini boleh dikonfigurasi dengan operasi pengurusan secara dalam talian demi memastikan pengalaman pelanggan yang berorientasikan digital. Kami kini bersedia untuk menawarkan lebih banyak pilihan dengan lebih pantas kepada para pelanggan kami."
Dalam pada itu,Rudy Gunawan, Pengarah Urusan OpenWay Asia berkata, "Di OpenWay, keperluan para pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan. Kami amat menghargai kerjasama kami dengan JIVF dan berbangga dengan usaha yang telah kami capai bersama, terutamanya semasa penghijrahan tiga kitaran kad kredit dan pengendalian data tidak berstruktur yang mencabar dalam jangka masa yang amat singkat. Komitmen kami melampaui penyediaan teknologi canggih; kami sentiasa memastikan sokongan tempatan yang disokong oleh kepakaran global melalui hab-hab kami di Vietnam, Asia dan di seluruh dunia."
Penghijrahan JIVF ke platform pembayaran yang moden, Way4 merupakan tonggak penting, memudahkan pelancaran produk kredit yang boleh diubahsuai dan penyelesaian pembayaran rentas sempadan yang lancar dengan pantas. Transformasi ini membuka peluang baru untuk inovasi, adaptasi, dan skalabiliti, membolehkan JIVF dapat memperkenalkan pelbagai perkhidmatan unik berkaitan kad pembayaran, dompet digital, dan Buy Now, Pay Later (BNPL).
OpenWay terkenal dengan penyelesaian perisian yang unggul dalam pengeluaran kad, pemerolehan pedagang dan penukaran pembayaran yang boleh disesuaikan di seluruh lokasi geografi. Ia berdiri sebagai rakan global yang dipercayai untuk institusi kewangan peringkat 1/2 dan syarikat permulaan yang bercita-cita tinggi. Syarikat yang telah beralih kepada Way4 mendapati syarikat mereka berada di barisan hadapan pembayaran digital inovatif dengan pelancaran produk yang dipercepat dan peningkatan yang ketara dalam jumlah transaksi. Way4 berfungsi sebagai sebuah platform pembayaran dalam talian yang tulen serta memberikan pengalaman pelanggan yang mengutamakan digital sepenuhnya. Teras pembayarannya yang unik memastikan perakaunan dalam talian yang lancar dan ketersediaan tinggi sistem JIVF.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2287075/OpenWay_Group.jpg?p=medium600