omniture

Mendepani Perbatasan Baharu, Menuju Masa Depan Dikongsi Bersama

SUPCON
2023-12-05 13:34 96

SUPCON Sambut Ulang Tahun ke-30

HANGZHOU, China, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Tanggal 23 November, SUPCON (688777.SH, SUPCON.SW) mengadakan majlis sambutan Ulang Tahun ke-30 bertemakan "Mendepani Perbatasan Baharu, Menuju Masa Depan Dikongsi Bersama" di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou. Majlis tersebut menyaksikan perhimpunan lebih 6,000 ahli kumpulan SUPCON berkongsi kegirangan pencapaian luar biasa selama tiga dekad. Lebih daripada 100,000 penonton global mengambil bahagian dalam siaran langsung dalam talian.

Majlis pembukaan menampilkan Ucapan Tahniah daripada para tetamu yang dihormati, termasuk En. Gao Chong, Timbalan Datuk Bandar Daerah, Daerah Teknologi-tinggi Binjiang di Hangzhou, En. Wang Zizong, Naib Ketua Jurutera dan Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Transformasi Maklumat dan Digital di SINOPEC serta En. Gu Jiandang, Pengurus Besar Phoenix Contact China. Pengasas SUPCON, En. Chu Jian, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Melangkah ke Hadapan, Mencapai Kecemerlangan", mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyokong SUPCON sepanjang 30 tahun. "Memandang ke hadapan, masa depan penuh dengan ketidakpastian," kata beliau, "walau bagaimanapun, saya berharap SUPCON akan tetap bertahan dalam lima aspek penting: Mencipta nilai untuk pelanggan dan masyarakat. Melakukan perkara yang betul dan sukar. Kekal fokus dan boleh dipercayai. Terus bersemangat dan mengejar kecemerlangan. Mengekalkan ekosistem kerjasama terbuka dan menggalakkan."

Program yang berikutnya dipersembahkan dalam tiga bab: "Melintasi Gunung dan Lautan", "Merangkul Tinggi di Awan" dan "Menari bersama Bintang", setiap satu sepadan dengan peringkat pembangunan SUPCON yang amat bermakna. Pertumbuhan SUPCON mencerminkan peningkatan pesat industri dan urbanisasi Cina. Bermula 30 tahun yang lalu, SUPCON menyelaraskan visi syarikat "menjadikan industri lebih pintar, menjadikan kehidupan lebih mudah" dengan inisiatif kebangsaan untuk meningkatkan keupayaan industri dan memulakan perjalanan bermula daripada projek kimia bersaiz kecil hingga sederhana kepada projek MAC untuk loji etilena juta tan dan kompleks penapisan sepuluh juta tan, projek mega bandar pintar serta projek strategik negara. Hari ini, SUPCON berfungsi sebagai entiti awam dan global, mendepani cabaran baharu secara berterusan bersama-sama rakan kongsi industri dan hampir 30,000 pelanggan industri proses. Sambutan itu menampilkan sebuah upacara yang mana wakil-wakil daripada rakan-rakan kongsi terkemuka mengecop tanda Ulang Tahun ke-30 SUPCON, melambangkan pembukaan bab baharu SUPCON ke arah masa depan dikongsi bersama yang lebih baik bersama rakan-rakan kongsi global.

 

Susulan sambutan pada 23 November itu, Persidangan & Pameran Industri IMPACTS bertemakan "Pintar, Hijau, Selamat" diadakan dengan jayanya pada 24 November di bawah bimbingan dan sokongan daripada Jabatan Ekonomi dan Teknologi Maklumat Zhejiang, Jabatan Perdagangan Zhejiang, kerajaan Perbandaran Hangzhou dan biro-biro yang berkaitan.

En. Zhang Dengfeng, Setiausaha Jawatankuasa Parti Daerah Teknologi-tinggi Binjiang dan En. Li Min, Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi dan Teknologi Maklumat Zhejiang menyampaikan ucapan pembukaan, mengucapkan tahniah dan menyatakan harapan tinggi untuk SUPCON merebut peluang yang dibawakan oleh pembangunan ekonomi digital dan menyumbang untuk mencapai mampu diri teknologi serta memperdalam transformasi digital industri pembuatan negara.

Di sidang pleno yang bertemakan "Pembangunan Berkualiti Tinggn Mampan dalam Era Digital," En. Li Peigen, Ahli Akademik Chinese Academy of Engineering dan Profesor di Huazhong University of Science and Technology menyampaikan laporan bertajuk "Melangkaui Lanjutan dengan Bantuan AI". Beliau menekankan potensi besar dalam mengaplikasikan AI generatif dalam reka bentuk, yang mana AI akan memainkan peranan utama, hanya dengan bimbingan manusia yang penting. Beliau percaya peralihan ini dijangka membawa lebih keteraturan dan peluang pengoptimuman kepada aktiviti pembuatan.

En. Qian Feng, Ahli Akademik Chinese Academy of Engineering dan Profesor di East China University of Science and Technology menyampaikan laporan bertajuk "Penyepaduan Realiti Digital untuk Mempermudah Transformasi Digital Industri Bahan Mentah Tradisional". Beliau menekankan kepentingan rantaian pengeluaran, rantaian bekalan dan rantaian nilai dalam meningkatkan sinergi dengan aplikasi pintar, melibatkan bantuan pembuatan keputusan AI, operasi autonomi, pengurusan HSE pintar, dsb. Ini akan menyumbang untuk mencapai pengeluaran hijau, rendah karbon, kualiti tinggi dan sumber & tenaga yang berkesan.

En. Bob Gill, Pengurus Besar ARC Advisory Group Southeast Asia, menyampaikan ucaptama di bawah tajuk "Trend Transformasi Digital dalam Industri Proses". Beliau menekankan kepentingan teknologi digital dari segi membina model perniagaan baharu dan keupayaan baharu, menunjukkan bahawa sistem kawalan moden boleh menjadi pengupaya transformasi digital. Kita harus memanfaatkan teknologi baru muncul daripada kedua-dua IT dan OT, meningkatkan ketangkasan, kefleksibelan dan kebingkasan bagi mengekalkan kelebihan kompetitif.

En. George Cui Shan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUPCON Technology, menyampaikan ucaptama bertajuk "Penerokaan & Amalan Loji Pintar dalam Industri Proses". Beliau menekankan keperluan perusahaan tradisional untuk meningkatkan automasi, pendigitalan dan transformasi pintar serta memperkenalkan Seni Bina Perusahaan Pintar "1+2+N" SUPCON, mewakili 1 sistem pengendalian loji, 2 automasi (automasi proses dan automasi perniagaan) serta Aplikasi perindustrian N. Sistem pengendalian loji berfungsi sebagai "pangkalan data", berintegrasi dengan sistem Pengurusan & Kawalan Operasi (OMC) pintar sebagai "pangkalan kawalan," Pakar Kejuruteraan Proses Termaju (Advanced Process Engineering eXpert, APEX) sebagai "pangkalan model" dan Persepsi semua Instrumen, Peranti dan Peralatan Boleh Dibaca (PRIDE) sebagai "pangkalan persepsi", saling hubungan luas loji ditetapkan. Semua aset dan data menjadi satu bahagian seperti kulit dan sistem saraf perusahaan, membolehkan proses pengeluaran dan operasi perniagaan boleh diukur, boleh dikawal dan boleh diramal.

Kertas putih yang bertajuk "Pandangan terhadap Trend Loji Masa Depan dalam Industri Proses" yang ditulis bersama-sama oleh Institut Pemiawaian Teknologi Elektronik China, Petro-Cyber Works Information Technology dan SUPCON Technology, dilancarkan secara rasmi di persidangan itu. Ia bertujuan untuk memberi perhatian kepada kebimbangan utama dalam industri proses seperti minyak & gas, petrokimia, bahan kimia, kuasa, logam bukan ferus, besi & keluli, makanan & minuman, farmaseutikal, dsb. Kertas putih tersebut meneliti keutamaan dan masalah utama, merumuskan pendekatan tipikal dan laluan pelaksanaan praktikal, memberi pandangan tentang trend loji masa depan yang semakin berkembang serta menggariskan secara sistematik elemen pelaksanaan Automasi Proses (PA)+Automasi Perniagaan (BA) Loji Pintar.

Semasa perbincangan panel berikutnya yang bertemakan "Mengintegrasikan Teknologi Digital dalam Industri Tradisional, Maju Bersama-sama dalam Era Baharu", tokoh-tokoh berpengaruh termasuk En. Zhu Sendi, Pengarah Emeritus Jawatankuasa Pakar, Persekutuan Industri Jentera China, En. Pang Guanglian, Naib Setiausaha Agung Persekutuan Industri Petroleum dan Kimia China, En. Wang Zizong, Naib Ketua Jurutera dan Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Transformasi Maklumat dan Digital SINOPEC, Cik Cai Lianchun, Naib Presiden Global SK geo centric, En. Hu Baishan, Naib Pengerusi dan Presiden Zhejiang NHU dan En. George Cui Shan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUPCON Technology, berkongsi pendekatan dan amalan mereka sekitar dorongan industrialisasi jenis baharu China. Mereka menyelami topik-topik penting seperti produktiviti kualiti baharu, pembuatan pintar, kecerdasan buatan, pembangunan mampan, amalan rendah karbon, susun atur pernigaan global, dsb. Perbincangan yang rancak ini memberikan analisis mendalam tentang situasi perindustrian semasa dan trend prospek pembangunan masa depan, menyeru kolaborasi yang luas dan mendalam ke arah pembangunan mampan yang berkualiti tinggi.

Petang itu menampilkan 4 sesi selari yang mana masing-masing memfokuskan pada pembuatan pintar, pembinaan bersama ekologi, bangunan rendah karbon dan cip kawalan industri. Para tetamu yang dihormati termasuk pakar barisan hadapan, cendekiawan dan wakil daripada institut, organisasi dan perusahaan berprofil tinggi termasuk MIIT, ITEI, Jiangsu Association of Automation, NAMUR, OPAF, CNPC, Tongkun Group, Daikin Fluorochemical, Luzhou Laojiao Group, Hobré Instruments, Petro-Cyber Works Information Technology, DMS Corporation, EPEC, Lenovo, ABB Measurement & Analytics China, Rockwell Automation China, Dahua Technology, Alibaba Group, ARC Advisory Group, TTWisdom, gongkong Data Technology, dsb.

Berlangsung serentak dengan persidangan itu, SUPCON dan hampir 20 rakan kongsi ekologi mempamerkan produk, penyelesaian, teknologi dan kisah kejayaan yang memfokuskan pada automasi, pendigitalan dan loji pintar di pameran berkenaan.

 

Menggambarkan rona masa lalu yang meriah dan melemparkan pandangan ke arah cahaya masa depan, SUPCON bersedia untuk mengharungi arus yang dinamik dan belayar menuju kegemilangan yang seterusnya seiring dengan rakan-rakan kongsi global yang disegani.

Pertanyaan Media: 

Meifang Wang
wangmeifang@supcon.com

Source: SUPCON
Related Stocks:
Shanghai:688777 Swiss:SUPCON Swiss:SUPCON.SW
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Mining/Metals General Manufacturing