omniture

Parallels Mengumumkan Parallels Desktop 10 untuk Mac dengan Penyepaduan OS X Yosemite, Membolehkan untuk Melancarkan Aplikasi Office sehingga 50 Peratus Lebih Pantas dan Memberikan Hayat Bateri Sehingga 30 Peratus Lebih Baik

Perisian paling laris untuk menjalankan aplikasi Windows pada Mac menjadi pilihan yang lebih mudah untuk jutaan pengguna dan golongan profesional IT seluruh dunia dengan versi perisian itu yang paling berkuasa setakat ini
Parallels
2014-08-20 12:01 167

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Parallels® hari ini melancarkan Parallels Desktop® 10 untuk Mac (www.parallels.com/upgradepd10) dan Parallels Desktop 10 untuk Mac Edisi Perusahaan (www.parallels.com/enterprise), perisian yang menerajui industri untuk menjalankan aplikasi Windows menggunakan Mac. Sokongan dan kepintaran terbina dalam baharu untuk sistem pengendalian terkini Apple -- termasuk OS X Yosemite (1) -- memperbaiki kemudahan penggunaan untuk pengguna perniagaan serta pengguna biasa, lalu membenarkan mereka untuk melupakan tentang sistem pengendalian dan memberi tumpuan pada tugas yang sedang dilakukan. Bermula 20 Ogos, para pengguna semasa boleh menaik taraf kepada Parallels Desktop 10 untuk Mac di www.parallels.com/upgradepd10. Bagi pelanggan baharu, Parallels Desktop 10 boleh dibeli di kedai dan secara dalam talian seluruh dunia serta melalui laman web Parallels bermula 26 Ogos.

"Jutaan pelanggan Parallels Desktop untuk Mac sudah menjangkakan kebijaksanaan, kemudahan penggunaan serta kepantasan daripada Parallels dan mereka tidak akan dikecewakan oleh Parallels Desktop 10," kata Presiden Parallels Jack Zubarev. "Dengan Parallels Desktop 10 para pelanggan boleh menikmati tahap produktiviti yang baharu tanpa perlu risau sama ada app yang mereka perlukan ada pada sistem pengendalian yang tertentu -- Parallels mencipta dunia keserasian di rumah, tempat kerja dan semasa kembara."

Parallels Desktop 10 akan membawakan banyak ciri yang diumumkan untuk Mac OS X Yosemite(1) kepada Windows dan aplikasi Windows, menyokong iCloud Drive, iMessages dan perkongsian teks SMS daripada Windows, serta kawalan mesin maya daripada pratonton Spotlight dan Finder QuickLook. Penambahbaikan baharu untuk kemudahan penggunaan termasuklah Wizard yang memandu pengguna melalui pengoptimuman pengalaman mereka, hayat bateri dan prestasi yang lebih baik, serta kebolehgunaan yang lebih baik antara sistem pengendalian agar orang ramai boleh melaksanakan tugasan dengan lebih pantas. Parallels Desktop 10 berusaha habis-habisan agar pengguna tidak perlu banyak berfikir tentang alatan yang sedang digunakan dan menumpukan perhatian pada tugas yang penting. Ia turut menawarkan pilihan dan kebebasan untuk menggunakan apa jua sistem pengendalian yang memenuhi keperluan anda -- termasuk OS X Yosemite, OS X Mavericks, Mac OS X Mountain Lion, Windows 8, Windows 7, Chrome OS, Android dan beberapa sistem pengendalian Linux -- semuanya dalam satu komputer.

"Pada masa kini, terdapat anjakan dalam kelakuan pengguna. Para pengguna menjangkakan mereka sepatutnya boleh menjalankan apa jua aplikasi yang mereka perlukan, tanpa mengira sistem pengendalian yang digunakan," kata Laura DiDio, ITIC Consulting. "Parallels Desktop 10 untuk Mac sedang membantu para pelanggan merealisasikan matlamat ini dengan menawarkan perisian pemayaan terbaik dalam kelas dan alatan akses silang platform untuk pengguna biasa, pengguna perniagaan kecil dan sederhana serta pengguna perusahaan."

Parallels Desktop untuk Mac Edisi Perusahaan

Parallels juga sedang mengemas kini Parallels Desktop® untuk Mac Edisi Perusahaan (www.parallels.com/enterprise) -- cara terbaik untuk menyediakan aplikasi Windows pada komputer Mac dalam persekitaran korporat. Kini, pengurus IT boleh menyokong aplikasi Windows untuk pengguna Mac dengan penyelesaian boleh dikonfigurasi dan mematuhi polisi yang sesuai dengan proses perniagaan IT sedia ada. Ciri baharu membenarkan para pentadbir untuk memilih dan menguatkuasakan polisi peranti USB, memasang tetamu OS X menggunakan imej NetBoot daripada pelayan atas rangkaian korporat, menyulitkan mesin maya OS X dengan bantuan ciri penyulitan FileVault yang dibina ke dalam OS X, dan memeriksa status lesen dan menuntut semula tempat duduk secara terus. Berdasarkan penyelesaian pemayaan komputer meja Mac yang paling laris dijual di dunia, ia menambah kemampuan pentadbiran dan pengurusan berpusat serta keselamatan yang dipertingkat bagi memastikan IT berada dalam kawalan mesin maya.

Ciri dan Penambahbaikan Baharu

Tidak kira sama ada untuk kemudahan penggunaan, produktiviti lebih tinggi atau prestasi lebih baik, Parallels Desktop 10 untuk Mac menawarkan penambahbaikan daripada semua segi:

Prestasi dan Pengoptimuman:

  • Pengguna kini boleh membuka dokumen Windows sehingga 48 peratus lebih pantas
  • Hayat bateri dilanjutkan sehingga 30 peratus dan memberikan masa kerja tambahan apabila pengguna paling memerlukannya.
  • Mesin maya menggunakan sehingga 10 peratus lebih sedikit memori Mac
  • Mesin maya baharu dengan ketetapan lalai melancarkan aplikasi Office 2013 sehingga 50 peratus lebih pantas
  • Mesin maya hanya mengambil ruang cakera atas pemacu keras Mac sebanyak yang ia perlukan sahaja. Pengoptimuman masa sebenar secara automatik memampatkan cakera maya lalu menghapuskan keperluan untuk pemampatan manual dari masa ke masa.
  • Free Disk Space Wizard membenarkan penilaian dan pembersihan ruang yang digunakan oleh Parallels Desktop dan Virtual Machines

Mudah untuk memulakan penggunaan:

  • Kini dengan satu klik sahaja para pengguna boleh memilih daripada beberapa pilihan untuk mengoptimumkan mesin maya mereka berdasarkan penggunaan utama mereka: produktiviti, permainan, reka bentuk atau pembangunan
  • Parallels Control Center baharu ialah kedai sehenti untuk mengurus Parallels Desktop; ia membenarkan pengguna mengurus semua mesin maya mereka dan ketetapan konfigurasi daripada satu tempat sahaja
  • Pemasangan Windows telah diperkemas, dengan beberapa cara baharu untuk mengkonfigurasikan mesin maya
  • Ketetapan serantau daripada Mac kini ditetapkan secara lalai dalam mesin maya Windows

Penyepaduan lancar untuk pengalaman pengguna terbaik:

  • Pengguna boleh berkongsi fail, teks atau halaman web daripada Windows menggunakan akaun Internet yang dikonfigurasi pada komputer Mac mereka seperti Twitter, Facebook, Vimeo, Flickr; atau hantarkannya melalui e-mel, AirDrop serta Messages
  • Apabila pengguna memasang aplikasi Windows baharu, ikonnya secara automatik akan ditambah kepada OS X Launchpad
  • Penunjuk e-mel belum dibaca pada Outlook membenarkan pengguna melihat sekali imbas bilangan e-mel yang belum dibaca dalam Outlook, sama seperti Apple Mail
  • Pengguna boleh menyeret dan menjatuhkan fail pada ikon mesin maya dalam Dock untuk dibuka dalam Windows
  • Pengguna juga mempunyai kebolehan untuk mengembalikan semula dengan mudahnya sebarang ketetapan kepada nilai lalainya dengan mengklik butang Restore Defaults dalam tetingkap Virtual Machine Configuration
  • Pengguna boleh menyeret dan menjatuhkan fail pada mesin maya Mac OS X

Apa Kata Pelanggan Tentang Parallels Desktop 10 untuk Mac

"Parallels Desktop 10 -- secara ringkasnya -- begitu hebat. Saya sudah menggunakan Parallels Desktop sejak versi enam lagi," kata Steven Z.

"Saya telah memasang OS X Yosemite Developer Preview sebagai mesin maya (VM) dalam Parallels Desktop 10. Ia berfungsi dengan begitu lancar sekali. Saya sukakan ideanya dan kebolehan untuk melakukan konfigurasi sebelum melancarkan mesin maya. Saya suka Parallels Desktop Control Center -- ia nampak begitu anggun. Secara khususnya, saya begitu sukakan pilihan untuk menggunakan sama ada pandangan mampat atau pandangan luas. Pemasangan dan penyepaduan begitu lancar sekali. Saya telah memasang Windows 7 dan ia berfungsi tanpa cacat cela dalam Parallels Desktop," kata Mike B.

"Parallels Desktop 10 yang menjalankan Windows 7 Ultimate berjalan dengan begitu hebat sekali! Saya suka antara muka yang lancar antara Windows pada Parallels Desktop dan ketika beralih ke OS Max saya," kata Roland S.

Ketersediaan dan Harga

Parallels Desktop 10 untuk Mac boleh didapati mulai 20 Ogos sebagai naik taraf untuk pengguna semasa Parallels Desktop untuk Mac. Versi penuh boleh didapati kepada pelanggan baharu pada www.parallels.com/desktop bermula 26 Ogos. Perisian berpakej juga boleh didapati di seluruh dunia bermula 26 Ogos.

Harga runcit standard (SRP) bagi Parallels Desktop 10 untuk Mac adalah sebanyak MYR 269.00, manakala Edisi Pelajar pula boleh didapati pada harga MYR 189.00. Naik taraf untuk pengguna semasa Parallels Desktop 8 atau 9 untuk Mac adalah berharga MYR 169.00. Pelanggan Parallels Desktop 10 untuk Mac akan menerima langganan percuma selama tiga bulan untuk app Parallels Access (www.parallels.com/access) untuk sehingga 5 komputer Mac dan PC serta bilangan peranti mudah alih iOS dan Android tanpa had.

Perisian Parallels Desktop untuk Mac Edisi Perusahaan boleh didapati melalui www.parallels.com/enterprise.

Pemalam Parallels Mac Management (www.parallels.com/products/mac-management) untuk Pengurus Konfigurasi Pusat Sistem Microsoft (SCCM) melanjutkan infrastruktur SCCM sedia ada anda untuk menemui, mendaftar dan turut mengurus Mac seperti yang anda lakukan pada PC, melalui tetingkap kaca tunggal. Daripada pengaturan penggunaan imej Mac OS X hinggalah mengurus mesin maya yang berjalan dalam Parallels Desktop untuk Mac Edisi Perusahaan, ini semua yang anda perlukan untuk menjadi pakar pengurusan Mac.

Latar belakang Parallels

Parallels ialah peneraju global dalam pengehosan dan pembolehan perkhidmatan awan dan penyelesaian silang platform. Parallels telah memulakan operasi pada tahun 2000 dan merupakan syarikat yang berkembang pesat dengan lebih 900 kakitangan di Amerika Utara, Eropah, Australia serta Asia. Sila layari www.parallels.com untuk maklumat lanjut.

Kekal terhubung dengan Parallels dan komuniti dalam talian kami: Klik Suka pada kami di Facebook di www.facebook.com/parallelsdesktop, ikuti kami di Twitter di www.twitter.com/parallelsmac, dan layari blog kami di http://blogs.parallels.com/consumertech.

1 Parallels Desktop 10 untuk Mac dan Parallels Desktop 10 untuk Mac Edisi Perusahaan mempunyai sokongan percubaan untuk kebanyakan ciri OS X Yosemite Developer Preview, yang membawakan mereka kepada Windows dan aplikasi Windows. Namun begitu, kami tidak menyediakan sokongan teknikal untuknya buat masa kini. Parallels merancang untuk menyokong penuh OS X Yosemite dalam Parallels Desktop 10 apabila Yosemite boleh didapati secara komersil kelak.

Parallels dan logo Parallels ialah tanda dagangan berdaftar Parallels IP Holdings GmbH di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua tanda dagangan lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Perhubungan Media:

Maimon Abdul Rahman
Parallels Asia Pasifik
Tel: +65-6645-3290
E-mel: marahman@parallels.com

Gene Vallejo-Yeo
Bite for Parallels
Tel: +65-6323-7377
E-mel: parallelssg@biteglobal.com

Source: Parallels
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services