omniture

Forum Liangzhu Bermula di Hangzhou Timur China

Xinhuanet North America
2023-12-05 21:28 18

HANGZHOU, China, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Xinhuanet North America:

Dialogue of Chinese and International Artists: Civilization Exchanges and Mutual Learning
Dialogue of Chinese and International Artists: Civilization Exchanges and Mutual Learning

Forum Liangzhu pertama, dengan "Melaksanakan Inisiatif Tamadun Global, Menggalakkan Pertukaran dan Pembelajaran Bersama antara Tamadun" sebagai temanya, bermula pada 3 Disember 2023, di Hangzhou, ibu kota Wilayah Zhejiang, Timur China.

Forum ini, dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Kerajaan Rakyat Wilayah Zhejiang dan Persatuan Kebudayaan Antarabangsa China, menarik minat lebih daripada 300 tetamu antarabangsa dari lebih 80 negara.

Wakil-wakil asing daripada enam Perikatan Antarabangsa Bandar Jalan Sutera utama mengambil bahagian dalam forum ini. Tan Huism, Pengarah Eksekutif Perpustakaan Negara Qatar dan ahli Perikatan Perpustakaan Antarabangsa Jalan Sutera, berkata beliau percaya prospek Perikatan adalah cerah kerana ahli-ahli bersemangat untuk berkongsi dan belajar daripada satu sama lain serta tekal mencipta nilai untuk masyarakat.

Forum ini menjalankan pelbagai acara, termasuk sub-forum mengenai "Dialog Ahli Kaji Cina Muda dalam Era Baharu: Pertukaran Tamadun dan Pembelajaran Bersama Antara China dan Dunia" serta "Dialog Artis-artis Cina dan Antarabangsa: Pertukaran Tamadun dan Pembelajaran Bersama". Pameran "Pertemuan Artis-artis Jalan Sutera" juga akan diadakan.

"Saya pernah pergi ke Mexico, Mesir, Itali dan negara-negara lain. Dalam negara dan budaya yang berbeza, asal usul seni adalah berkaitan dengan 'cinta'." Yu Xuhong, pengarah Muzium Kesenian, China Academy of Art berkongsi bersama khalayak tentang persamaan antara budaya Timur dan Barat, "Seni merupakan bahasa antarabangsa yang tidak memerlukan terjemahan."

"Saya percaya jika saya dapat memahami masa lampau China, saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai masa kini dan masa depan China." Albert Tadeusz Kozik daripada University of Warsaw di Poland berkata peluang untuk melihat warisan budaya Liangzhu yang hebat membantu beliau memahami dengan lebih lanjut budaya Cina purba.

Profesor Lord Colin Renfrew, seorang ahli arkeologi British, memberi pujian tinggi tentang Liangzhu, berkata ia memperlihatkan tamadun awal Cina yang hebat, selari dengan tamadun-tamadun purba yang lain seperti tamadun Mesopotamia, Lembah Indus, tamadun Yunani purba, India dan Maya.

Forum Liangzhu merupakan salah satu daripada lapan tindakan China untuk menyokong pembinaan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang berkualiti lebih tinggi dan pada peringkat lebih tinggi. Ia bertujuan untuk menggalakkan komunikasi sesama rakyat dan menyampaikan kekayaan, keterbukaan dan keterangkuman tamadun Cina kepada dunia.

Source: Xinhuanet North America
Keywords: Art Banking/Financial Service Publishing/Information Service