omniture

Huawei Bekerjasama dengan Forum Peter Drucker Global Perkasa PKS Eropah

HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
2023-12-05 22:04 142

VIENNA, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengambil bahagian dalam Forum Peter Drucker Global tahunan ke-15, berakhir pada 1 Disember, yang mana syarikat ini mengadakan bengkel sampingan buat julung kalinya untuk syarikat pemula Eropah. Kem latihan dijalankan sebagai sebahagian daripada ikrar Huawei untuk mendorong 10,000 syarikat pemula di peringkat global menjelang tahun 2025 dan 1000 syarikat pemula di Eropah menjelang tahun 2027.

Forum Peter Drucker Global ialah sebuah persidangan antarabangsa yang memberi penghormatan kepada falsafah pengurusan mendiang guru perniagaan Peter Drucker yang dilahirkan di Vienna pada tahun 1909. Setiap tahun, ia menghimpunkan pemimpin perniagaan global dan cendekiawan bagi membincangkan amalan pengurusan yang terbaik. Tahun ini, temanya ialah "Kebingkasan Kreatif – Menjadi peneraju dalam zaman ketidaksinambungan."

Huawei's Radoslaw Kedzia (right and also top screen) speaking at the Global Peter Drucker Forum
Huawei's Radoslaw Kedzia (right and also top screen) speaking at the Global Peter Drucker Forum

Berucap di acara utama, Radoslaw Kedzia, Naib Presiden Kanan Huawei Wilayah Eropah berkata: "Saya percaya inovasi teknologi seperti model Huawei Cloud AI Pangu dan evolusi pengurusan yang akan beradaptasi kepada persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dan pembinaan perkongsian, termasuk PKS, merupakan langkah-langkah penting untuk mencapai kebingkasan dan bangkit kembali daripada huru-hara."

Huawei dan Forum Peter Drucker Global menjemput kira-kira 20 PKS dari Vienna dan seluruh Eropah untuk menyediakan kepada mereka dengan latihan perniagaan praktikal dan turut menawarkan peluang berharga untuk berhubung dan belajar daripada pengamal perniagaan terkemuka. Bengkel sampingan ini membawakan kelas pakar interaktif mengenai kemahiran praktikal dalam mengambil bekerja individu yang tepat dan picing produk. Pensyarah-pensyarah terdiri daripada Carla Arellano, Rakan Kongsi di Greyhound Capital dan Profesor Curt Carlson, Eksekutif Tamu Terbilang, Worcester Polytechnic Institute.

Para peserta turut belajar mengenai bagaimana Huawei membantu mempercepatkan pertumbuhan PKS. Zhuang Fen, Pengarah Pembangunan Industri Global, Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service berkata: "Kami membolehkan syarikat pemula menyerlahkan potensi global mereka dengan sokongan teknologi khusus kami, pemasaran bersama dan juga perkhidmatan awan. Syarikat pemula juga mendapat faedah daripada kredit awan tersuai dan akses kepada rangkaian dan ekosistem global kami yang luas, mendorong kejayaan dalam pasaran yang kompetitif." Penceramah-penceramah Huawei yang lain menyebut Acceleration4Change dan program International Startup Scale Up di Itali dan Ireland.

Turut muncul di bengkel ialah pengurus firma teknologi baharu yang sebelum ini mendapat manfaat dengan bekerja bersama Huawei. "Perjalanan kami merupakan perjalanan kolaboratif ke arah memindahkan platform di premis kami ke awan Huawei yang menampilkan ciri kebolehskalaan, keselamatan dan kecekapan," kata Jonni Malacarne, Ketua Pegawai Eksekutif Blue Tensor. Syarikat ini menyediakan rangka kerja berasaskan AI dengan produk sedia digunakan Eyerus, untuk visi komputer/analisis prediktif dan Linguanalysis untuk pengurusan dokumen.

Wolfgang Lassl, Ketua Pegawai Strategi, Forum Peter Drucker Global mengucapkan terima kasih kepada Huawei atas bengkel tersebut. "Ia benar-benar selari dengan visi Peter Drucker dan visi kami: kami memerlukan sebuah masyarakat keusahawanan dan PKS merupakan daya penggerak di sebaliknya. Mereka menginovasi dan mencipta asas untuk kekayaan dan penggunaan sumber yang produktif. Menerusi kreativiti mereka, mereka dapat membantu kami untuk menjadi lebih berdaya tahan."

Sebelum Forum Peter Drucker Global, PKS berpeluang untuk mengunjungi UNIDO (Pertubuhan Pembangunan Industri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk mempelajari tentang AIM-Global (Global Alliance on AI for Industry & Manufacturing) dan inisiatif-inisiatif pendigitalan yang lain.

Source: HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things