BANGALORE, India, 20 Ogos 2014 /PRNewswire/ --
Edisi ke-5 pesta ini akan diadakan di Bangalore, India mulai 21 hingga 30 Ogos 2014
Pentas sudah tersedia untuk 'Art Bengaluru 2014', salah satu Pesta Seni Kebangsaan tersohor di India. Edisi ke-5 pertemuan seni ini bersedia untuk menghidupkan semula Zaman Pembaharuan dengan tema Sejarah Seni Eropah. Sebagai acara milikan tahunan, The Collection di UB City & Sublime Galleria, Art Bengaluru, yang telah bermula pada tahun 2010, membawakan pelbagai karya seni dan pengkarya tempatan mahupun antarabangsa di bawah satu bumbung. Acara itu akan diadakan antara 21 Ogos hingga 30 Ogos 2014.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7276257-art-bengaluru-renaissance-period/
Pesta seni terbesar di Selatan India ini semakin bertambah baik tahun demi tahun tetapi edisi tahun ini benar-benar berada pada skala antarabangsa. Acara ini akan mempamerkan 13 galeri terbaik termasuk satu dari New York dan satu dari Vietnam. Ia juga akan mempamerkan salah seorang artis paling popular di China, Liu Bolin serta hasil karya beliau, buat julung kalinya di India. Dikenali dengan gelaran "Lelaki Halimunan", Bolin akan mempamerkan siri beliau yang penuh legenda "Bersembunyi Dalam Bandar" serta akan memperkenalkan hasil karya eksklusif yang dicipta khas untuk Art Bengaluru.
Pesta itu bakal menyaksikan persembahan muzik istimewa menggunakan Santoor oleh Padma Shri Pandit Shiv Kumar Sharma pada hari Ahad, 24 Ogos 2014.
Satu lagi bahagian pesta itu ialah Berserk, persidangan seni kanak-kanak tersendiri yang diadakan buat tahunnya yang kedua, yang telah dicipta oleh para penganjur Art Bengaluru. Kemuncak akhir acara itu akan berlangsung pada hari Rabu, 27 Ogos 2014.
Uzma Irfan - Pengilham & Penganjur - Art Bengaluru berkata, "Zaman Pembaharuan dikenali kerana kelahiran semula seni klasik. Selama 4 tahun lepas, Art Bengaluru telah mencuba untuk meningkatkan penghargaan terhadap seni dalam bandar ini dan menggalakkan pemikiran segar, ideologi baharu yang berkaitan dengan seni serta bahantaranya. Acara ini menyasarkan untuk mencipta nic bagi Bangalore atas peta Seni dan Kemewahan peringkat global. Pengembaraan bersama Art Bengaluru tahun ini akan menjadi sumber pengetahuan serta menguja deria."
Malam Pembukaan:
'Art Bengaluru 2014' akan dirasmikan dengan Malam Pembukaan besar-besaran yang akan mempamerkan hasil karya artis samaran terkenal seluruh dunia Liu Bolin dan artis sanjungan ramai Bose Krishnamachari.
Galeri di 'Art Bengaluru 2014':
Beberapa galeri seni tempatan dan antarabangsa yang terkemuka akan menyertai pesta ini tahun ini termasuklah Klein Sun Gallery (New York), Vietnamese Art House (Vietnam), Nature Morte (New Delhi), Latitude 28 (New Delhi), Progressive Art Gallery (New Delhi), Gurukala Kutir (New Delhi), The Art Salon (New Delhi), Art Houz (Chennai), Christel House (Bangalore), Rangkunchala Art's (Bangalore), Sacred Geometry India (Bangalore), iSpace Art Gallery (Bangalore), The Purple Turtles (Bangalore) serta Sublime Galleria (Bangalore).
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang 'Art Bengaluru 2014' sila layari http://www.artbengaluru.in.
Maklumat Perhubungan Media:
Urmila Biswas
+91-98860-99736
contact@marchingantsllp.com
Sumber: Art Bengaluru