omniture

Trina Solar sediakan modul 88MW Vertex N 700W untuk projek solar dan storan di dataran tinggi

Trina Solar Co., Ltd
2023-12-06 14:36 92

CHANGZHOU, China, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Loji solar dan storan beraltitud tinggi dengan modul disediakan oleh Trina Solar disambungkan ke grid pada bulan November. Projek ini, dalam dua fasa, mempunyai jumlah kapasiti terpasang sebanyak 200MW. Ia diramalkan menjana 340 juta kWj, mengurangkan arang batu yang dilombong sebanyak 102,300 tan dan emisi CO2 sebanyak 280,800 tan setahun.

Fasa pertama telah meletakkan asas yang kukuh untuk Trina Solar menyerahkan 88MW modul kuasa ultra-tinggi Vertex N 700W dalam fasa kedua.

Loji ini terdedah dengan perbezaan suhu yang drastik dan angin kencang. Justeru itu, keandalan dan prestasi penjanaan kuasa modul PV adalah sangat penting bagi memastikan operasi yang stabil. Selepas pertimbangan yang teliti, pengendali loji memilih modul Vertex N 700W Trina Solar.

Berdasarkan kepada platform teknologi produk 210mm dan teknologi i-TOPCon Advanced jenis-n, modul Vertex N 700W, dengan kuasa, kecekapan, keandalan dan hasil tenaga tinggi serta LCOE rendah, dapat mengurangkan lagi BOS, menjadi pilihan yang ideal untuk projek PV berskala utiliti. Dalam bulan Mei, modul siri Vertex N 700W lulus ujian keandalan lanjutan RETC dengan prestasi yang cemerlang. Walaupun pada altitud tinggi, modul Vertex N 700W dapat menjamin keandalan tingginya, lalu memberi nilai pelanggan yang luar biasa.

Loji baharu ini bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah kekurangan kuasa bermusim di kawasan tertentu, tetapi juga menyampaikan faedah ekonomi, sosial dan persekitaran yang ketara. Menjelang penghujung Oktober, loji baharu ini telah mencipta kira-kira 1,200 peluang pekerjaan untuk petani dan penggembala, membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dengan banyak, seterusnya memberi rangsangan kepada ekonomi tempatan. Selain daripada menggalakkan pertumbuhan rumput, loji ini juga dapat memelihara persekitaran semula jadi dengan mencegah ribut pasir melalui modul, menghasilkan kitaran ekologi yang lebih baik dan menggunakan sumber tanah dengan berkesan.

Ketua projek berkata: "Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan Trina Solar sekali lagi. Projek ini menghadapi cabaran besar seperti altitud tinggi, jadual ketat dan tempoh penyerahan yang singkat. Trina Solar mampu mengatasi kesukaran yang signifikan dan menyerahkan modul ke tapak, bagi benar-benar memastikan kemajuan pembinaan."

Trina Solar, perintis dalam industri PV, berazam untuk menyempurnakan misinya iaitu "Tenaga Solar buat Semua". Syarikat ini akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsinya, membantu China mencapai matlamat dwi-karbonnya dan untuk menggiatkan semula ekonomi luar bandar.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services