omniture

Kedudukan Universiti Dunia QS: Kelestarian 2024

QS Quacquarelli Symonds
2023-12-06 19:36 27

Universiti Terbaik Dunia untuk Kelestarian dan Kesan Sosial

LONDON, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds mengeluarkan Kedudukan Universiti Dunia QS: Kelestarian 2024*.

Kedudukan tersebut yang menilai universiti berdasarkan kesan sosial dan alam sekitar mereka serta tadbir urus, kini menampilkan 1,397 buah institusi, iaitu dua kali ganda lebih banyak berbanding jumlah yang dikeluarkan buat pertama kali pada tahun lepas. Universiti Toronto mendahului sebagai universiti paling lestari di dunia serta diikuti oleh Universiti California, Berkeley dan Universiti Manchester yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

 

 

QS Kelestarian 2024 - 20 Terbaik

(2024).



1

Universiti Toronto

CA

2

UC Berkeley

AS

3

Universiti Manchester

UK

4

Universiti British Columbia

CA

5

Universiti Auckland

NZ

6

Imperial College

UK

7

Universiti Sydney

AU

8

Universiti Lund

SE

9

Universiti Melbourne

AU

10

Universiti Western

CA

=11

UNSW Sydney

AU

=11

Universiti Uppsala

SE

13

Universiti McGill

CA

14

Universiti Teknologi Delft

NL

=15

MIT

AS

=15

Universiti Edinburgh

UK

17

Universiti Bristol

UK

18

ETH Zurich

CH

19

Universiti Durham

UK

20

Universiti Glasgow

UK

 

Jessica Turner, Ketua Pegawai Eksekutif QS menekankan kepentingan Kedudukan tersebut sebagai suatu alat untuk mengukur usaha universiti dalam menangani cabaran kewujudan yang penting. Beliau melihat perubahan dalam keutamaan pelajar[1], di mana 79% daripada mereka menghargai amalan kelestarian institusi dan 82% menyelidiknya secara aktif, sekali gus mencerminkan kebimbangan mereka yang semakin meningkat terhadap kesan sosial dan alam sekitar.

Sorotan:

  • Kanada mempunyai Pendidikan Alam Sekitar yang cemerlang dan Universiti British Columbia berada pada kedudukan tertinggi di peringkat global untuk Kesaksamaan.
  • UC Berkeley ialah peneraju dalam Kesan Alam Sekitar. Di AS, Universiti Stanford, Universiti Michigan-Ann Arbor dan Universiti Columbia cemerlang dalam Kebolehpasaran & Peluang.
  • UK pula cemerlang dalam Tadbir Urus dan Pertukaran Pengetahuan, di mana Universiti Manchester dan Imperial College London berada dalam kalangan 10 terbaik.
  • Universiti Teknologi Delft (tempat ke-14) ialah universiti Benua Eropah yang terulung.
  • Universiti Lund dari Swedenmenonjol dalam Kesaksamaan, Pertukaran Pengetahuan dan Penyelidikan Alam Sekitar.
  • Universiti Tokyo (tempat ke-22) ialah peneraju di Asiadengan menduduki tempat ketiga dalam Kesan Sosial dan kelima dalam Kesan Alam Sekitar.
  • National University of Singapore berada pada kedudukan #1 untuk Penyelidikan Alam Sekitar.
  • Universiti Fudan (tempat ke-142) dan Universiti Delhi (tempat ke-220) masing-masing berada pada kedudukan tertinggi di China dan di India.
  • Universiti Sydney mendahului dalam Kesan Sosial, manakala Australian National University menduduki tempat kedua di peringkat global.
  • Universiti Cape Town (tempat ke-50) mendahului di Afrika dalam Kelestarian, dengan American University of Beirut mendahului di Timur Tengah dan Universidade de São Paulo (tempat ke-67) mendahului di Amerika Latin.

[1] Tinjauan Kelestarian QS

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2142268/4139307/QS_Quacquarelli_Symonds_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Environmental Products & Services Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research