omniture

FP Markets Dianugerahkan Lesen Broker FX di Kenya oleh Capital Markets Authority (CMA)

FP Markets
2023-12-06 23:08 8

FP Markets diberikan pengawalaturan Afrika kedua untuk mengembangkan lagi jejak pengawalseliaannya di Afrika.

SYDNEY, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai broker Forex dan CFD dalam talian yang benar-benar global, FP Markets telah mengumumkan bahawa ia telah diberikan Lesen Broker Tukaran Asing tanpa urus niaga oleh Capital Markets Authority (CMA) Kenya untuk anak syarikatnya yang dibentuk secara tempatan iaitu FP Markets Limited.

 

FP Markets granted secondAfrican regulation to further expand its regulatory footprint in Africa.
FP Markets granted secondAfrican regulation to further expand its regulatory footprint in Africa.

 

Pengawalaturan Kenya menjadi penambahan kepada pengawalseliaan FP Markets di Afrika setelah menerima lesen kawal selia daripada Autoriti Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan pada 10 Mei 2022 sambil ia terus mengukuhkan kehadiran pengawalseliaan globalnya di pelbagai benua.

Craig Allison, Ketua Pegawai Eksekutif FP Markets mengulas tentang berita ini sambil menambah 'Kami sangat gembira kerana telah diberikan lesen oleh CMA.  Kenya telah muncul sebagai lokasi strategik baharu yang penting bagi kami dan merupakan negara yang mempunyai komuniti perdagangan dan pelaburan yang muda dan dinamik.  Ia menonjol sebagai pusat perkhidmatan kewangan yang dikawal dengan baik dan sebuah hab untuk sebahagian besar benua Afrika, dan ekonomi di sini adalah serta dicirikan oleh semangat keusahawanan yang kukuh dan pertumbuhan yang konsisten. Kami tidak sabar untuk beroperasi di Kenya dan bekerjasama dengan badan kawal selia tempatan dan kerajaan untuk memastikan industri ini terus berkembang dengan cara yang mampan."

Penambahan lesen CMA dapat melanjutkan kehadiran pengawalseliaan kumpulan ini yang kini merangkumi syarikat terkawal yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya Pelaburan dan Sekuriti Australia (ASIC), Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Mauritius, Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Cyprus (CySEC) serta Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (SCB).

Sebagai pembrokeran terkemuka di peringkat global yang berbangga dengan penyediaan syarat dagangan yang tiada tandingan, peniaga dan pelabur boleh mengakses lebih 10,000 pasaran boleh didagangkan melalui platform dagangan MT4, MT5, cTrader dan Iress. Daripada pasangan mata wang yang popular seperti EUR/USD dan USD/JPY kepada saham bermodal kecil merentasi bursa global, sebagai tambahan kepada Indeks, Komoditi, Bon, ETF dan Mata Wang Digital, FP Markets berharap agar dapat menyediakan perkhidmatan dagangan bertaraf dunia kepada pelanggan di seluruh Afrika.

Ditubuhkan pada tahun 2005, FP Markets ialah Jenama Berbilang Kawal Selia yang menyediakan pelanggan dengan lebih 10,000 instrumen boleh dagang merentasi kelas aset utama dan menawarkan harga agregat merentasi beberapa penyedia kecairan peringkat tinggi. Di samping itu, FP Markets turut menyampaikan Sebaran yang Sempit Secara Konsisten, Pelaksanaan Pantas, Sokongan Pelanggan Berbilang Bahasa Sepanjang Masa yang Tiada Tandingannya dan pelbagai Jenis Akaun untuk disesuaikan dengan semua strategi dan gaya dagangan.

Nota kepada Editor
Tentang FP Markets:
 

  • FP Markets ialah Broker CFD dan Forex Berbilang Dikawal Selia dengan lebih 18 tahun pengalaman dalam industri.
  • Syarikat ini menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif bermula daripada 0.0 pip.
  • Pedagang boleh memilih daripada platform dagangan terkemuka dalam talian yang berkuasa, termasuk Aplikasi Mudah Alih FP Markets, MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, cTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan pelanggan berbilang bahasa sepanjang masa yang cemerlang oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Trend Pelaburan dan dianugerahkan 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Keseluruhan Tertinggi (Highest Overall Client Satisfaction Award)' selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Nilai Forex Global Terbaik (Best Global Forex Value Broker)' selama lima tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021, 2022, 2023) di Anugerah Forex Global (Global Forex Awards).
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Forex Terbaik – Eropah (Best Forex Broker – Europe)' dan 'Program Rakan Kongsi Forex Terbaik – Asia (Best Forex Partners Programme – Asia)' di Anugerah Forex Global 2022 dan 2023.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Pelaksanaan Perdagangan Terbaik' di Anugerah Ultimate Fintech 2022.
  • FP Markets dinobatkan sebagai 'Broker CFD Terbaik di Afrika' di Anugerah FAME 2023
  • FP Markets Dianugerahkan 'Pelaksanaan Perdagangan Terbaik' dan 'Broker Paling Telus' di Anugerah Ultimate Fintech APAC 2023

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk dan perkhidmatan FP Markets yang komprehensif, sila layarihttps://www.fpmarkets.com/.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2293849/FP_Market_Africa.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/4441086/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology