omniture

Micro Medical Solutions Mengumumkan Penyelesaian Pendaftaran dalam Ujian Klinikal Penting STAND

Micro Medical Solutions
2023-12-07 02:55 96

Penyiasat klinikal melengkapkan pendaftaran melibatkan 177 pesakit dalam kajian rawak terkawal, STAND (Penilaian Klinikal Stent Vaskular Periferal MicroStent dalam subjek dengan Penyakit Arteri Di Bawah Lutut, NCT03477604).

WILMINGTON, Massachusetts, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Micro Medical Solutions (MMS), inovator dalam bidang campur tangan mikrovaskular untuk meningkatkan hasil klinikal dan kualiti hidup pesakit dengan CLI/CLTI, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pendaftaran kajian klinikal penting di AS yang menilai keselamatan dan keberkesanan Sistem MicroStent berbanding dengan standard penjagaan semasa, iaitu PTA (angioplasti translumen perkutaneus). Sistem MicroStent telah pun mendapat kelulusan Tanda CE untuk digunakan dalam EEA.

STAND (Penilaian Klinikal Stent Vaskular Periferal MicroStent dalam subjek dengan Penyakit Arteri Di Bawah Lutut ) mendaftarkan pesakit terakhirnya awal bulan ini, menandakan berakhirnya kajian ini. MicroStent ialah stent vaskular yang direka khusus untuk mencapai dan mengekalkan patensi arteri tibioperoneal yang menambah baik aliran darah dan penyembuhan luka untuk pengurangan amputasi di bawah lutut pada pesakit dengan iskemia anggota kritikal (CLI) akibat daripada penyakit arteri periferal progresif (PAD).

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyiasat dan pasukan penyelidik atas dedikasi, penyertaan, kerjasama dan usaha besar mereka untuk membantu populasi pesakit yang kompleks dan sukar ini. Saya teruja untuk terus memberikan kepakaran penyelidikan kepada syarikat dan membincangkan hasil kajian apabila tersedia," kata Ketua Penyiasat, Dr. Robert E. Beasley daripada Palm Vascular Centers di Miami Beach, Florida.

"CLI/CTI ialah manifestasi klinikal PAD yang paling teruk. Kami teruja untuk melihat data yang terungkap untuk lebih memahami kesan campur tangan endovaskular terarah angiosom dan kesannya terhadap penyembuhan luka, penyelamatan anggota badan dan kebebasan hidup pesakit. Kami sangat menghargai populasi pesakit kami yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Matlamat kajian ini adalah untuk menunjukkan kadar amputasi yang lebih rendah, sekali gus mengurangkan kadar kematian yang dahsyat yang berkaitan dengan kehilangan anggota badan," ulas Rita Jacob, Naib Presiden Hal Ehwal Klinikal.

"Ini adalah satu langkah ke hadapan yang menggalakkan untuk MMS, jutaan pesakit yang bertarung melawat penyakit CLI setiap hari dan ahli Klinisian yang merawat dan menjaga pesakit-pesakit ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Gregory Sullivan. "MMS membangunkan platform MicroStent sebagai tindak balas kepada keperluan pesakit, dan kami teruja untuk bergerak lebih dekat untuk meletakkan MicroStent pada bahu ahli campur tangan AS yang merawat penyakit CLI."

Untuk lebih lanjut mengenai Micro Medical Solutions, sila layari www.micromedicalsolutions.net.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2293608/micromedical_solutions_Logo.jpg?p=medium600

Source: Micro Medical Solutions
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Venture Capital