omniture

VyOS Networks membawa VyOS Universal Router kepada Equinix Network Edge dan Equinix Metal

VyOS Networks Corporation
2023-12-07 17:00 41

POWAY, California, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- VyOS Networks mengumumkan bahawa ia membawa VyOS Universal Router ke dalam Platform Equinix. Ketersediaan yang diperluas ini disediakan bagi menyokong landskap infrastruktur rangkaian dengan menyepadukan penyelesaian rangkaian yang fleksibel dan kukuh daripada VyOS dengan ekosistem saling hubungan global daripada Equinix.

VyOS Universal Router ialah sistem pengendalian rangkaian gred perusahaan yang menyokong pelbagai fungsi rangkaian dan protokol penghalaan standard industri yang merangkumi BGP hingga WireGuard. Sebagai sebuah platform sumber terbuka, ia membolehkan penyesuaian yang meluas bagi memenuhi keperluan rumit daripada mana-mana perusahaan sama ada persekitaran 'bare metal' atau secara terus tanpa sistem pengendalian, maya atau berasaskan awan.  

Para pelanggan boleh meningkatkan ketangkasan rangkaian dan mengoptimumkan rangkaian awan hibrid dengan menggunakan fungsi rangkaian maya (VNF) daripada pasaran peranti vendor terkemuka dengan Equinix Network Edge dan mengakses ratusan pembekal awan, keselamatan, komunikasi dan rangkaian melalui Equinix Fabric™.

Selain itu, VyOS kini tersedia pada Equinix Metal untuk semua pelayan Gen3 yang biasa mengikut permintaan dan konfigurasi dioptimumkan beban kerja. VyOs membantu organisasi menggunakan beban kerja infrastruktur penumpuan hiper (HCI) secara serentak dengan Penghalaan Maya dan Pemajuan (Virtual Routing and Forwarding, VRF) pada tawaran penggunaan Equinix Metal pilihan anda.

"Kami teruja untuk memulakan perjalanan ini dengan Platform Equinix," kata Yuriy Andamasov, Ketua Pegawai Eksekutif VyOS Networks. "Ia sejajar dengan misi kami untuk menyediakan pengalaman rangkaian yang lancar dan cekap merentasi Awan Awam, Perkakasan 'Bare Metal' dan Platform Maya terkemuka."

Tentang VyOS Networks Corporation 

Mempunyai ibu pejabat di Poway, California, VyOS Networks Corporation menerajui bidang penghalaan perisian sumber terbuka. Memberi tumpuan dalam meningkatkan rangkaian di seluruh dunia, VyOS menawarkan konsistensi, keterbukaan dan fleksibiliti yang tiada tandingan, sekali gus menjadikannya sebagai pilihan utama perniagaan yang meliputi syarikat pemula hingga syarikat Fortune 500. VyOS Networks menonjol sebagai lambang inovasi dan kebolehpercayaan dalam landskap rangkaian terbuka.

Hubungan Media:
Yuriy Andamasov
Ketua Pegawai Operasi
vyos.io 
E-mel: yuriy@vyos.io
Telefon: +16194320570

 

Source: VyOS Networks Corporation
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Cloud Computing / Internet of Things