omniture

Penerimagunaan AI di kalangan Penguji Perisian di 78%, kebolehpercayaan dan jurang kemahiran merupakan cabaran terbesar

LambdaTest
2023-12-07 19:36 43
  • AI: 'Masa Depan Jaminan Kualiti 2023' Kajian oleh LambdaTest menunjukkan 78% daripada Penguji Perisian telah pun mengguna pakai beberapa bentuk AI untuk meningkatkan produktiviti, terutamanya di sekitar tugasan seperti penjanaan kes ujian dan analisis ujian.
  • Kebimbangan Kebolehpercayaan: Disebabkan peningkatan kesan kebolehpercayaan perisian yang lemah terhadap perniagaan dalam tahun 2023, pasukan telah bertindak balas dengan berusaha untuk menambah baik amalan ujian perisian mereka.
  • Penambahbaikan dalam menangani Kesesakan: Beberapa kesesakan masih kekal dalam proses ujian dengan 74% pasukan QA menjalankan ujian automatik tanpa sistem keutamaan yang menjejaskan masa tindak balas dalam menangani masalah.

NOIDA, India dan SAN FRANCISCO, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Kajian "Masa Depan Jaminan Kualiti 2023" baharu oleh LambdaTest yang melibatkan 1,615 profesional ujian perisian dari 70 buah negara yang berbeza telah memberi penerangan baharu tentang amalan ujian perisian dalam tahun 2023, termasuk mendapati bahawa 78% telah pun menggunakan AI dalam aliran kerja mereka.

Penyelidikan baharu LambdaTest juga telah menunjukkan bahawa syarikat sedang berusaha untuk bertindak balas terhadap keperluan untuk kebolehpercayaan perisian yang lebih tinggi dengan 72% organisasi yang melibatkan penguji dalam sesi perancangan 'pecutan', menandakan peralihan besar ke arah kualiti perisian yang dipertimbangkan lebih awal dalam kitaran hayat pembangunan perisian. Walau bagaimanapun, organisasi kecil akan ketinggalan dalam metrik ini dengan hanya 61.60% yang melibatkan penguji dalam setiap pecutan.

Antara peningkatan kecekapan ini, tinjauan tersebut menunjukkan bahawa terdapat penggunaan pesat teknologi AI. Penggunaan AI yang dilaporkan oleh penguji perisian termasuk mengautomasikan penciptaan data ujian (51%), menulis kod untuk ujian automatik (45%), analisis dan pelaporan keputusan ujian (36%) dan merumuskan kes ujian (46%).

Satu lagi pandangan penting yang didedahkan oleh kajian tersebut adalah walaupun 89% organisasi mengautomasikan penggunaan dan menjalankan ujian melalui alat CI/CD (Integrasi Berterusan dan Penghantaran Berterusan), hanya 45% organisasi yang mencetuskan ujian automatik mereka secara manual dan tidak memanfaatkan alat CI/CD secara berkesan untuk menjalankan ujian.

Penyelidikan juga telah menekankan bahawa jurang terus wujud dalam ujian perisian. 74% pasukan tidak mempunyai pendekatan berstruktur semasa menjalankan ujian, dengan itu kehilangan kecekapan dan berpotensi mengabaikan faktor seperti tahap risiko dan maklum balas pelanggan. Selain itu, banyak pasukan kekurangan cerapan dipacu data untuk mengukur kebolehpercayaan perisian dengan lebih daripada 48% tidak mempunyai sistem Kecerdasan Ujian dan kebolehcerapan asas.

Asad Khan, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama LambdaTest, berkata: "Di LambdaTest, kami memahami bahawa walaupun penggunaan AI adalah langkah ke hadapan yang penting, perjalanan tidak berakhir di sini. Sebagai contoh; kajian kami menyerlahkan keperluan untuk menangani kesesakan yang menjejaskan produktiviti seperti ujian mengelupas di samping masa gendala untuk menyedia dan mengekalkan persekitaran ujian. Ini memberi kami peluang dan juga cabaran - untuk membangunkan alatan yang betul yang akan memperkasakan pasukan untuk menangani kesesakan ini dengan cekap dan memacu kualiti perisian dalam proses mereka."

Untuk membaca laporan kajian 'Masa Depan Jaminan Kualiti 2023', sila layari: https://www.lambdatest.com/future-of-quality-assurance-survey

Tentang LambdaTest 

LambdaTest merupakan satu awan ujian pengalaman digital terkemuka yang membantu para pembangun/penguji menghantar kod dengan lebih pantas. Lebih 10,000 pelanggan & lebih 2 juta pengguna di lebih 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan ujian mereka.

LambdaTest menyediakan penyepaduan ujian yang selamat dan berskala untuk para pelanggan pada titik yang berbeza dalam kitaran hayat DevOps mereka:

  • Browser & App Testing Cloud (Awan Ujian Aplikasi & Pelayar) membolehkan para pengguna menjalankan ujian manual dan automatik bagi aplikasi web dan mudah alih merentas lebih 3,000 pelayar, peranti sebenar dan persekitaran OS yang berbeza.
  • HyperExecute membantu para pelanggan menjalankan dan mengatur grid ujian dalam awan untuk sebarang rangka kerja dan bahasa pengaturcaraan pada kelajuan yang sangat pantas untuk mengurangkan masa ujian yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://lambdatest.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Survey, Polls & Research Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things