omniture

EMSPHERE : BANGKOK METROPOLIS YANG TAK PERNAH LELAP

The Mall Group
2023-12-07 23:02 90

BANGKOK, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Thailand sentiasa memiliki tempat yang istimewa di hati para pelancong global, diraikan kerana warisan budayanya yang kaya dan keindahan alam semula jadi yang mencakupi seluruh negara ini. Selain daripada keindahan yang dikenang-kenang, landskap bandarnya yang menarik juga sentiasa yang terulung. Walau bagaimanapun, apabila mengambil kira tarikan buatan manusia, hanya beberapa tempat yang ditonjolkan. Persepsi ini bersedia untuk menjalani transformasi menerusi pengenalan "EMSPHERE", bahagian penting terakhir yang hilang daripada projek mega "Daerah EM". EMSPHERE menetapkan kedudukannya sebagai "Metropolis Yang Tak Pernah Lelap." Diterajui oleh The Mall Group, pemaju runcit yang utama di Thailand.


 


 


 

Individu berwawasan di sebalik projek mega ini, Cik Supaluck Umpujh, Pengerusi The Mall Group menyatakan cita-cita beliau, iaitu untuk meningkat dan melangkaui bukan sekadar mencipta satu lagi pusat membeli-belah tipikal. Matlamat beliau adalah untuk mencipta daerah bandar tersendiri di Bangkok yang sesuai dengan pilihan gaya hidup global. Menyedari kuasa penghubung hiburan, beliau memasang impian yang selari dengan daerah-daerah ikonik seperti Dubailand di Dubai, Omotesando di Tokyo, Jepun, Xin Tian Di di Shanghai dan Soho di London, antaranya. Percaya bahawa Bangkok harus mempunyai daerah membeli-belah dan hiburan mewah, beliau mencipta Emsphere sebagai sebuah metropolis yang tak pernah lelap yang akan membuka seluas-luasnya banyak lagi lembaran baharu untuk tetamu dan pengunjungnya yang tersendiri.

Emsphere ialah komponen yang penting dalam daerah EM berkeluasan 650,000 meter persegi, terletak secara strategik di tengah-tengah Sukhumvit, dikelilingi oleh kediaman mewah, hotel dan pejabat. Daerah EM terdiri daripada tiga kompleks membeli-belah bertaraf dunia, iaitu Emporium, tempat tumpuan untuk jenama-jenama mewah seperti Cartier, Dior, Gucci, Louis Vuitton, Tiffany dan Van Cleef; Emquartier, diberi kedudukan sebagai destinasi mewah dan hibrid termaju; dan Emsphere, mewakili masa depan peruncitan yang diperkayakan dengan konsep menjamu selera dan fesyen inovatif hiburan. Kombinasi yang sempurna antara ketiga-tiga tempat tarikan yang pelbagai di daerah EM tidak dapat dinafikan merupakan pengalaman membeli-belah yang menjadi kenyataan dan begitu juga tempat untuk datang dan menyaksikan seluruh dunia berlalu.

Tingkat 5 dan 6 Emsphere dikhususkan secara eksklusif untuk hiburan, membawakan pelbagai jenis pub dan bar, termasuk kelab pantai dan kelab makan malam—kira-kira 25 perniagaan secara keseluruhan. Projek tersebut termasuk UOB Live, arena bertaraf dunia yang menjangkau 12,000 meter persegi dengan kapasiti 6,000-orang, dikendalikan oleh AEG, sebuah syarikat hiburan Amerika yang terkemuka.

Cik Supaluck menonjolkan peranan Emsphere dalam menawarkan pengalaman menjamu selera yang unik, termasuk tempat menjamu selera 24-jam yang memenuhi keperluan untuk ketibaan lewat malam dan penjelajah malam tempatan. Tawaran kulinari yang pelbagai termasuk restoran-restoran terkemuka seperti Bread Street Kitchen & Bar by Gordon Ramsey, teh susu boba Nayuki dari China. Gedung IKEA pusat bandar 12,000 meter persegi pertama Asia Tenggara ialah salah satu sorotan untuk peminat IKEA. Bagi peminat kereta super, di tingkat 2 merupakan hab untuk kereta mewah seperti Rolls-Royce, Porsche dan sebagainya.

Emsphere, didedahkan pada 1 Disember di bawah tema "MENYERU DUNIA" ("CALLING THE WORLD"), diberi kedudukan sebagai projek pembangunan berbilang aspek mega yang bertaraf dunia di tengah-tengah Bangkok. Cik Supaluck mengundang dunia untuk mengalami Bangkok dengan cara yang melangkaui jangkaan konvensional.

Source: The Mall Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Retail Travel New products/services