omniture

Casio bakal Lancar Tunggangan Maya Berasaskan-Metasemesta Melalui Dunia Ujian Daya Tahan G-SHOCK

CASIO COMPUTER CO., LTD
2023-12-08 09:00 55

Pengalaman G-SHOCK THE RIDE Baharu Merupakan Tawaran Kedua Kandungan Berasaskan-VRChat daripada Casio

TOKYO, 8 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran G-SHOCK THE RIDE, suatu tarikan maya yang membolehkan pengguna mengalami bagaimana rasanya untuk mengambil bahagian dalam ujian daya tahan yang dikenakan oleh Casio kepada barisan jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. Tunggangan maya seperti taman hiburan ini boleh diakses melalui platform realiti maya sosial VRChat.


Pada Oktober 2023, Casio membuka G-SHOCK STORE maya pada VRChat untuk menyediakan kandungan berasaskan-metasemesta yang menawarkan kepada pengunjung pengalaman dengan penyesuaian G-SHOCK serta melihat bagaimana rupa avatar VRChat apabila memakai jam tangan yang mereka cipta dan banyak lagi. Ruang ini direka bentuk untuk berfungsi sebagai titik sentuh antara jenama G-SHOCK dan pengguna baharu.

Kini, sebagai tawaran kedua bagi kandungan berasaskan-VRChat, Casio melancarkan G-SHOCK THE RIDE, tarikan jenis tunggangan yang menawarkan kepada pengguna pengalaman simulasi ujian daya tahan G-SHOCK futuristik.

Biarpun pangkalan bagi ujian daya tahan G-SHOCK sebenarnya dijalankan di Pusat R&D Hamura, pangkalan pembangunan untuk jam tangan jenama ini, G-SHOCK THE RIDE menjangkau lebih jauh, membawakan naratif yang membayangkan bentuk yang mungkin diambil oleh ujian daya tahan ini pada masa akan datang. Tarikan ini mengundang pengguna untuk menaiki G-SHOCK bersama avatar mereka seperti melangkah masuk ke dalam tunggangan di taman hiburan, bagi menikmati sejenis pengalaman imersif yang hebat, di luar realiti yang hanya boleh dilakukan dalam ruang realiti maya. Selain daripada kenikmatan seperti permainan yang menyeronokkan yang ditawarkan oleh G-SHOCK THE RIDE, tarikan ini menyediakan ruang yang mengekspresikan pandangan hidup G-SHOCK berasaskan realiti yang sebenar dengan ujian daya tahan ketat yang dijalankan oleh jenama ini bagi memastikan kekuatan tiada tandingan jam tangannya.

Scenes from G-SHOCK THE RIDE
Scenes from G-SHOCK THE RIDE

■Latar Belakang VRChat

VRChat ialah platform metasemesta realiti maya yang membolehkan pengguna mengambil bentuk avatar dan menikmati pengalaman yang interaktif dalam dunia maya. Berjuta-juta orang telah mewujudkan pelbagai jenis komuniti pengguna yang melaluinya mereka dapat menikmati aktiviti dengan bebas dalam ruang metasemesta pada platform ini.

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services Artificial Intelligence