omniture

PERSATUAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA DAN INDONESIA MENJALINKAN PERKONGSIAN UNTUK BERKONGSI ILMU MERENTAS NEGARA DENGAN MENANDATANGANI MOU

EdgePoint Infrastructure
2023-12-08 13:11 5

MoU antara persatuan infrastruktur telekomunikasi untuk memperjuangkan kerjasama antara-negara dan perkongsian pengetahuan penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi di ASEAN

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi (PPIT) Malaysia, sebuah persatuan penyedia-penyedia infrastruktur telekomunikasi di Malaysia; dan juga Asosasi Pengembang Infrastruktur dan Menara Telekomunikasi (ASPIMTEL) Indonesia, sebuah persatuan yang melibatkan syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang infrastruktur dan pembangunan menara di Indonesia telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) untuk perkongsian pengetahuan antara negara dan juga perbincangan bersama.

Yang Berhormat Tuan Fahmi Fadzil, Minister of Communications and Digital of Malaysia, with representatives from Indonesia's Asosasi Pengembang Infrastruktur dan Menara Telekomunikasi (ASPIMTEL) and Malaysia's Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi Malaysia (PPIT) at the MoU exchange of documents event.
Yang Berhormat Tuan Fahmi Fadzil, Minister of Communications and Digital of Malaysia, with representatives from Indonesia's Asosasi Pengembang Infrastruktur dan Menara Telekomunikasi (ASPIMTEL) and Malaysia's Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi Malaysia (PPIT) at the MoU exchange of documents event.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, dimana beliau menyaksikan menyaksikan pertukaran dokumen MoU oleh Muniff Kamaruddin, Presiden PPIT dan Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Malaysia, dan Ibu Hastining Bagyo Astuti, Ketua Pegawai Operasi daripada PT. Dayamitra Telekomunikasi, Tbk. (MTEL) yang mewakili Theodorus Ardi Hartoko, Pengerusi ASPIMTEL's dan Direktor Presiden PT. Dayamitra Telekomunikasi, Tbk. (MTEL).

MoU ini akan memudahkan pertukaran maklumat dari segi proses, ketersambungan luar bandar, peta jalan teknologi seperti meningkatkan penumpatan 4G dan 5G, reka bentuk infrastruktur telekom yang inovatif dan banyak lagi. Ia juga menandakan era baharu untuk kerjasama dan perkongsian pengetahuan di antara Malaysia dan Indonesia dalam meningkatkan keterangkuman digital di rantau ini.

Muniff Kamaruddin, Presiden PPIT dan Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Malaysia berkomen, "PPIT dan ASPIMTEL berkongsi matlamat yang serupa - untuk mengukuhkan infrastruktur digital kami dan memacu keterangkuman digital di negara masing-masing. Kami menanti untuk bekerja rapat dengan ASPIMTEL untuk membina lagi pengetahuan, proses dan amalan infrastruktur kami yang sedia ada dan pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia."

Theodorus Ardi Hartoko, Pengerusi ASPIMTEL's dan  Direktor Presiden PT. Dayamitra Telekomunikasi, Tbk. (MTEL) berkata, "Kolaborasi dan kerjasama untuk mengukuhkan infrastruktur digital dan menggalakkan kemasukan digital ini adalah sangat baik dan ditunggu-tunggu, terutamanya apabila kita adalah sebahagian daripada rantau yang sama. Secara automatik, ini akan mendorong pertumbuhan sektor digital dan juga infrastruktur di negara masing-masing. Kami berharap kerjasama ini dapat dilaksanakan secara konsisten dalam jangka masa panjang."

Dengan pemeteraian MoU itu, PPIT dan ASPIMTEL kini dapat mengukuhkan komitmen negara masing-masing untuk berkongsi pengetahuan inovatif dan amalan terbaik, menandakan era baharu kerjasama dan perkongsian antara Malaysia dan Indonesia untuk meningkatkan rangkuman digital di rantau ini.

MENGENAI PERSATUAN PENYEDIA INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI MALAYSIA (PPIT)

PPIT ialah persatuan penyedia infrastruktur telekomunikasi di Malaysia. Ditubuhkan pada 2010, ahli PPIT terdiri daripada 22 ahli perintis penyedia infrastruktur telekomunikasi tempatan.

MENGENAI ASOSIASI PENGEMBANG INFRASTRUKUTUR DAN MENARA TELEKOMUNIKASI (ASPIMTEL)

Ditubuhkan pada tahun 2005, ASPIMTEL adalah sebuah persatuan yang menampung syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor pembangunan infrastruktur dan menara telekomunikasi di Indonesia. Persatuan itu kini terdiri daripada 24 ahli.

Source: EdgePoint Infrastructure
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Licensing/marketing agreements