omniture

Samyang Corporation, Peluasan pasaran global dengan melancarkan dua peralatan rawatan air industri baharu

Samyang Corporation
2023-12-11 07:30 100
  • Susulan resin tukaran ion, membran RO dan EDI telah dilancarkan.
    Mencipta tiga bahan penting untuk rawatan air
  • Menjadi penyedia penyelesaian komprehensif melalui produk yang baru dilancarkan dan organisasi khusus yang baharu, "Water Solutions PU (Performance Unit)". 

SEOUL, Korea Selatan, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Samyang Corporation, syarikat pertama Korea yang membangunkan resin tukaran ion dan peneraju dalam bidang bahan rawatan air industri, melancarkan dua produk baharu dan menubuhkan sebuah organisasi khusus untuk melonjak ke hadapan sebagai sebuah syarikat penyelesaian air yang komprehensif dalam pasaran global.

Following the ion exchange resin, Samyang launched Reverse Osmosis(RO) membrane and Electrodeionizer(EDI) to build all the key materials for ultrapure water production.
Following the ion exchange resin, Samyang launched Reverse Osmosis(RO) membrane and Electrodeionizer(EDI) to build all the key materials for ultrapure water production.

Samyang Corporation (Ketua Pegawai Eksekutif Kang Ho-Sung) mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan produk baharu dengan nama jenama rawatan air industri mereka, "TRILITE" iaitu TRILITE RO, Reverse Osmosis dan TRILITE EDI, Electrodeionizer.

Produk baharu ini dianggap sebagai bahan rawatan air industri yang penting bersama-sama resin tukaran ion, memainkan peranan utama dalam menyingkirkan bendasing melalui penapis berprestasi tinggi dan tenaga elektrik dalam proses penghasilan air ultratulen (air sangat tulen yang menyingkirkan bendasaing dan mempunyai hampir 0% kandungan ion) untuk produk semikonduktor, paparan dan elektronik. Baru-baru ini, dengan permintaan yang semakin meningkat dengan pantas terhadap air ultratulen untuk semikonduktor, saiz pasaran untuk membran RO dan EDI juga berkembang pesat.

Produk yang baru dilancarkan, TRILITE RO Membrane memiliki prestasi tinggi dalam menyingkirkan garam dan bahan organik, dengan kebolehtelapan tinggi serta ketahanan yang sangat baik. Ia merupakan produk yang direka bentuk khas untuk air payau, yang mengandungi sedikit garam berbanding air laut dan dikhususkan dalam pembuatan air industri. TRILITE EDI ialah peranti yang sentiasa menghasilkan air yang tulen dan ultratulen melalui kuasa elektrik. Ia merupakan produk mesra alam yang tidak menggunakan bahan kimia dan tidak melepaskan air buangan. Ukuran laluan aliran air adalah panjang yang memberikan operasi yang stabil serta kualiti air keluar meskipun berlakunya turun naik dalam keadaan air masuk.

Samyang Corporation, berserta resin tukaran ion, mewujudkan barisan bahan rawatan air teras untuk penghasilan air ultratulen dengan melancarkan membran RO dan EDI. Samyang Corporation turut memasukkan ciri-ciri baharu kepada 'TriAngle', perisian dibangunkan sendiri untuk mereka bentuk sistem resin tukaran ion, termasuk sistem reka bentuk untuk membran RO dan EDI.

Ini memberikan kombinasi yang optimum untuk mereka bentuk sistem rawatan air mengikut keperluan pengguna dan ini juga dapat menjadikan syarikat ini sebagai penyedia penyelesaian yang komprehensif.

Baru-baru ini, Samyang Corporation menubuhkan 'Water Solutions PU (Performance Unit)', sebuah organisasi khusus yang bertanggungjawab terhadap perniagaan rawatan air dalam kumpulan kimia Samyang dan memupuknya secara strategik pada peringkat kumpulan. Bermula dengan pengembangan barisan produk TRILITE, Samyang merancang untuk mengukuhkan portfolio produknya melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan dan untuk memantapkan kedudukannya dalam pasaran semikonduktor global termasuk di AS, Eropah, Jepun, China dan Asia Tenggara berdasarkan kepada jaringan jualan global resin tukaran ion yang kukuh.

Cho Young Do, ketua WS PU Samyang Corporation berkata, "Pasaran rawatan air global terus berkembang lantaran tekanan air yang semakin mendalam baru-baru ini melalui pencemaran alam sekitar serta permintaan air ultratulen yang semakin meningkat oleh pertumbuhan industri semikonduktor, paparan dan elektronik." Beliau menambah, "Dengan teknologi dibezakan dan jenama, "TRILITE" yang dapat menyediakan penyelesaian yang komprehensif, Samyang Corporation akan menjadi sebuah syarikat yang terkemuka dalam pasaran rawatan air global."

Samyang Corporation memimpin industri domestik dengan membangunkan produk resin tukaran ion pertama negara ini dalam tahun 1976 dan mencipta satu-satunya jenama resin tukaran ion Korea, TRILITE. Pada tahun 2014, Samyang Fine Technology, kilang resin bersaiz partikel seragam yang terbesar di Asia dibina untuk mengembangkan perniagaan ini menjadi resin gred-premium seperti loji janakuasa, ultratulen, kromatografi dan sebagainya. Pada tahun 2020, dengan membekalkan resin tukaran ion di loji janakuasa nuklear, Samyang Corporation berjaya menyetempatkan resin gred-premium.

Source: Samyang Corporation
Related Stocks:
Korea:145990
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Semiconductors Utilities Water Utilities Corporate Expansion New products/services