SINGAPURA dan HAMILTON, Bermuda, 22 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- AziPac Limited ("AziPac"), syarikat E&P (Cari gali & Penghasilan) disokong Seacrest Capital Group yang bertumpu pada cari gali luar pesisir di rantau Asia Pasifik dan Teluk Bengal, sukacitanya mengumumkan pengambilalihan 25 peratus kepentingan di Blok 127 PSC, luar pesisir Vietnam.
AziPac, melalui syarikat subsidiarinya Azimuth Vietnam Limited, telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Mitra Energy Ltd. ("Mitra"), pengendalinya, untuk 25 peratus kepentingan penyertaan di Blok 127 PSC, luar pesisir Vietnam. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, AziPac akan membayar saham kepentingan kerja bagi kos lepas yang telah diluluskan dan menjalankan sebahagian daripada kos pengambilalihan Mitra serta pemprosesan kaji selidik seismik 3D, yang dijadualkan untuk diambil alih pada suku kedua tahun 2014. Pengambilalihan kaji selidik 3D akan melengkapkan obligasi program kerja untuk Fasa Cari Gali semasa yang akan luput pada 24 Mei 2016. Blok 127 terletak di Lembangan Phu Khanh, di luar pantai tenggara Vietnam. Lembangan tersebut masih belum diteroka sepenuhnya secara relatif manakala seismik 2D terkini pula mengesahkan potensi lembangan tersebut daripada segi prospektiviti.
Setelah selesai usaha sama tersebut, kepentingan penyertaan dalam PSC adalah seperti berikut:
Blok 127 PSC |
|
Mitra Energy (Vietnam Phu Khanh) Pte Ltd |
75% |
Azimuth Vietnam Limited |
25% |
Usaha sama ini masih tertakluk kepada kelulusan Petrovietnam dan Kerajaan Vietnam.
Frank Inouye, Pengarah Urusan AziPac, mengulas:
'Kami amat berbesar hati dapat memperoleh kepentingan dalam lesen prospektif tinggi ini di salah satu wilayah cari gali hidrokarbon paling menarik di dunia. Vietnam telah mengalami pembaharuan dalam aktiviti E&P baru-baru ini dan kami amat berharap dapat bekerjasama dengan Mitra Energy untuk menilai sepenuhnya blok ini.
Blok 127 ialah aset kedua yang telah diambil alih oleh AziPac sejak kami menubuhkan syarikat awal tahun ini. Seiring dengan kepentingan kami dalam Bone PSC di Indonesia, kami mempunyai apa yang kami yakin merupakan platform mantap untuk perkembangan masa depan di rantau ini.'
Nota kepada Editor:
Seacrest Capital Group ialah pelabur tenaga terkemuka dengan pengkhususan dalam cari gali luar pesisir, memanfaatkan aset proprietari dan hubungan untuk membina portfolio global pelbagai yang terdiri daripada syarikat cari gali minyak dan gas khususnya di rantau ini. Sejak tahun 2011, Seacrest Capital Group telah melabur dalam sejumlah syarikat permulaan yang berjaya di United Kingdom dan Laut Utara Norway, Afrika Barat, Amerika Selatan, Ireland serta Asia Tenggara. Hasil daripada bantuan Seacrest, AziPac berada dalam kedudukan mantap bagi memanfaatkan dan membina peluang lanjut yang muncul di luar pesisir rantau Asia Pasifik dan Teluk Bengal.
Hubungi:
AziPac Limited
Daniel McKeown
http://www.azipacexploration.com
+1-441-537-2073
Vigo Communications
Patrick d'Ancona
Chris McMahon
http://www.vigocomms.com
+44-(0)20-7016-9570
SUMBER AziPac Ltd.