SHENZHEN, China, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Memandangkan musim perayaan semakin menghampiri, tibalah masanya untuk berkunjung ke kedai sekali lagi dan memberi kejutan kepada insan tersayang. Sama ada hadiah tanda cinta dan penghargaan yang diekspresikan semasa Krismas, atau hadiah membawa tuah bagi membantu insan tersebut memulakan Tahun Serba Baharu, kita semua ingin memberi hadiah yang praktikal dari segi fungsinya lagi bergaya dari segi reka bentuknya. Kebiasaannya memang sukar untuk mencari hadiah yang memenuhi kedua-dua keperluan ini dan atas sebab inilah kami menyediakan panduan hadiah untuk pembeli-belah yang buntu yang memerlukan sedikit inspirasi, bermula dengan trend yang terkini dalam Teknologi Gaya Hidup.
Menambah Aksesori dengan Teknologi: Peranti Boleh Pakai Teknologi Bergaya
Tatkala teknologi memasuki pelbagai subgenre Gaya Hidup, tidak mengejutkan apabila Teknologi akhirnya mewujudkan subkategori baharu ke dalam bidang Fesyen pada tahun lalu. Kini, kita sedang menyaksikan lebih banyak produk teknologi menerima pakai reka bentuk yang lebih bergaya, mencipta hibrid "teknologi fesyen" baharu yang menarik minat semakin ramai pengguna. Peranti ini bukan sahaja memberi rupa baharu yang segar untuk dipamerkan, tetapi juga membantu menambah baik kehidupan anda melalui ciri-ciri sukan, kesihatan dan produktiviti – kesemuanya tanpa menjejaskan gaya.
Direktif Fashion Forward Huawei baru-baru ini memperkenalkan reka bentuk mewah dalam produk boleh pakai baharunya, lantas merapatkan jurang antara fesyen dan teknologi, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN, yang dilancarkan pada suku tahun yang lalu, menggabungkan unsur Emas 18K kepada jam tangan pintar unggulan HUAWEI WATCH Ultimate klasik, yang mana setiap keping emas ditatahkan menggunakan teknik-teknik tradisional.
Baru-baru ini, Huawei turut melancarkan HUAWEI FreeClip terbaru, yang merupakan penggabungan antara reka bentuk anting-anting klip dengan teknologi audio pendengaran telinga terbuka. Sangat sesuai untuk pendengar yang menyukai pengalaman mendengar telinga terbuka, HUAWEI FreeClip membolehkan pendengar mengeluarkan peluh semasa bersenam sambil tetap menikmati fon telinga yang lut udara dan selesa. Dalam masa yang sama, bahagian luar yang bergaya menjadikan fon telinga ini cukup versatil untuk digunakan di mana-mana sahaja antara sesi bersenam di gimnasium atau hari santai di bandar.
Padan Pasang ialah Hitam baharu: Era Baharu Kesihatan dan Kesejahteraan
Menjalani kehidupan yang bergaya tidak lagi terhad kepada sekadar pakaian dan kasut yang anda pakai, tetapi juga kesihatan dan kesejahteraan yang anda cita-citakan. Bermula daripada diet yang penuh perhatian hingga ritual yoga, pengguna muda lebih berpegang kepada kepercayaan bahawa kecantikan sebenar adalah sedalam kulit. Mulakan transformasi tahun baharu anda dari dalam ke luar dan capai matlamat kesihatan & kesejahteraan anda dengan kuasa teknologi baharu – bermula dengan peranti boleh pakai pintar berfokuskan fesyen baharu daripada Huawei.
Pada bahagian luar, HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN mungkin menjelmakan nilai estetika jam tangan tradisional, namun sebenarnya merupakan jam tangan pintar dengan ciri-ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan canggih. Bagi pengguna yang ingin kelihatan dan rasa cantik dari dalam hingga luar, ciri-ciri HUAWEI WATCH GT 4 menggalakkan keseimbangan holistik antara kesihatan fizikal dan mental, didatangkan dengan teknologi pemantauan jantung TruSeenTM 5.5+ yang dinaik taraf dan lebih tepat, serta ciri-ciri pengurusan tidur dan tekanan. Ia turut menambah penjejak kalori Stay Fit baharu untuk pengguna yang memerlukan cara yang lebih jitu untuk menjejaki penggunaan kalori mereka, sama ada untuk membina otot, mengurangkan lemak atau untuk mengekalkan berat badan mereka.
Bagi pengguna yang ingin membawa matlamat aktiviti kecergasan mereka ke tahap baharu, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN menambah lebih banyak ciri sukan profesional dan teknologi penjejakan yang canggih. Komputer menyelam canggih dan rintangan air 10ATM menjadikannya teman yang sempurna untuk penyelam, memadatkan peralatan yang kompleks ke dalam satu peranti pintar untuk statistik menyelam – sama ada selam skuba teknikal atau selam bebas. Pengguna yang menggemari aktiviti mendaki, mendaki gunung dan pengembaraan yang kerap ke dalam hutan belantara juga mungkin akan menikmati Mod Ekspedisi HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN, yang melengkapi pengguna dengan alat-alat yang diperlukan untuk merentas daerah yang belum diterokai, seperti penjejak GNSS yang amat tepat dan sistem amaran cuaca melampau.
Hidup Lebih Pintar: Alat Produktiviti untuk Kerja dan Kehidupan
Dengan AI yang pantas berada di kedudukan yang penting dalam kehidupan seharian kita, pengguna belajar untuk menerima pakai ciri-ciri pintar dalam kehidupan sehari-hari mereka untuk menambah rangsangan yang amat diperlukan dalam kecekapan dan produktiviti. Kini, pengguna boleh hidup dengan lebih ringan dan bekerja lebih mudah dengan pemerkasaan teknologi pintar. Selain itu, dengan pejabat hibrid dan pejabat mudah alih menjadi suatu kebiasaan untuk ramai orang, pengguna juga memerlukan keseimbangan dalam kemudahan, prestasi dan kemudahalihan bagi mengoptimumkan gaya hidup bekerja baharu mereka. Berikut merupakan beberapa produk teknologi yang akan membantu mengubah cara anda bekerja:
Kini, memandangkan kerja hibrid telah menjadi suatu kebiasaan untuk pekerja di merata tempat, menjadi lebih penting berbanding sebelum ini untuk pengguna memiliki pejabat mudah alih yang boleh pindah. Bagi menangani permintaan yang semakin meningkat ini, Huawei memperbaharui PC dan Tablet unggulannya untuk memfokuskan pada skrin besar dan kemudahalihan yang ringan, bagi memberikan kepada pengguna dengan estet skrin dan kuasa pemprosesan untuk memenuhi tugas kerja mereka di mana-mana sahaja. HUAWEI MateBook D 16 baharu dan HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci, yang mana kedua-duanya lebih nipis dan lebih ringan berbanding sebelum ini, namun mempunyai ruang skrin yang besar untuk pengguna menyiapkan kerja, membolehkan mereka melakukan berbilang tugas dengan mudah semasa bekerja.
Bagi memastikan mesyuarat atau panggilan peribadi dapat dilakukan semasa dalam perjalanan dengan mudah, HUAWEI FreeBuds Pro 3 baharu menambah teknologi sidang senyap Huawei yang terkini Pure Voice 2.0, memastikan peningkatan suara 2.5x lebih baik semasa panggilan suara dan video, yang bermakna pengguna boleh menetapkan persekitaran panggilan video dan suara yang kondusif walaupun semasa mereka berada di tengah-tengah stesen kereta api yang sibuk atau ruang kerja bersama yang sesak. Bagi mereka yang juga mahukan fungsi berbilang tugas tambahan semasa dalam perjalanan, skrin boleh lipat HUAWEI Mate X3 membolehkan anda mengaktifkan Split-Screens (Skrin-Pisah), membolehkan anda menulis nota pada telefon anda walaupun semasa anda sedang membuat panggilan video bersama rakan sekerja anda.
Apabila melibatkan masa henti, produktiviti masih lagi penting untuk memastikan kita memanfaatkan sepenuhnya masa rehat. Beri peluang kepada insan tersayang anda untuk menikmati saiz skrin diperluas daripada MatePad Pro 13.2 inci untuk pelbagai aktiviti; bermula daripada melakar ilustrasi kepada menonton filem sinematik kegemaran mereka. Dengan visualisasi perincian dan warna yang lebih besar, pengguna akan dapat melibatkan diri sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada minat mereka.
Menggalakkan Kreativiti dalam Segenap Aspek Kehidupan
Setiap orang memiliki artis dalaman masing-masing. Sama ada menulis, melukis, menari, fotografi atau muzik, setiap orang berhak mendapat saluran kreatif untuk meluahkan perasaan mereka dan memanfaatkan anugerah imaginasi – hanya selepas itu barulah kita dapat menjadikan kehidupan kita penuh kepuasan. Syukurlah, teknologi masa kini menyediakan kebolehcapaian untuk mencipta, seterusnya memperkasa kita untuk menghasilkan seni walau apapun tahap kita. Pada tahun baharu ini, cabarlah diri anda atau insan tersayang untuk menyerlahkan artis dalaman mereka dengan produk ini.
Telefon pintar unggulan baharu daripada Huawei, HUAWEI P60 Pro membangunkan kamera telefon pintarnya secara holistik dengan Kamera Telefoto Ultra Pencahayaan, mengubah pengalaman fotografi melalui seni Cahaya, meluaskan kemungkinan kreatif yang boleh diterokai oleh pengguna semasa pengambilan gambar, terutamanya dalam Pemandangan Bulan Super (Super Moon Scene).
HUAWEI Mate X3 turut didatangkan dengan ciri-ciri fotografi yang serupa tetapi mencipta lebih banyak dimensi fungsian dengan Mod Henti-Fleks (Flex-Stop Mode). Ini bermakna anda boleh membebaskan tangan anda dan merakam dari sudut versatil dalam Mod Henti-Fleks yang turut menyokong fotografi langkau-masa bagi membantu anda mengekspresikan potensi kreatif anda yang sepenuhnya.
Bagi mereka yang kreatif dalam kapasiti profesional, tablet terbaru daripada Huawei menyediakan alatan pintar yang anda perlukan untuk cemerlang di tempat kerja, memberi proses kreatif yang lancar kepada setiap orang. Sebagai contoh, pengilustrasi dan penyunting boleh menikmati HUAWEI X-TrueTM Display yang canggih pada HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci, memberikan kepada mereka kecemerlangan visual yang mereka perlukan untuk mencipta dengan sangat terperinci dan mendalam.
Kini Boleh Didapati pada Harga Terbaik
Nikmati promosi dan diskaun yang sedang berlangsung ke atas semua produk pada musim perayaan ini sebagai sebahagian daripada kempen cuti "Fashion for New" ("Fesyen untuk Baharu") Huawei! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap produk, kunjungi consumer.huawei.com untuk butiran selanjutnya.