omniture

Azentio Software memenangi pengiktirafan berganda di IBSi Global FinTech Innovation Awards 2023

Azentio Software Pvt Ltd
2023-12-11 15:01 38

Anugerah tersebut mengiktiraf P elaksanaan Menghasilkan Impak' di Summit Bank, Pakistan dan di Vision Bank, UAE

SINGAPURA, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura dan dimiliki oleh dana yang dinasihatkan oleh Apax Partners, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi dua anugerah pada edisi ke-5 IBS Intelligence (IBSi) Global FinTech Innovation Awards 2023 yang berprestij. Anugerah tersebut telah disampaikan secara rasmi di Sidang Kemuncak Cedar-IBSi tentang Perbankan Teras & Digital yang diadakan baru-baru ini di Mumbai.

Azentio telah memenangi anugerah untuk 'Pelaksanaan Perbankan Islam Terbaik: Pelaksanaan Projek Terbaik' atas usahanya dengan Summit Bank Limited, Pakistan; dan untuk 'Pelaksanaan Perbankan Transaksi Terbaik: Alatan dan Amalan Digunapakai Terbaik' atas usahanya dengan Vision Bank, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kedua-dua anugerah ini memberi penghargaan kepada pelaksanaan dipacu hasil daripada iMAL, iaitu platformPerbankan Islam daripada Azentio dan yang pertama diperakui oleh Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI).

Global FinTech Innovation Awards (Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan Global) bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada bank, institusi kewangan dan syarikat teknologi atas kecemerlangan mereka dalam inovasi yang menggunakan teknologi baru muncul. Edisi terkini anugerah ini mengiktiraf pelaksanaan yang paling inovatif dan menghasilkan impak dalam 30 kategori, dengan lebih 250 pencalonan diterima daripada 49 buah negara.

Memuji Azentio kerana memenangi anugerah tersebut, Nikhil Gokhale, Pengarah - Penyelidikan & Harta Digital IBS Intelligence berkata, "Tahniah kepada Azentio atas kemenangan yang amat layak mereka miliki. Perjalanan Summit Bank dengan Azentio mewakili suatu gabungan inovasi teknologi dan pelaksanaan strategik yang harmoni, sekali gus menghasilkan operasi perbankan yang bukan sahaja mematuhi prinsip Islam tetapi juga mendorong bank tersebut menuju era kecekapan, kawalan dan mengutamakan pelanggan. Manakala kejayaan pelaksanaan penyelesaian iMAL Core Banking di Vision Bank yang disepadukan secara lancar dengan platform digital pihak ketiga mencerminkan suatu lonjakan yang strategik bagi bank tersebut dalam memberi perkhidmatan kepada para pelanggan perdagangan korporatnya. Ketangkasan, perancangan yang teliti dan tadbir urus projek tersebut menyerlahkan komitmen terhadap kecekapan, inovasi dan mengutamakan pelanggan."

L Guru Raghavendran, Naib Presiden Kanan, Perbankan & Pasaran Modal Azentio menyatakan, "Perbankan Islam mengembangkan pangkalan asetnya secara berterusan dan berkembang menjadi sebuah pasaran yang berdaya saing. Dalam masa sedemikian, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Summit Bank dan Vision Bank iaitu dua bank Islam yang utama di rantau ini, dengan membantu mereka bersaing secara digital dan memenuhi objektif keterangkuman kewangan mereka dengan akses yang lebih mudah, inovasi produk yang berterusan serta pematuhan dan tadbir urus yang ketat. Penghargaan ikhlas daripada kami ditujukan kepada kedua-dua Summit Bank dan Vision Bank kerana memilih penyelesaian iMAL Core Banking daripada Azentio dan juga kepada IBS Intelligence kerana memberi pengiktirafan kepada kami dengan anugerah yang diidamkan ini."

Perlu diketahui di sini bahawa Azentio telah memperoleh kedudukan terbaik dalam pelbagai kategori dalam Leadership Club of IBSi Sales League Table (SLT) 2023 yang eksklusif, memperoleh kedudukan Nombor Satu untuk Kepelbagaian Produk; Perbankan Islam I Pinjaman Runcit (untuk platform Azentio ONEBanking); Automasi Proses / BPM (untuk rangkaian Perbankan Islam Azentio); dan Insurtech Solutions atau Penyelesaian Teknologi Insurans (untuk platform Azentio ONEInsurance).

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1978771/Azentio_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Financial Technology