omniture

#H9meAzingMoments BERSAMA ERLING HAALAND - PRODUK MIDEA BERIKAN PANDANGAN MENGENAI GOL ERLING HAALAND

Midea & Midea Group
2023-12-11 16:48 39

Hari ini, Midea melancarkan kempen baharunya #H9meAzingMoments yang menampilkan penyerang Manchester City dan pemenang trebel, Erling Haaland

MANCHESTER, England, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Midea melancarkan kempen baharunya #H9meAzingMoments yang menampilkan penyerang Manchester City dan pemenang trebel, Erling Haaland.

#H9meAzingMoments WITH ERLING HAALAND - MIDEA PRODUCTS DO HAVE AN OPINION ON ERLING HAALAND’S GOALS
#H9meAzingMoments WITH ERLING HAALAND - MIDEA PRODUCTS DO HAVE AN OPINION ON ERLING HAALAND’S GOALS

Dengan bermulanya musim Liga Perdana Inggeris pada bulan Ogos, Midea - salah satu pengeluar perkakas rumah terkemuka dan terbesar di dunia - mengumumkan Erling Haaland sebagai Duta Jenama Global Rasminya dengan video pelancaran nenakjubkan yang memaparkan Haaland, seperti janji kredo jenama ini: Make yourself at home.

Hari ini, syarikat gergasi perkakas rumah ini melancarkan satu lagi kandungan siri yang seterusnya dengan 'sembilan' video yang menampilkan Haaland dalam #H9meAzingMoments, dan membawakan ulasan khas daripada beliau mengenai beberapa detik paling unik bersama produk Midea.

Musim lalu, Haaland berjaya menjaringkan 52 gol dalam kesemua pertandingan yang disertainya, dan Midea, dengan hampir 100 kategori produk yang berbeza dan, salah satu portfolio produk terluas di dunia, dengan siri #H9meAzingMoments baharu ini, pasti dapat menjalinkan kerjasama yang erat untuk tahun-tahun yang akan datang.

#H9meAzingMoments WITH ERLING HAALAND - MIDEA PRODUCTS DO HAVE AN OPINION ON ERLING HAALAND’S GOALS
#H9meAzingMoments WITH ERLING HAALAND - MIDEA PRODUCTS DO HAVE AN OPINION ON ERLING HAALAND’S GOALS

Lihat kesemua 9 video di sini

Latar Belakang Midea & Midea Group

Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama dalam segmen Smart Home Business of Midea Group

Midea Group, ditubuhkan pada tahun 1968, dalah sebuah syarikat global yang berteknologi tinggi dan menduduki tangga #278 dalam senarai Fortune Global 500 2023, dan salah sebuah syarikat pembuatan perkakas rumah terbesar di dunia yang perniagaannya melangkaui perkakas rumah pintar. Pada awal tahun 2021, syarikat ini memperkemas unit terasnya kepada lima tonggak perniagaan dengan pertumbuhan tinggi untuk membuka laluan pertumbuhan masa depan yang baharu: Rumah Pintar, Elektro-Mekanikal, Teknologi Bangunan, Robotik & Automasi dan Inovasi Digital.

Semua perniagaan Midea Group berusaha untuk mencapai satu kredo: #HumanizingTechnology.

Jenama Midea menaruh kepercayaan dalam menyediakan penyelesaian "mesra-mengejutkan" dengan menggunakan pendekatan yang berpusatkan pengguna dan penyelesaian masalah. Berusaha melangkah ke hadapan demi masa depan, tekal meneroka dan berdaya cipta bagi memenuhi kehendak pengguna kami yang sentiasa berubah-ubah – membolehkannya untuk "make yourself at home."

35 pusat pengeluaran peringkat global Midea Group dan lebih 166,000 pekerja di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah menjana hasil tahunan sebanyak lebih USD51.39 bilion pada tahun 2022. Sebanyak 28 pusat inovasi di seluruh dunia dan komitmen yang tinggi terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) menghasilkan lebih daripada 62,000 paten diluluskan setakat ini.

www.midea.com

www.midea.com/global/ManchesterCity

www.midea-group.com  

Latar Belakang Erling Haaland 

Erling Braut Haaland, dilahirkan di Leeds pada 21 Julai 2000, adalah seorang pemain bola sepak profesional Norway yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Manchester City dan pasukan kebangsaan Norway.

Seorang penjaring gol yang semulajadi, Haaland menyertai City dari Borussia Dortmund pada Julai 2022, setelah menandatangani perjanjian selama lima tahun. Anak kepada bekas pemain City, Alfie, Haaland junior secara meluas dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik Eropah dan tiba di kelab itu dengan reputasi penjaring gol yang menggerunkan berikutan mantra yang mengagumkan di Molde FK, Red Bull Salzburg dan Dortmund.

Kuat, tinggi, pantas, cergas di udara dan mampu menjaringkan gol dengan mana-mana kakinya, kerjaya Haaland setakat ini dicirikan oleh satu perkara: GOL. Dalam kempen sulung beliau di City, pemain Norway yang menjaringkan 36 gol  dalam Liga Perdana – memecahkan rekod bagi gol yang paling banyak dijaringkan dalam satu musim dalam hanya 38 permainan. Beliau juga menjadi pemain ketiga dalam sejarah – dan yang pertama dalam tempoh sembilan tahun – menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan ketika Liga Juara-juara UEFA apabila City menewaskan RB Leipzig 7-0 di Stadium Etihad.

Haaland menjaringkan gol ke-45 beliau pada musim ini dengan meraih kemenangan pusingan pertama, suku akhir Liga Juara-juara UEFA menentang Bayern Munich – bermakna beliau mengatasi Ruud van Nistelrooy dan Mohamed Salah sebagai pemain yang menjaringkan gol terbanyak untuk kelab Liga Perdana dalam satu kempen tunggal.

Beliau menamatkan musim penampilansulungnya yang luar biasa dengan 52 gol dalam 53 perlawanan dan ini adalah satu pengakhiran yang sempurna memandangkan beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Pep Guardiola yang memenangi Trebel, yang menyaksikan Manchester City menjulang Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-juara.

Latar Belakang Manchester City Football Club

Manchester City FC ditubuhkan pada tahun 1880 sebagai St Mark's West Gorton dan secara rasminya menjadi Manchester City FC pada tahun 1894. Terletak di Kampus Etihad yang lebih luas, jejak kelab ini termasuklah Stadium Etihad berkapasiti 53,500, Stadium Joie berkapasiti 7,000 dan City Football Academy, menyediakan kemudahan latihan dan pembangunan belia terkini, dan menempatkan pasukan lelaki, wanitadan pasukan akademi kelab ini.

Dinobatkan sebagai Jenama Kelab Bola Sepak Paling Bernilai di dunia oleh Brand Finance, kini Manchester City FC sedang membangunkan pengalaman peminat terbaik dalam kelasnya dan destinasi hiburan serta riadah sepanjang tahun di Kampus Etihad. Kelab ini komited untuk beroperasi dengan cara yang lestari dan bertanggungjawab dari segi sosial serta memastikan kesaksamaan, kepelbagaian dan penglibatan diterapkan ke dalam proses membuat keputusan, budaya dan amalan..

www.mancity.com

Hubungi:

Brando Brandstaeter
Ketua Bahagian Pengurusan Jenama & Komunikasi Global
Bahagian Perniagaan Antarabangsa Midea Group
brando.brandstaeter@midea.com

 

Source: Midea & Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Sports