omniture

Vantage Markets Raih Tiga Kemenangan di Professional Trader Awards 2023

Vantage
2023-12-11 17:05 52

PORT VILA, Vanuatu, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset, Vantage (atau Vantage Markets), berbesar hati mengumumkan bahawa ia telah menerima tiga anugerah berprestij di Professional Trader Awards 2023, yang menegaskan sekali lagi kedudukannya sebagai broker yang utama untuk pedagang profesional.

Vantage Markets Clinches Triple Victory at the 2023 Professional Trader Awards
Vantage Markets Clinches Triple Victory at the 2023 Professional Trader Awards

Bagi tahun 2023, Vantage menerima anugerah "Aplikasi Dagangan Profesional Terbaik", "Platform Dagangan Profesional Terbaik" dan "Broker Paling Dipercayai".

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Vantage mendapat penghormatan tertinggi pada anugerah ini. Dalam tahun 2022, Vantage memenangi anugerah untuk "Platform Dagangan Terbaik" dan "Aplikasi Dagangan Terbaik", kerana menyampaikan penyelesaian termaju secara konsisten kepada pelanggan profesionalnya.

Dianjurkan oleh organisasi anugerah yang ternama Holiston Media, Professional Trader Awards kini memasuki tahun kelimanya. Pengiktirafan yang diterima daripada edisi 2023 bagi anugerah yang diterajui oleh pengundi ini adalah amat penting, kerana anugerah ini menyaksikan penyertaan yang belum pernah terjadi sebelum ini dengan lebih 11,500 undi dibuang oleh 1,900 pengundi unik. Penglibatan memecah rekod ini mencerminkan pengiktirafan industri ini terhadap standard luar biasa yang ditetapkan oleh broker terkemuka seperti Vantage.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, berkata, "Kami berbesar hati menerima anugerah berprestij ini buat tahun kedua berturut-turut. Pencapaian ini merupakan bukti dedikasi dan kerja keras pasukan Vantage kami. Kami kekal teguh dengan komitmen kami terhadap inovasi, kepuasan pelanggan dan penyampaian pengalaman perdagangan yang sebaik mungkin. Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan terdahulu kami tetapi turut memberi inspirasi kepada kami untuk meningkatkan tahap dengan lebih tinggi pada masa akan datang."

"Kepada pelanggan Vantage kami, kepercayaan anda menjadi asas kejayaan kami dan kami bersyukur atas sokongan berterusan anda," tambah Despallieres. "Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Holiston Media dan pasukan di sebalik Professional Trader Awards atas usaha mereka yang baik dalam meningkatkan tahap industri perdagangan profesional."

Latar Belakang Vantage
Vantage (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

http://www.vantagemarkets.com/

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Awards