-- Soalan ujian sebenar yang belum pernah diterbitkan sebelum ini menyediakan latihan lebih mendalam untuk membantu bakal pelajar pusat pengajian siswazah dan perniagaan
PRINCETON, New Jersey, 25 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Sebagai tindak balas kepada permintaan daripada pengambil ujian, pendidik serta penasihat untuk mendapatkan tambahan bahan persediaan ujian GRE®, Program GRE telah memperkenalkan soalan latihan baharu untuk Ujian Umum GRE® yang telah disemak semula bagi membantu para pelajar melakukan yang terbaik pada hari menduduki ujian.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO
"Soalan Latihan Penaakulan Lisan GRE® Rasmi, Jilid Satu" dan "Soalan Latihan Penaakulan Kuantitatif GRE® Rasmi, Jilid Satu" menyediakan latihan lebih mendalam untuk para pengambil ujian dan menjadi pelengkap sempurna kepada "Panduan Rasmi untuk Ujian Umum GRE® yang telah disemak semula, Edisi Kedua."
Setiap panduan menyediakan 150 soalan yang belum pernah diterbitkan sebelum ini berserta penerangan lengkap dan juga petunjuk serta tip penting. Panduan lisan juga melibatkan tugasan contoh serba baharu untuk Langkah Penulisan Analisis GRE manakala panduan kuantitatif pula merangkumi ulasan tentang topik matematik yang bakal ditanya dalam ujian berkenaan.
"Salah seorang daripada tiga pengambil ujian menggunakan panduan belajar rasmi kami, namun pengambil ujian dalam tinjauan terkini menyatakan mereka mahukan lebih banyak soalan latihan," kata Dawn Piacentino, Pengarah Komunikasi dan Perkhidmatan untuk Program GRE di ETS. "Sebagai tindak balas kepada maklum balas itu, kami memperkenalkan buku persediaan lisan dan kuantitatif baharu ini."
Panduan baharu ini, diterbitkan bersama McGraw-Hill Education, boleh didapati dalam format cetakan dan eBuku melalui kedai ETS dan juga melalui kedai buku di serata dunia.
Peningkatan bahan persediaan ujian GRE direka menurut pegawai ETS bagi membantu pengambil ujian merasa lebih yakin pada hari menduduki ujian. Begitu juga, pilihan ScoreSelect®, yang hanya boleh didapati dengan ujian GRE, telah diperkenalkan agar para pelajar dapat melakukan yang terbaik. Menerusi pilihan ScoreSelect itu, pengambil ujian GRE boleh membuat keputusan pada hari ujian – atau pada bila-bila masa sehingga 5 tahun selepas hari ujian – set markah yang dipilih untuk dihantarkan kepada pusat pengajian siswazah atau perniagaan di seluruh dunia. "Ini adalah berkenaan kejayaan dan menggapai impian mereka," kata Piacentino.
Bahan persediaan ujian GRE baharu ini turut tersedia dalam pelbagai format yang kian berkembang seperti cetakan, video serta format dalam talian termasuk perisian POWERPREP ®II percuma yang merangkumi dua ujian latihan lengkap. Alatan persediaan ujian rasmi lain termasuklah siri video GRE® Success Starter, "Panduan Rasmi untuk Ujian Umum yang telah disemak semula GRE®, Edisi Kedua", aplikasi mudah alih, dan juga Latihan Penulisan Dalam Talian ScoreItNow! TM.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kesemua alatan persediaan ujian GRE rasmi, layari www.takethegre.com/prep.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami mempertingkat kualiti dan ekuiti pendidikan untuk orang ramai di seluruh dunia dengan menghasilkan penilaian berdasarkan penyelidikan yang teliti. ETS berkhidmat untuk individu, institusi pendidikan serta agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai khusus untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris, dan pendidikan rendah, menengah serta pascamenengah, dan juga dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis serta kajian dasar. Setelah ditubuhkan sebagai badan bukan untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, menjalankan dan turut memberi markah untuk lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE ® dan juga penilaian The Praxis Series® — di lebih 180 negara, di lebih 9,000 lokasi di serata dunia. www.ets.org