BEIJING, 12 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dalam rangka kerja Pameran Perdagangan dan Pelancongan Antarabangsa Vietnam-China ke-15, aktiviti pertukaran nyanyian antifon telahpun diadakan di Sungai Beilun, sungai sempadan antara China dan Vietnam pada 30 November.
Penyanyi-penyanyi Cina dan Vietnam mempersembahkan lagu-lagu yang memuji persahabatan yang erat antara rakyat kedua-dua negara ini.
Sebagai negara sosialis dan jiran yang mesra, China dan Vietnam telahpun menyaksikan hubungan diplomatik selama tujuh dekad dengan ikatan yang erat antara kedua-dua rakyat.
Persahabatan yang sudah lama terjalin
Duta Cina ke Vietnam Xiong Bo memberitahu China Media Group bahawa terdapat banyak keadaan yang menggalakkan pertukaran sesama rakyat antara China dan Vietnam.
Dengan warisan sejarah dan budaya yang serupa, rakyat Vietnam sangat mengenali sejarah Cina dan Konfusianisme sementara filem kontemporari Cina serta siri TV adalah amat popular dalam kalangan rakyat Vietnam, kata beliau.
Bagi meningkatkan persefahaman serta persahabatan antara kedua-dua rakyat, China dan Vietnam menekankan kepentingan usaha ke atas kerjasama pendidikan.
Zheng Dawei, kaunselor pendidikan bagi Kedutaan Cina di Vietnam berkata lebih 50 institusi pengajian tinggi di Vietnam menawarkan jabatan atau jurusan bahasa Cina dengan 15,000 orang pelajar belajar bahasa Cina di peringkat pengajian tinggi.
Menurut satu kenyataan bersama untuk memperdalam perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Vietnam yang dikeluarkan tahun lalu, China mengumumkan bahawa dalam lima tahun akan datang, ia akan menawarkan kepada Vietnam lebih 1,000 Biasiswa Kerajaan Cina dan lebih daripada 1,000 Biasiswa Guru Bahasa Bahasa Cina Antarabangsa, bagi membantu Vietnam melatih bakat peringkat tinggi dan guru bahasa Cina.
Dari tahun 2021 hingga 2022, lebih 27,000 orang pelajar Vietnam belajar di China, dengan lebih daripada 1,700 daripada mereka menerima Biasiswa Kerajaan Cina, kata Duta Xiong.
Xiong berkata asas pendapat umum antara kedua-dua pihak perlu diperkukuhkan lagi. Kedua-dua pihak harus meletakkan kepentingan yang lebih tinggi untuk mengukuhkan hubungan persahabatan China-Vietnam, ujar beliau.
Lebih banyak pertukaran sesama rakyat dijangkakan
Selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong merupakan pemimpin asing pertama yang dijemput untuk mengadakan lawatan ke China.
Berdasarkan jemputan daripada Trong dan Presiden Vietnam Vo Van Thuong, Presiden Cina Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Vietnam mulai 12 hingga 13 Disember.
Pemimpin-pemimpin ini akan membincangkan peningkatan hubungan China-Vietnam dan memfokuskan pada enam bidang utama – politik, keselamatan, kerjasama praktikal, sokongan awam, hal ehwal berbilang hala dan isu maritim – kata jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin semasa taklimat media berkala.
Semasa pertemuan bersama Thuong dalam bulan Oktober, yang berada di Beijing sempena Forum Jalur dan Jalan ketiga untuk Kerjasama Antarabangsa, Presiden Xi berkata kedua-dua negara harus terus menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua rakyat, terutamanya dalam kalangan generasi muda, agar dapat mewariskan persahabatan tradisi dari generasi ke generasi.
Rakyat Vietnam juga mengharapkan ikatan yang lebih erat antara kedua-dua rakyat. Le Nguyet Quynh, pemenang hadiah tempat kedua bagi Chinese Bridge ke-16 — Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina untuk Pelajar Sekolah Menengah Asing, berkata beliau telah belajar bahasa Cina selama enam tahun dan tidak sabar-sabar menantikan lawatan Presiden Xi yang akan datang.
"Saya berharap agar selepas lawatan ini, akan terdapat lebih banyak peluang untuk belia kedua-dua negara ini berkomunikasi dengan satu sama lain dan mengeratkan hubungan kami," kata Le.