BEIJING, 12 Disember 2023 /PRNewswire/ -- State Grid Jiangsu Electronic Power, firma kuasa tulang belakang di Wilayah Jiangsu, timur China, mengupayakan kampung tempatan untuk memupuk penggiatan semula luar bandar hijau dengan bekalan kuasa yang bingkas dan perkhidmatan digital yang berkaitan.
Mulai 27 November hingga 4 Disember, perjalanan kakitangan syarikat ini yang menjangkau lebih 1,000 kilometer di Jiangsu mendedahkan banyak kes tipikal dalam pembinaan kampung digital dan pintar di sana.
Di Daerah Gaochun, Nanjing, ibu kota Jiangsu, sejumlah 14,666.67 hektar kawasan penternakan ketam menonjolkan usaha cirian daerah tersebut untuk meningkatkan pendapatan penduduk tempatan, yang mana kira-kira 80 peratus terlibat dalam akuakultur.
Berganding bahu dengan pengendali taman industri pertanian moden Gaochun, syarikat bekalan kuasa State Grid Gaochun mewujudkan platform pengurusan "industri perikanan pintar" bagi menyediakan perkhidmatan tenaga hijau dan membantu Kampung Maocheng merangsang rantaian industri penuh yang berpusat kepada ketam Tasik Gucheng termasuk penternakan yang berkaitan, logistik, katering serta pemprosesan mendalam.
Di Kampung Shiwei, Daerah Guanyun, Bandar Lianyungang, pembiakan larva Clanis bilineata di taman industri terbesar China bagi jenis di sana biasanya memerlukan bekalan kuasa yang sangat stabil.
Seperti yang dinyatakan oleh Ma Liang, seorang pemilik muda syarikat pemula, menaik taraf laluan agihan kuasa taman pembiakan dan pembinaan stesen perkhidmatan kuasa di pintu masuk kampung itu oleh firma bekalan kuasa Guangyun merangsang sebahagian besar industri pembiakan larva Clanis bilineata tempatan.
Di Bandar Changshu, kampung pintar sifar karbon pertama telahpun dibina di Kampung Jiangxiang yang indah di sana. Dengan kemudahan penggunaan tenaga bersih yang dapat dilihat di merata tempat, platform pengurusan tenaga yang komprehensif itu membolehkan kampung berkenaan menyemak maklumat pada masa sebenar mengenai penggunaan tenaga tempatan, status peralatan serta keadaan persekitaran untuk mengimbangi bekalan dan permintaan kuasa dengan lebih baik.
Ketika ini, penjanaan kuasa tahunan oleh program PV teragih di seluruh kampung itu mencecah 4.2 juta kWj dan dapat membantu mengurangkan emisi karbon sebanyak lebih 2,800 tan setahun, kata Gu Kejie, timbalan ketua jabatan pemasaran, syarikat bekalan kuasa Changshu.
Di Kampung Pingyuanchi, Bandar Rugao yang mempunyai ladang teratai, firma bekalan kuasa tempatan, juga di bawah State Grid Jiangsu Electronic Power menggerakkan enam penukar dan mengubah suai sebanyak 5,800 meter talian kuasa overhed dan 8,300 meter talian kuasa isi rumah bagi meningkatkan kualiti penggunaan kuasa tempatan pada dasarnya, lalu menyuntik dorongan baharu kepada pembinaan kampung yang indah di sana.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/337628.html