omniture

CHiQ Tampil Julung Kali di Piala Dunia Lompat Ski FIS 2023

CHiQ
2023-12-12 00:35 55

BERLIN, 12 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember, Klingenthal, Jerman, menganjurkan Piala Dunia Lompat Ski FIS Lelaki, bagi menarik minat pemain ski antarabangsa terunggul yang menunjukkan keberanian dan inovasi mereka. Menerusi penampilan pertama yang signifikan, CHiQ, jenama premium daripada Changhong yang terkenal dengan perkakas rumah pintarnya, mengambil bahagian dalam acara ini. Acara lompat ski ini disiarkan secara langsung oleh televisyen dan media dalam talian di Jerman, Itali, Poland dan wilayah-wilayah lain. CHiQ menyertai ribuan penonton bagi mengikuti pertandingan bermain ski yang amat dinanti-nantikan ini!

Dalam bulan November, CHiQ menjadi pembekal rasmi bagi German Ski Association (DSV) dan mengumumkan perkongsiannya dengan Piala Dunia Ski FIS. Jenama ini memperkenalkan Viktoria Rebensburg, pemain ski Jerman yang terkenal dan juara Piala Dunia Ski, sebagai duta jenama ini. Semasa acara ini, slogan terbaru CHiQ, "Pintar Dengan Gaya" dipaparkan dengan jelas di tempat acara, bagi memperlihatkan gabungan antara kecerdasan dan gaya jenama ini.

Jared Yang, Ketua Pegawai Eksekutif CHiQ Europe Electric S.r.o. berkata, "Penajaan CHiQ untuk Piala Dunia Ski FIS merupakan selangkah menuju sektor sukan baharu dan kami komited untuk menyahut cabaran dan mengejar inovasi bersama-sama para atlet. CHiQ bermatlamat untuk meluaskan kehadiran pemasaran sukan globalnya dan meningkatkan hubungannya bersama pengguna di serata dunia."

Sebagai jenama yang sedang meningkat naik dalam pasaran perkakas rumah pintar global, peti sejuk CHiQ dan peralatan rumah lain benar-benar mencerminkan acara ais dan salji. Televisyen jenama ini, terkenal dengan kualiti gambarnya yang unggul, MEMC serta kadar segar semula yang tinggi, memberikan kepada penonton dengan pengalaman yang dipertingkat untuk aksi berkelajuan tinggi dan sifat dinamik bermain ski.

Ketika ini, CHiQ menawarkan pelbagai produk termasuk televisyen, peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh dan monitor. Perniagaannya menjangkau lebih 40 negara dan wilayah di seluruh dunia. Kini, produk CHiQ boleh dibeli melalui pelbagai saluran jualan luar talian yang utama dan lebih 30 platform e-dagang yang terkenal di Eropah, Asia Tenggara dan di tempat-tempat lain. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap trend pasaran, CHiQ melancarkan barisan produk yang menggabungkan ciri keberkesanan kos dan inovasi teknologi. Dalam bulan Disember, CHiQ memperkenalkan mesin basuh A-Energy-Class Space Pro di Eropah, produk yang 20% lebih cekap tenaga berbanding model-model standard. Pengenalan ini sejajar dengan trend ke arah peralatan jimat tenaga, memperlihatkan permintaan pengguna terhadap pilihan yang lebih mesra alam.

Peralatan CHiQ mengungguli senarai produk paling laris terjual di Amazon secara konsisten di Jerman dan Perancis. Ia juga berulang kali meraih tempat pertama bagi jualan kategori televisyen pada Shopee, platform e-dagang unggulan Indonesia. Di Australia, CHiQ menerima anugerah "Peti Sejuk Pelanggan Paling Berpuas Hati" Canstar Blue dan "Anugerah Paling Terpuji bagi Jenama Penyejuk Beku Terbaik" Finder.

 

Source: CHiQ
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Television