omniture

Kintone Diiktiraf buat Kali ke-7 Berturut-turut dalam Gartner Magic Quadrant untuk Platform Aplikasi Rendah-Kod Perusahaan

Kintone Southeast Asia Sdn.Bhd.
2023-12-12 10:00 12

Kintone terus menyokong trend global ke arah pembangunan rakyat dengan menawarkan platform kepada bukan pembangun untuk membina alatan kerja digital mereka sendiri

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Kintone, platform tempat kerja digital boleh disesuaikan semua-dalam-satu yang dibina untuk kerja berpasukan, sekali lagi diiktiraf dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Aplikasi Rendah-Kod Perusahaan* (LCAP) yang terkini. Ini menandakan kali ketujuh berturut-turut Gartner memberi kedudukan kepada Kintone dalam laporan penilaian vendor LCAPnya dan Kintone merupakan salah satu daripada hanya 17 vendor yang dimasukkan pada tahun ini.

Gartner mentakrifkan LCAP sebagai "platform aplikasi yang digunakan untuk membangunkan dan menjalankan aplikasi tersuai secara pantas dengan mengabstraksikan dan meminimumkan penggunaan bahasa pengaturcaraan." Keperluan minimum agar layak sebagai LCAP ialah: "Memasukkan keupayaan rendah-kod bagi membangunkan aplikasi lengkap yang mengandungi antara muka pengguna dan saluran mudah alih, logik perniagaan dan storan data; menyokong pendekatan pengaturcaraan berpacukan model atau grafik dengan penskripan; dan bertindak sebagai platform waktu jalan untuk aplikasi yang dibangunkan pada LCAP."

Laporan pada tahun ini meramalkan pecutan peralihan global ke arah rendah-kod dan tanpa-kod sebagai mod pembangunan perisian. Menjelang tahun 2026, hasil pasaran rendah-kod dijangka mencecah RM 207.35 bilion. Bahagian LCAP pasaran berkenaan dijangka berkembang kepada RM 83.86 bilion, mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 20%.

Antara trend penting yang memacu penerimaan perusahaan, Gartner menyatakan, "Inisiatif pendemokrasian dan pembangunan rakyat turut mendorong penerimaan perusahaan terhadap teknologi pembangunan rendah-kod. Inisiatif ini tidak hanya terhad kepada pembangun IT profesional yang mahukan penyampaian aplikasi yang pantas; ia turut terpakai kepada jenis alatan pembangunan tanpa-kod yang digunakan oleh pembangun rakyat (ahli teknologi perniagaan) dalam unit perniagaan."

Pembezaan unik Kintone dikenal pasti sebagai kolaborasi tanpa-kod, yang membolehkan pembangun rakyat membina secara bersama aliran kerja untuk peningkatan perniagaan yang berterusan dan ekosistem rakan kongsinya yang besar, yang menawarkan rangkaian sambungan dan pemalam yang luas.

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf buat kali ketujuh berturut-turut dalam Gartner Magic Quadrant untuk Platform Aplikasi Rendah-Kod Perusahaan," kata Yoshihisa Aono, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kintone. "Sejak kami melancarkan platform Kintone pada tahun 2011, kami tekal meningkatkan fungsiannya dan meluaskan ekosistem rakan kongsi kami bagi memenuhi keperluan pembangun rakyat yang semakin meningkat.

"Kekurangan global ahli profesional IT memburukkan lagi keperluan terhadap transformasi digital. Kemudahan penggunaan Kintone membolehkan pembangun rakyat tanpa kepakaran IT untuk menggunakan aplikasi perniagaan dengan cepat dan berkesan serta mengintegrasikannya dengan sistem lain. Kami berharap dapat meneruskan pengembangan global kami dan menyokong pelanggan kami dengan menyediakan platform tanpa-kod terpusa dan terjamin demi kolaborasi perniagaan yang optimum."

Sepanjang tahun 2023, Kintone terus aktif menambah baik platformnya dengan ciri-ciri dan fungsi-fungsi baharu. Ketika ini, Kintone mempunyai lebih 31,000 pelanggan di seluruh dunia, bermula daripada PKS hingga perusahaan multinasional. Ekosistemnya yang terdiri daripada rakan kongsi, ahli profesional IT dan pembangun rakyat membina dan menggunakan secara kolektif lebih daripada dua juta aplikasi.

Untuk memuat turun salinan laporan Gartner Magic Quadrant untuk Platform Aplikasi Kod-Rendah Perusahaan yang terkini, klik di sini.

*Sumber: Gartner, Magic Quadrant for Enterprise Low-Code Application Platforms, Oleksandr Matvitskyy, Kimihiko Iijima, Mike West, Kyle Davis, Akash Jain, Paul Vincent, October 17, 2023

Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan izin. Hak cipta terpelihara.

Penafian: Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd.

Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd. beroperasi dari Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki rakan-rakan kongsi perunding dan produk yang menyediakan perkhidmatan suai tugas dan penyesuaian Kintone merentas 11 negara: Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Laos dan India. Untuk maklumat lanjut tentang Program Rakan Kongsi Kintone Southeast Asia kunjungi https://www.kintone.com/en-sea/partners/ 

Alamat: Unit 27-07, Tingkat 27, Q Sentral, 2A, Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, W.P.
Emel: sales-sea@kintone.com 

 

Source: Kintone Southeast Asia Sdn.Bhd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards