omniture

Keppel bekerjasama dengan AM Green untuk meneroka peluang bahan api lestari berasaskan karbon biogenik di Asia dan Timur Tengah

Greenko Group
2023-12-12 11:25 94

SINGAPURA dan DUBAI, UAE, 12 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Keppel Corporation Limited (Keppel), melalui Bahagian Infrastruktur syarikat tersebut dan AM Green, yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh pengasas Kumpulan Greenko yang berpangkalan di Hyderabad, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bersama-sama meneroka peluang menghasilkan bahan api lestari berasaskan karbon biogenik, seperti metanol bio dan metanol hijau, etanol generasi kedua (2G) dan bahan api penerbangan lestari (SAF).  

Mr. Mahesh Kolli, Founder, Greenko (centre) and Ms Cindy Lim, CEO, Keppel Infrastructure
Mr. Mahesh Kolli, Founder, Greenko (centre) and Ms Cindy Lim, CEO, Keppel Infrastructure

MOU tersebut telah ditandatangani dengan berlatarbelakangkan COP 28 di Dubai. Kedua-dua pihak akan bersama-sama mengenal pasti, menilai dan membangunkan projek di Asia Tenggara dan Timur Tengah, yang boleh memanfaatkan dan mengumpulkan sekurang-kurangnya satu juta tan karbon dioksida biogenik (CO2) setahun untuk digunakan bagi pengeluaran bahan api lestari di kilang-kilang milik AM Green. Bahan api lestari ini boleh berfungsi sebagai alternatif lestari alam sekitar terhadap bahan api fosil untuk menyokong penyahkarbonan operasi perindustrian berat dan sektor penerbangan.

Selain itu, Keppel dan Greenko juga akan mengenal pasti bidang untuk kerjasama dalam rantaian nilai projek bio-metanol di India. Projek ini mensasarkan untuk mengeluar 500,000 tan bio-metanol setiap tahun.

Biofuel yang berasal daripada bahan organik seperti biojisim tumbuhan dan haiwan, membentuk sumber tenaga boleh baharu terbesar yang digunakan di seluruh dunia, menyumbang 55% tenaga boleh baharu dan lebih daripada 6% bekalan tenaga dunia1. Pengeluaran dan pembakaran bahan api lestari mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan ketara, menjadikannya sumber tenaga yang lebih bersih dan berkesan.

Keppel kini mengendalikan 273,750 tan setahun Loji Pencernaan & Pengkomposan Anaerobik di Qatar yang direka dan dibina oleh Keppel pada tahun 2012. Ini adalah loji pengkomposan terbesar di dunia dan mempunyai kapasiti untuk menjana hampir 110,000m3 biogas setiap hari, yang ditukar kepada elektrik hijau untuk kegunaan operasi, serta dieksport ke grid. Keppel juga terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan penyimpanan karbon industri untuk kemudahan sisa kepada tenaga di Singapura dan United Kingdom.  

Cik Cindy Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Infrastruktur Keppel, berkata, "Biofuel mempunyai peranan penting dalam menyahkarbonkan operasi perindustrian dan sektor penerbangan. Pengalaman Keppel dalam mengendali dan merawat sisa domestik dan bahan mentah organik, serta pengetahuan kami dalam kitaran karbon yang berkesan akan memanfaatkan kerjasama dengan AM Green ini. Perkongsian ini bertujuan untuk memacu pembangunan biofuel generasi akan datang dan bahan api penerbangan lestari di rantau ini, yang boleh berfungsi sebagai pengganti bahan api fosil."

Encik Mahesh Kolli, Presiden AM Green berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Keppel dalam kerjasama perintis ini, yang akan mendorong transformasi India ke arah menjadi pengeksport produk keluaran tenaga boleh baharu seperti metanol hijau dan SAF. AM Green akan menggunakan Platform Penyimpanan Tenaga Boleh Baharu Pintar Greenko (IRESP) yang akan membolehkan visi YAB Perdana Menteri Shri Modi Ji tentang kepimpinan India dalam usaha global untuk memerangi perubahan iklim dan menjadikan kami sebagai sumber molekul hijau kos rendah yang boleh dipercayai dan lestari untuk memangkin penyahkarbonan India dan dunia. "

Perkongsian ini adalah lanjutan daripada kerjasama antara Keppel dan Greenko yang ditandatangani pada bulan Oktober 2022 untuk meneroka kemungkinan bersama dalam membangunkan kemudahan pengeluaran ammonia hijau sekurang-kurangnya 250,000 tan setahun di India. Kemudahan tersebut dijangka akan dikuasakan oleh portfolio sehingga 1.3 GW projek tenaga suria dan angin, diperkukuh oleh storan hidro yang dijana.

MOU ini juga sejajar dengan pelancaran LeadIT 2.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, di COP 28 di Dubai. LeadIT 2.0 memberi tumpuan pada pembangunan bersama dan pemindahan teknologi rendah karbon dan bantuan kewangan kepada ekonomi sedang membangun.

Kerjasama yang dinyatakan di atas tidak dijangka mempunyai sebarang kesan besar ke atas pendapatan sesaham dan aset ketara bersih sesaham Keppel Corporation bagi tahun kewangan semasa Syarikat.

Tentang Keppel Corporation 

Keppel Corporation (SGX: BN4) ialah pengurus dan pengendali aset global yang mempunyai kepakaran kukuh dalam penyelesaian berkaitan kelestarian yang merangkumi bidang infrastruktur, hartanah dan kesalinghubungan. Beribu pejabat di Singapura, Keppel beroperasi di lebih 20 buah negara di seluruh dunia, menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan kritikal untuk tenaga boleh baharu, tenaga bersih, penyahkarbonan, pembaharuan bandar yang lestari dan kesalinghubungan digital.

Keppel mencipta nilai untuk para pelabur dan pihak berkepentingan melalui platform pelaburannya yang berkualiti dan portfolio aset yang pelbagai, termasuk dana persendirian dan amanah hartanah serta perniagaan tersenarai, dan mempunyai jumlah portfolio aset di bawah pengurusan melebihi $65 bilion.

Tentang AM Green Chemicals India 

AM Green Chemicals dipromosikan oleh para pemegang saham tertentu Kumpulan Greenko, yang merupakan antara konglomerat tenaga boleh baharu terkemuka di India. Kumpulan Greenko mempunyai pengalaman dalam membina, memiliki dan mengendalikan aset boleh baharu dan sedang dalam proses membina aset storan dijana gelung tertutup mega yang akan membolehkan bekalan kuasa sepanjang masa pada kadar yang sangat kompetitif.

AM Green Chemicals, antara lain, meneroka pilihan untuk menghasilkan molekul hijau berasaskan karbon biogenik yang dihasilkan melalui proses yang 100% boleh baharu (di sini dirujuk sebagai 'Molekul Hijau').

1 https://www.iea.org/energy-system/renewables/bioenergy

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Untuk Keppel:

Perhubungan Media

Cik Ianna Chia

Eksekutif

Komunikasi Korporat Kumpulan

Telefon: (65) 6413 6434

E-mel: ianna.chia@keppel.com

Perhubungan Pelabur

Ms Tang Yibing

Pengurus

Komunikasi Korporat Kumpulan

Telefon: (65) 6413 6474

E-mel: yibing.tang@keppel.com

Untuk AM Green Chemicals India:

Perhubungan Media

Cik Swathi Reddy

Naib Presiden Kanan

Komunikasi Korporat

E-mel: swathi.r@greenkogroup.com

 


Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2297535/Greenko_Group.jpg?p=medium600

 

Source: Greenko Group
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues Joint ventures Licensing/marketing agreements