omniture

FP Markets meningkatkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan Penajaan Program Pembangunan Belia Cricket Brasil

FP Markets
2023-12-12 18:51 34

FP Markets, sebuah syarikat broker berbilang aset global mengumumkan perjanjian penajaan dengan ahli bersekutu ICC iaitu Cricket Brasil bagi membantu Program Pembangunan Belianya. 

SYDNEY, 12 Disember 2023 /PRNewswire/ -- FP Markets, sebuah syarikat broker forex dan CFD dari Australia, telah mengumumkan kerjasama dengan Cricket Brasil bagi membantu program pembangunan belianya yang berkembang maju yang menyediakan laluan untuk kanak-kanak menamatkan persekolahan, mengikuti pengajian di universiti serta membina masa depan berkaitan sukan kriket tersebut. Pada fasa awal, tajaan ini akan memberi tumpuan bagi membantu 3 bidang khusus:

FP Markets enhances its Corporate Social Responsibility (CSR) programme with Sponsorship of the Cricket Brasil Youth Development Programme
FP Markets enhances its Corporate Social Responsibility (CSR) programme with Sponsorship of the Cricket Brasil Youth Development Programme
  1. Pendidikan  - Membantu membiayai pendidikan universiti pemimpin projek (yang dikenali sebagai "Black T-shirts") melalui Skim Universiti Cricket Brasil yang menyediakan akses kepada golongan belia Brazil untuk mengikuti pendidikan tinggi dan menyediakan peluang bagi mengubah kehidupan serta mengajar mereka tentang nilai teras utama iaitu Penghormatan, Kepimpinan dan Komuniti.
  2. Peningkatan Infrastruktur - Menyiapkan sekolah tertutup dan pusat prestasi tinggi Cricket Brasil di Poços de Caldas, Minas Gerais.
  3. Sokongan Komuniti - Menyokong pembangunan pegawai pembangunan tempatan untuk membantu mengembangkan sukan ini dalam kalangan komuniti tempatan.

Craig Allison, Ketua Pegawai Eksekutif FP Markets mengulas, "FP Markets menyedari bahawa untuk menjadi peneraju industri, ia memerlukan lebih daripada sekadar cemerlang dalam industri perdagangan. Ia melibatkan penglibatan secara aktif dengan komuniti dan menyumbang dengan cara yang boleh membawa perubahan sebenar kepada kehidupan orang ramai. Dengan Membantu Cricket Brasil, kami tahu bahawa kami melakukan perubahan sebenar kepada kehidupan golongan belia Brazil dan meninggalkan kesan positif yang berpanjangan kepada masyarakat tempatan melalui permainan dan nilai gemilang yang ditetapkan oleh kriket"

Matt Featherstone, Presiden Cricket Brasil, "Kerjasama seperti ini membawa semua perbezaan. Pengembangan Cricket Brasil sebagai hasil langsung daripada kerjasama ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada golongan belia Brazil untuk bermain sukan yang hebat ini serta menyertai Skim Universiti kami yang mendidik lebih ramai pegawai Pembangunan Kriket yang kemudiannya meningkatkan penglibatan dan penyertaan tempatan."

Sergio Azevedo, Datuk Bandar Poços de Caldas: "Kami sangat bertuah dengan Poços de Caldas kerana ia bakal dikenali sebagai lokasi Cricket Brasil. Ia merupakan satu situasi yang sangat unik di sebuah negara yang sinonim dengan bola sepak kerana kami mempunyai lebih ramai kanak-kanak di bandar ini yang bermain Kriket berbanding bermain Bola Sepak!"

Fara Gorsi, Pengurus Pembangunan ICC Americas: " Kerjasama baharu yang dibentuk antara FP Markets, (sebuah organisasi Australia) dengan Cricket Brasil menjadi bukti komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap sukan ini dan memberi kesan yang positif kepada kehidupan ribuan kanak-kanak. Kerjasama dengan FP Markets ini akan membantu pertumbuhan dan pembangunan ekosistem sukan kriket. Sebagai pelopor semula jadi di rantau ini, Cricket Brasil terus berusaha untuk mencapai kemajuan, malah kami sangat teruja dan berbangga melihat Cricket Brasil berkembang dengan kukuh dalam ICC Americas"

Inisiatif penajaan dan sumbangan daripada FP Markets ini bertujuan untuk memperkasakan individu dan organisasi yang berusaha dalam memperbaiki kehidupan melalui penglibatan komuniti, pendidikan dan inovasi, kepelbagaian dan keterangkuman, kelestarian dan amalan perniagaan beretika serta berharap kerjasama ini dapat memberikan kesan yang berkekalan.

FP Markets komited untuk memberi kesan positif kepada masyarakat dan alam sekitar melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat ini. Dedikasi kepada CSR berakar umbi dalam nilai-nilai kami dan kami berusaha untuk melakukan perubahan kepada generasi semasa dan akan datang dengan membantu projek-projek yang benar-benar memberikan hasil.

Ditubuhkan pada tahun 2005, FP Markets ialah jenama Berbilang Kawal Selia yang menyediakan lebih 10,000 instrumen boleh dagang kepada pelanggan di seluruh kelas aset utama dan menawarkan harga agregat di beberapa penyedia kecairan terbaik. Selain itu, FP Markets turut menyampaikan Spread Ketat Secara Konsisten, Pelaksanaan Pantas, Sokongan Pelanggan dalam Berbilang Bahasa selama 24/7 yang Tiada Tandingan dan pelbagai Jenis Akaun untuk disesuaikan dengan semua strategi dan gaya dagangan.

Nota kepada Editor Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker CFD dan Forex Berbilang Kawal Selia dengan lebih 18 tahun pengalaman industri.
  • Syarikat ini menawarkan spread Forex antara bank yang sangat kompetitif bermula daripada 0.0 pip.
  • Pedagang boleh memilih daripada platform dagangan dalam talian terkemuka yang hebat, termasuk Aplikasi Mudah Alih FP Markets, MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, cTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan pelanggan berbilang bahasa selama 24/7 yang cemerlang daripada syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends dan dianugerahkan dengan 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Keseluruhan Tertinggi' selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Nilai Forex Global Terbaik' selama lima tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021, 2022, 2023) di Anugerah Forex Global.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Forex Terbaik – Eropah (Best Forex Broker – Europe)' dan 'Program Rakan Kongsi Forex Terbaik – Asia (Best Forex Partners Programme – Asia)' di Anugerah Forex Global 2022 dan 2023.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Pelaksanaan Perdagangan Terbaik' di Anugerah Ultimate Fintech 2022.
  • FP Markets telah dinobatkan sebagai 'Broker CFD Terbaik di Afrika' di Anugerah FAME 2023.
  • FP Markets Dianugerahkan 'Pelaksanaan Perdagangan Terbaik' dan 'Broker Paling Telus' di Anugerah Fintech Ultimate APAC 2023

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk dan perkhidmatan FP Markets yang komprehensif, sila layari https://www.fpmarkets.com/.

Tentang Cricket Brasil: 

  • Jumlah Pemain: 24,565 (2009 - 250) Lelaki 12,491 Perempuan 12,074
  • Bilangan Pusat Kriket: 3 buah Pusat kriket pada masa ini (Caldense, Pusat Prestasi Tinggi Cricket Brasil dan Pusat Dalaman Cricket Brasil)
  • Hab Serantau di 4 buah negeri lain: Pembangunan: 1. Hab Poços de Caldas, 2. Hab Botelhos. SP: 3. Hab Aguaí. BA: 4 Hab Santa Luz. DF: Hab Brasília
  • Pemain Kontrak: 14 orang pemain kontrak dalam Pasukan Kebangsaan Wanita. Seramai 18 orang pemain lagi dalam Skuad Pembangunan Wanita dan 20 orang pemain dalam Skuad Pembangunan Lelaki.
  • Kumpulan umur Skuad Elit: 94% daripada pemain adalah dalam kalangan umur 16-24 tahun
  • Jurulatih (HP & Lain-lain) & Pengadil/Pencatat Skor Bertauliah. Maklumat yang diserahkan kepada ICC pada tahun 2023:
    - Jurulatih Aktif: 139 Lelaki 85, Perempuan 54
    - Pengadil Aktif: 143 Lelaki 94, Perempuan 49
  • Cricket Brasil ialah sebuah negara bersekutu ICC. Matt Featherstone - Wakil global ICC untuk negara bersekutu ini selama 4 tahun dan kini dalamJawatankuasa Tadbir Urus ICC.

Untuk maklumat lanjut tentang Cricket Brasil, sila layari https://cricketbrasil.org/en/ Facebook: https://www.facebook.com/brasilcricket

Instagram: cricketbrasil Twitter: @brasil_kriket

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/4441086/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2297964/Cricket_Brazil_FP_Markets.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2297965/CSR_Cricket_Brazil.jpg?p=medium600

 

FP Markets enhances its Corporate Social Responsibility (CSR) programme with Sponsorship of the Cricket Brasil Youth Development Programme
FP Markets enhances its Corporate Social Responsibility (CSR) programme with Sponsorship of the Cricket Brasil Youth Development Programme

 

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Sports Corporate Social Responsibility Financial Technology