omniture

Belia Global Keluarkan Kenyataan menjelang Penutupan COP28

Global Alliance of Universities on Climate
2023-12-13 01:09 9

DUBAI, UAE, 13 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Duta-duta Belia Global daripada Perikatan Universiti-universiti Global mengenai Iklim (GAUC) mengeluarkan satu kenyataan pada hari ini di Persidangan Perubahan Iklim PBB 2023 (COP28), menggesa para pemimpin global untuk bersatu dan melaksanakan tindakan demi masa depan yang makmur, sifar bersih dan berdaya tahan.

GAUC representatives at the press conference. From left to right: XIE Zongxu, BAO Rong, Alice HO, Stephen Davison, LI Zheng, ZHENG Yuhan, Rounok Jahan Khan, XIAO Zhihan, Camila Bertranou.
GAUC representatives at the press conference. From left to right: XIE Zongxu, BAO Rong, Alice HO, Stephen Davison, LI Zheng, ZHENG Yuhan, Rounok Jahan Khan, XIAO Zhihan, Camila Bertranou.

"Belia merupakan tulang belakang kepada masa depan sifar bersih," kata Prof. LI Zheng, Setiausaha Agung GAUC. Bagi memudahkan transformasi mereka daripada pelajar ilmu iklim kepada pelaksana tindakan iklim, GAUC melancarkan Kempen 'Climate x'. Kami berbangga melihat pertumbuhan dan pencapaian mereka melalui Kempen ini dan ingin terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan global untuk mempersiapkan mereka demi peranan bersejarah mereka sebagai pemimpin masa depan dalam menangani cabaran perubahan iklim."

Kenyataan ini menandakan kemuncak bagi perjalanan untuk Delegasi Belia COP28 GAUC, projek utama Kempen 'Climate x' di peringkat antarabangsa. Sejak bermulanya COP28, delegasi GAUC, yang terdiri daripada 22 delegasi dari 10 negara, telah menganjurkan GAUC Pavilion di Zon Biru COP28, mengetuai Hari GAUC di Zon Biru pada 3 Disember, menganjurkan dan berucap di lebih 100 acara sampingan dan terlibat secara aktif dalam kira-kira 500 rundingan, acara sampingan dan perkongsian luar.

Alice HO, Ketua Pegawai Belia GAUC dan ketua delegasi GAUC, menyatakan, "Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakan kongsi global, kami berbesar hati dapat menyaksikan dan menyumbang kepada proses tadbir urus iklim global. Kami mengharapkan penutupan COP28 yang berjaya dan mendapat kedudukan yang baik untuk lebih banyak kerjasama dan tindakan kolaboratif yang diterajui oleh belia menuju masa depan sifar bersih."

Kempen 'Climate x' turut membawakan Program Latihan Kepimpinan 'Climate x', yang mana para pemimpin baru muncul daripada delegasi belia telah dipilih dan diperakui sebagai kohort kedua Duta Belia Global GAUC. Dilancarkan pada bulan Jun, program latihan ini telah mendaftarkan kira-kira 1000 orang pelajar daripada hampir 400 universiti di 78 negara dan wilayah, dengan lebih 80% berasal dari Selatan Global. Pakar-pakar daripada universiti-universiti anggota GAUC dan rakan-rakan kongsinya menyampaikan sekitar 50 syarahan dan bengkel dalam talian.

Bagi menyampaikan tindakan iklim generasi muda dan menyumbang kepada kejayaan COP28, para pelajar dikehendaki untuk mengadakan tiga acara dalam komuniti tempatan mereka, dengan yang ketiga dianjurkan semasa Minggu Iklim Belia Globa. Dicadangkan oleh GAUC kepada UNFCCC dalam Februari 2022, mekanisme antarabangsa ini dijadualkan diadakan seminggu sebelum setiap COP. Melalui pembukaan COP28, 300 acara pimpinan pelajar dianjurkan, melibatkan hampir 30,000 orang di serata dunia."

"Program latihan ini meluaskan ilmu pengetahuan kami berhubung perubahan iklim, terutamanya dari perspektif sinergistik," kata Rounok Jahan Khan, seorang delegasi muda dari Bangladesh. "Pandangan sedemikian memberikan saya penglibatan yang lebih mendalam di COP28. Perjalanan kolektif kami menuju kelestarian bukan sekadar sebuah kisah; ia merupakan epik yang sedang muncul perlahan-lahan."

Selain daripada pelajar program latihan, GAUC turut mengundang ahli-ahli daripada Duta Belia Global 2022 untuk turut serta sebagai Mentor Belia dalam delegasi ini. "Delegasi Belia COP28 kami mempunyai tumpuan yang pelbagai ke atas isu iklim seperti rundingan yang kritikal terhadap Pengambilan Stok (Stocktake) Global, Matlamat Global terhadap Adaptasi, kehilangan dan kerosakan, metana serta gas rumah hijau bukan CO2 dan juga pembiayaan iklim jangka panjang," kata BAO Rong, Mentor Belia dalam delegasi ini dan siswazah Yale University."

XIE Zongxu, mentor belia dalam delegasi ini dan calon Ph.D. daripada Tsinghua University, menekankan kepentingan kolaborasi global dalam menangani perubahan iklim. "Sebagai mentor belia kepada delegasi ini, saya mendapat inspirasi daripada semangat dan dedikasi pemimpin-pemimpin baru muncul dalam pasukan ini. Kami bersama-sama berusaha ke arah matlamat bersama untuk mencapai masa depan sifar bersih dan membina kebingkasan terhadap impak iklim. Kepelbagaian perspektif dan kepakaran dalam delegasi kami membolehkan kami menyumbang kepada pendekatan yang holistik dan komprehensif terhadap tindakan iklim."

 

Source: Global Alliance of Universities on Climate
Keywords: Education Environmental Products & Services Higher Education Environmental Issues