omniture

INTAMSYS sertai komuniti WorldSkills sebagai Rakan Kongsi Global rasmi pertama untuk pencetak 3D


INTAMSYS
WorldSkills International
2023-12-13 14:48 35

STUTTGART, Jerman, 13 Disember 2023 /PRNewswire/ -- INTAMSYS, sebagai peneraju bagi inovasi pencetakan 3D industri, menandatangani secara rasmi perjanjian perkongsian global bersama WorldSkills International, bagi menjadi Rakan Kongsi Global rasmi pertamanya untuk pencetak 3D. Kini, sebagai Rakan Kongsi Industri Global WorldSkills, INTAMSYS akan menghulurkan sokongannya untuk WorldSkills Lyon 2024.

WorldSkills memupuk keyakinan, memperkasa komuniti dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Diiktiraf sebagai kejohanan kemahiran dunia atas impaknya yang mendalam, Pertandingan WorldSkills berperanan sebagai standard emas bagi kecemerlangan kemahiran.

Selama bertahun-tahun, INTAMSYS menjadi rakan kongsi aktif WorldSkills dalam acara Kebangsaan, aktiviti, projek dan pembangunan disiplin kompetitif yang berterusan. Hal ini sejajar dengan dedikasi INTAMSYS untuk meningkatkan pendidikan dan latihan vokasional pada skala global dengan membekalkan peralatan pertandingan, serta penyelesaian latihan dan pembelajaran.

Di WorldSkills Lyon 2024, INTAMSYS akan menyokong kategori CAD Kejuruteraan Mekanikal (Kemahiran 05) dan Pembuatan Aditif (Kemahiran 57). Dengan portfolionya yang menggabungkan rangkaian luas pencetak 3D, bermula daripada mesin profesional hingga peralatan industri, INTAMSYS berupaya untuk menyampaikan produktiviti yang tinggi, lantas menjadikannya rakan kongsi yang berharga dan serba boleh.

"Kami berasa teruja untuk menjadi Rakan Kongsi Industri Global WorldSkills," ujar Charles Han, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas INTAMSYS, "Melalui sokongan teknikal dan inisiatif latihan kami, kami komited untuk merapatkan jurang antara amalan industri dan pendidikan vokasional, memastikan agar bakat muda mendapat latihan yang mencukupi untuk aplikasi dunia sebenar. Matlamat kami adalah untuk memberi inspirasi kepada anak muda terhadap teknologi dan untuk memantapkan industri serta kemakmuran dalam masyarakat."

Chris Humphries, Kursi WorldSkills menyatakan, "Kami tidak sabar-sabar untuk memperoleh manfaat daripada kepakaran termaju INTAMSYS serta sumber dan keupayaannya yang mengagumkan. Anda merupakan peneraju dunia dan perintis dalam pencetakan 3D industri serta pembuatan aditif. Seperti pesaing berbakat kami, kami dapat melihat betapa anda amat mementingkan prestasi, kejituan dan kualiti."

David Hoey, Ketua Pegawai Eksekutif WorldSkills International, menambah, "Perkongsian ini terjalin pada masa yang sangat mengujakan. Secara global, kami menyaksikan pertumbuhan pesat dalam penggunaan pencetakan 3D dan pembuatan aditif. Kami telahpun dapat melihat sejauh mana kami akan dapat belajar daripada pengalaman anda berkhidmat dalam pelbagai sektor, merentas pasaran antarabangsa dan dengan pelanggan daripada semua saiz dan skala."

Perkongsian INTAMSYS bersama WorldSkills International menandakan komitmen bersama untuk memperkasa khalayak yang lebih luas yang terdiri daripada golongan profesional muda dengan teknologi pencetakan 3D termaju demi masa depan yang cerah.

Untuk maklumat lanjut mengenai INTAMSYS, sila kunjungi www.intamsys.com

Source:
INTAMSYS
WorldSkills International
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) General Manufacturing