Dalam penerbitan ini, duta jenama ikonik Roger Federer menjadi hos yang luar biasa, menawarkan kemasukan di belakang tabir kepada persiapan untuk parti beliau—menghormati ritual Seni kehidupan mewah Perancis Moët & Chandon
dengan semangat kesukanan.
Ia dipenuhi dengan detik-detik spontan kebersamaan yang asli, ditemani dengan rakan-rakan seperti ikon fesyen Kanada Coco Rocha, pelakon British dan pemenang BAFTA Lashana Lynch, cef berbilang bintang Michelin Yannick Alléno dan
pakar pembuat arak Moët & Chandon Benoît Gouez.
PARIS, 13 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Moët & Chandon dengan bangganya mempersembahkan sebuah filem pendek yang disambut dengan suasana perayaan dan penikmatan kehidupan, yang dibintangi oleh duta veteran jenama Maison, Roger Federer. Video ini mengisahkan pengembaraan atlet legenda tersebut ketika beliau menganjurkan sebuah acara makan malam yang indah à la Moët. Rakan-rakan duta berada di sana untuk menemani beliau, masing-masing merupakan personifikasi kepada bidang yang sentiasa dimainkan oleh Moët & Chandon—dan terus memainkan—peranan asas: iaitu sukan, fesyen, pawagam, gastronomi dan oenologi.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/9234151-moet-chandon-roger-federer-present-short-movie/
Seperti apa yang Roger Federer ketahui, masa adalah segala-galanya. Dalam kiraan detik sehingga tetamu tiba, koreografi yang lancar dengan gerak isyarat yang kecil namun penting diakhiri pada sebuah malam yang menyeronokkan tanpa gangguan (dan sedikit tarian) dengan bantuan rakan-rakan beliau: model warga Kanada dan peguam bela untuk ahli profesional fesyen muda Coco Rocha, aktres British yang dianugerahkan BAFTA Lashana Lynch, cef berbilang bintang Michelin dan duta Moët & Chandon Yannick Alléno serta pakar pembuat arak Benoît Gouez. Mereka dan tetamu yang lain mengelilingi hos mereka yang mesra untuk mengajukan minum ucap selamat sebagai isyarat ritual terakhir, mengikut cara kehidupan Perancis yang sebenar.
Senarai Semak Ritual Perancis
Ritual adalah penting untuk menganjurkan acara makan malam yang elegan gaya Perancis, senarai semak yang Roger mesti ikuti satu demi satu, sambil beliau mula mengenakan tuksedonya dan beraksi, untuk berlumba melawan masa. Semasa tetamu membuka jemputan mereka yang ditulis tangan dengan cantik, persiapan sedang dijalankan di rumah Perancis Roger. Di bahagian dapur, cef berbintang Michelin dan duta utama Yannick Alléno, menyempurnakan pengalaman kulinari yang lazat dengan teliti, manakala pakar pembuat arak Moët & Chandon, Benoît Gouez, dengan hebatnya mencadangkan gandingan champagne yang sempurna dengan hidangan malam tersebut. Meja disusun dengan hampir sempurna ketika Coco Rocha bekerja, memastikan setiap butiran adalah rapi. Sementara itu, Lashana Lynch sibuk membungkus cenderahati parti dan hadiah untuk dibawa pulang.
Dalam masa yang singkat, apabila tetamu mulai masuk dan berkumpul di sekeliling meja, setiap aturan perlu berjalan dengan sempurna. Roger menghimpunkan semua orang untuk mengajukan minum ucap selamat dengan Moët Impérial, iaitu champagne utama Moët & Chandon. Dengan segala susah payah, Roger melaksanakan setiap ritual dengan jayanya, maka malam tersebut berlangsung sebagai kemenangan yang memberangsangkan di mana makan malam yang elegan tersebut dipadankan dengan Moët Impérial.
"Saya benar-benar seronok memainkan peranan sebagai hos segak yang merancang majlis makan malam Perancis yang meriah dengan bantuan yang tidak ternilai daripada rakan-rakan saya. Usaha bersama ini seperti di kehidupan sebenar, dan ia ternyata menjadi sempurna disebabkan oleh detik-detik yang asli dan dikongsi," kata Roger Federer.
Senarai TUGASAN UNTUK DILAKUKAN Bagi Sebuah Parti À La Moët
1. Berpakaian untuk memperlihatkan: "Mari Berparti"—membuatkan rakan anda yang paling bergaya turut cemburu
2. Minta tetamu pakar oenologi untuk wain yang sesuai untuk memeriahkan sambutan
3. Simpan dan sejukkan sejumlah besar Moët & Chandon selama beberapa jam sebelum waktu parti
4. Sediakan hadiah untuk tetamu, bagi menawarkan sesuatu ketika mereka pulang
5. Cuba (jangan) sengaja sampai lambat sehinggakan tetamu yang pertama tiba
6. Jadikan ia kelihatan mudah (walaupun tidak!)
7. Sentiasa pastikan cef bebas untuk menghasilkan apa sahaja dan manfaatkan kemahirannya
8. Pilih cawan kaca untuk membuatkan buih-buih champagne berkilauan
9. Bergantung harap dengan sedikit bantuan daripada rakan pelakon anda untuk memastikan perbualan tidak terhenti
10. Dan, akhir sekali, angkat gelas yang penuh dengan minuman dan #ToastWithMoet
Roger Federer, Duta dan Hos Yang Luar Biasa
Roger Federer, salah seorang lagenda sukan paling terkenal pada zaman kita, memeterai perjanjian belaiu dengan Moët & Chandon pada 2012, apabila dia bergabung tenaga dengan Syarikat ini sebagai duta jenama. Sejak itu, perkaitan Syarikat ini dengan bintang tenis tersebut telah menjadi pengembaraan yang menarik yang ditakrifkan oleh nilai yang dikongsi bersama dari segi gaya, glamor dan kemurahan hati. Dalam tempoh dua dekad, ikatan mereka telah bertambah kukuh, yang melalui detik kejayaan dan kegemilangan yang diraikan, menjadikannya hubungan sinergi yang berterusan dan unik.
Roger dengan berbesar hati bersetuju untuk meminjamkan bakat lakonan—dan komedi beliau—sebagai bintang utama dalam produksi filem berdurasi 45 saat ini. Tidak takut mencela diri sendiri, Roger juga membawa gaya peribadi beliau yang elegan dan gerak kaki yang menarik dari gelanggang tenis ke dalam peranan sebagai seorang hos yang sofistikated, dengan berpakaian segak yang dilihat bersiap sedia untuk menyambut tetamu untuk memeriahkan makan malam di rumah, ketika kamera pertama kali merakamnya.
Tentang set
Bahagian dalam rumah Perancis Roger telah difilemkan di Château de Saran, di Champagne, iaitu kediaman Moët & Chandon terkenal yang penuh dengan sejarah, yang menjadi latar belakang untuk malam yang dikoreografi dengan teliti. Dibeli oleh Syarikat ini pada tahun 1801, Château yang indah ini menjalani proses pemulihan yang hebat, dan melakukan kemunculan semula yang hebat ke dalam abad 21 pada tahun 2019. Hari ini, ia mendominasi landskap yang ada, menawarkan pemandangan perbukitan Chouilly dan Côte des Blancs yang menakjubkan. Dengan warisannya yang kaya yang menjangkau tempoh dua abad, Château de Saran merangkumi inti pati dan warisan Moët & Chandon.
Filem ini dipaparkan di laman web rasmi dan pada akaun Instagram, Facebook dan YouTube rasmi Moët & Chandon.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Annalisa Maestri
amaestri@moethennessy.com
Video - https://www.youtube.com/watch?v=gEaKhph9QSo
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2299822/Moet_Chandon_Federer.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2299823/Moet_Chandon_Logo.jpg?p=medium600