Pelaburan akan mempercepatkan pengembangan penyedia perkhidmatan e-dagang di Asia Tenggara
TAIPEI, 14 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Firma modal teroka dan ekuiti persendirian yang terkemuka, SKS Capital, mengumumkan pelaburan strategiknya dalam etaily, penyedia perkhidmatan e-dagang omni-saluran hujung-ke-hujung yang terkemuka di Filipina. Pusingan pendanaan dipimpin oleh SKS Capital dan dipimpin secara bersama oleh Pavilion Capital Singapura. Sejumlah USD 17.8 juta dikumpul dalam siri A ini.
etaily akan menggunakan modal ini untuk berkembang di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina serta membangunkan jenam-jenama dalamannya sendiri. Ia juga akan melabur dalam teknologi dan penyelesaian proprietari serta mengembangkan pasukan semasanya.
Selain daripada pelaburan modal, SKS Capital, melalui portfolionya yang beraneka, membawakan kumpulan runcit dan jenama baharu dari Korea, Jepun, Tanah Besar China dan Taiwan, membantu meluaskan kategori produk etaily bagi pakaian, FMCG dan kecantikan.
Pengasas SKS Capital Jack Chen berkata: "etaily berfungsi sebagai platform e-dagang penting yang membolehkan pelaburan SKS dari Korea, Taiwan, Tanah Besar China dan Jepun menembusi pasaran Filipina. Ia akan memainkan peranan penting dalam pendaftaran produk, logistik, jualan dalam talian, pemasaran digital dan penyepaduan luar talian."
Perbincangan sudahpun dibuat antara etaily dan salah satu pengedar produk kecantikan dan kesihatan Korea yang terbesar, penambahan terbaru kepada portfolio SKS.
Urus niaga ini merupakan sebahagian daripada pelaburan strategik yang berterusan oleh SKS Capital dalam rantaian nilai FMCG/kecantikan, yang melibatkan jenama pengguna, rantaian bekalan, pembuatan dan saluran runcit. "Tumpuan utama kami adalah untuk mendapatkan pelaburan yang berpotensi di rantau APAC dan untuk memperkenalkan syarikat ini kepada pasaran baharu bagi memacu kemajuan perniagaan," tambah Chen.
etaily disokong oleh syarikat-syarikat gergasi runcit tempatan di Filipina, seperti Abenson, JGDEV, Landmark dan Ayala, membantu mereka meluaskan kehadiran dalam talian mereka. Selain daripada platform digital, etaily ialah salah satu daripada segelintir pengupaya e-dagang di Filipina yang mempunyai saluran pengedaran luar talian, membolehkan jenama-jenama pengguna global yang menembusi Filipina mendapat satu rakan kongsi untuk kedua-dua, dalam talian dan luar talian.
Pengasas etaily Alexander Friedhoff berkata: "Pendekatan digital kami yang unik membezakan kami, menjadikan etaily sebagai pembina jenama digital dan peruncitan. Hari ini, orang ramai di rantau ini membeli sesuatu dalam talian daripada jenama runcit dan digital yang terkemuka seperti Crocs, Levi's, Skechers, Fila dan banyak lagi yang lain - kesemuanya dikuasakan oleh infrastruktur etaily."
Menurut Index-Asia, Filipina dianggap sebagai salah satu pasaran e-dagang yang berkembang paling pantas di peringkat global dengan CAGR mencecah 19% dari tahun 2017 hingga 2025E.
Latar Belakang SKS Capital
SKS Capital, ditubuhkan pada tahun 2017, ialah salah sebuah firma modal teroka dan ekuiti persendirian moden yang pertama di Asia mengkhusus dalam aspek pengguna, meliputi: jenama D2C kecantikan & kesihatan, makanan & minuman (F&B), saluran pengedaran, e-dagang, rantaian bekalan kecantikan dan teknologi pengupayaan pengguna. Ketahui lebih lanjut di https://skscapital.co/
Hubungan media:
Yiyou Lin